Keputusan terkini ini dibawakan oleh Zikrihusaini.com.Perlawanan dari kelab malaysia bertemu kelab indonesia. Ini adalah perlawanan pertama dan akan ada perlawanan kedua (timbal balik). Perlawanan pertama di Stadium Kelantan.
KELANTAN [1] VS [1] PERSEBAYA (tamat perlawanan)
Jaringan :
- Indra Putra (minit ke 61)
- Andik (minit ke 84)
Separuh masa pertama:
Permainan bermain secara seimbang.Pemain kelantan bermain 10 orang, seorang dilayangkan merah.
Separuh masa kedua.
Indra putra menjaringkan gol pertama dari kelantan. Gerakan yang cantik. Pemain kelantan dilayangkan kad merah sekali lagi. Tinggal 9 orang pemain yang bertahan.
Aisey, persebaya menyamakan kedudukan 1-1, pada minit ke 81 gerakan yang cantik. Mengelicik bola menewaskan 2 orang pertahanan. Dan membaut kesudahan dengan sepakan lencong. Keeper pun tengok jer. Hadui!!
Tamat perlawanan.
Kelantan walaupun bermain 10 orang, kemudian 9 orang. Tetapi ada membuat serangan yang pantas, cuma kurang kemas sikit jer lagi. kalau tak memang dah boleh banyak mencetak gol (waduh speak indonesia lak).
Kemasukan badri/piya dan shakir telah mengubah rentak permainan kelantan pada separuh masa kedua. Bahagian tengah menjadi lebih teratur dan kemas dengan hantaran2 pendek yang dilakukan.Tapi sayang sikap panas baran telah menguasai sorang dua telah merencatkan permainan kelantan. Kalau 10 lawan 11 tadi, aku yakin kelantan boleh menang malam tadi.
Video goal highlights:
Keputusan persahabatan yang lain:
- Johor FC 2-0 Selangor
- Kedah 4-0 Pulau Pinang
esempoi says
camne leh kena kad merah da.. hehe
Zik says
bengkes pun tak ingat punyer….
malaus says
laga permainan antar club yang sangat bagus,,tapi disayangkan pemain kelantan fc,bermain sangat kasar,,sehingga dapat 2 kartu merah,,berkali kali andik di jatuhkan??kami para bonex(suporter persebaya fc) dengan sangat siap menunggu kelantan fc di pertandingan leg ke 2 di stadion gelora 10 november(surabaya city).
Miss Yati says
Waduh2.. kok bisa kad merah? Opss indonesia pulak tiba-tiba kan.
b3njy says
Biasalah bola sepak memang macam tu Broo … kad merah ni agar pemain bermain fair-play …
b3njy says
Tahniah juga kepada pasukan kelantan kerana layak ke club AFC cup tahun depan … semoga boleh sampai ke separuh akhir AFC cup 2012 .. 🙂
tehr says
panas baran ni memang mendatangkan kerugian kepada semua
aku memang tak suka tengok kad merah
nuriz says
hai ada jugak perasaan panas baran tu ye..sabar2 walaupun darah muda
Norizwan says
kad merah memang feveret dia kot hehe….
blackrosehunter says
seri ek?ingat menang..hehe
wandisini says
macam tak unite langsung…macam nak bergaduh je, bukan nak main bola
titan says
ehh..ada live ker??
Zik says
ada live astro arena…
pokler says
Mat Indra skor cantek, tp tak best jugak sebab 2 pemain Kelantan buat kekasaran. kena kad merah, keluar padang. rugi jer huhu
nizamghazi says
Alamak NG tak tengoklah.
Ada live ker?
Skrang ni boleh lah jadi kan blog ni sbgai rujukan mana2 perlawanan penting.
Byk sgt terlepas. 🙂
Hadi Rofiee says
9 lawan 11 pasti sesuatu yang memeritkan. Diharapkan kelemahan yang ada seperti sikap panas baran sesetengah pemain dapat diatasi. 🙂