Perlawanan berkelas d kalau tak silap. Perlu dapatkan mata jika mau perbaiki ranking dunia buat pasukan harimau malaya dalam meneruskan kemaraan skuad kebangsaan ini. Mampukah skuad kendalian sementara datuk ong kim swee melakukan sesuatu? Nantikanya.
Keputusan terkini :
Malaysia (0) vs (0) Pilipina
Jaringan:
Belum lagi.
Keputusan akan diupdate sebaik sahaja sepak bola bermula. Bookmark control + D untuk dapatkan keputusan perlawanan ini. Sila refresh tekan (f5) 5minit untuk ketahui update keputusan terkini dan perkembangan.
Minit ke 12 : amir tanduk dan masuk. Tetapi dibatalkan kerana ada kekasaran katanya oleh pengadil. Kalau flash back mana ada touch player filipina pun. Baaaa.. Betullah.
Minit ke 14: hampir gol lagi tadi, kena tiang gol lah pulak. Damn lah !!
Minit ke 16: cross yang baik, safiq rahim tanduk. Kena tiang lagi!! Bergegar tiang.
Minit ke 19: serangan lagi dari malaysia. Long pass yang cantik kw amri yahya. Keeper dah tertewas. Tapi masalahnya kena tiang lagii. Argghhhhhhhhh. Amri whyyy????
Minit ke 21: kemonla malaysia.
Minit ke 30: penyokong start seperti apa yanh dirancang. Perlawanan dihentikan seketika. Apa penyokong bakar suar.
Minit ke 33: filipina mendapat rentak dan idea menyerang. Bahaya. Diaorang dah mula mendapat rentak.
Minit ke 38: safee sali terlepas peluang, dibengkes dikawasan depan penalti. Clear tackle sebenarnya.
Minit ke 40: aidil terjahan keras keatas pemain filiphina. Kad kuning buat aidil.
Minit ke 42: mahali sedikit je lagi.
Minit ke 45: Bobby gonzales sepatutnya shoot terus tadi. Kemonla, safee sali dah buka ruang tadi, tinggal shoot jer.
Tamat separuh masa pertama.
Minit ke 45: seram sejuk tengok diaorang main, filiphina hampir2 tuh.
Minit ke 57: piya ganti dengan bobby gonzales, hafiz kamal out, baddrol bakhtiar IN.
Minit ke 60: peluang terbaik dari philipina. Keadaan merbahaya tadi. Pemain pertahanan terlalu cuai. Hantaran pendek yang mudah dibaca lawan.
Minit ke 61: apa sudah jadi dengan ref?? Kan bola last kena pilihina, tak pasal2 corner pulak?? Bongak betul.
Minit ke 66: offside pemain filiphina. Aidil dikeluarkan, ganti dengan fadhli shas. S kunalan menggantikan nazrin nawi.
Minit ke 68: Gerakan menarik dari baddrol bakhtiar bagi pada amri, dan amri kepada kunalan sedikit jer lagi. Keeper filiphina dah tertewas dah tadi tuh.
Minit ke 75: bila nak gol nih??
Minit ke 77: tackle dari s kunalan. Kad kuning sudah.
Minit ke 78: amir taj dikasari. Kad kuning ke 6 buat pemain filiphina.
Minit ke 80-84: safee sali mensia-siakan peluang yang ada. Aduhh.
Minit ke 85: asrar ganti amir taj yang dah injured nih. Mahali terlepas peluang , shoot sebelah kanan, sikit je lagi.
Minit ke 90: s kunalan dipersalahkan. 4 minit masa tambahan.
Minit ke 94: tamat perlawanan sudah. Apalah main malaysia main macam nie!! Sabar jerla. Kena usaha lagi.
ohcikgu says
patut boleh menang tu wehh..