Menarik disaksikan perlawanan malam tadi. Berlakunya perubahan leading dalam liga. Nampaknya pahang jatuh ke tangga kedua kerana kekalahan dengan lions XII distadium jalan besar Singapura menyebabkan JDT memintas satu mata sahaja biarpun menang tipis keatas ATM 1-0 distadium paroi. Jom kita tengok keputusan perlawanan malam tadi.
Lions XII 4-2 Pahang FT
- Faris Ramli 18″ 60″
- M Mohana 30″
- Matias Conti 44″
- Safwan Baharuddin 85″
- Rajish Suvendren 90+2″
Ulasan.
Pasukan pahang tidak dapat menyekat kemaraan Lions Xii di gelanggang keramat mereka. Ternyata persembahan yang dipamerkan juara piala fa 2015 ini berbeza ketika bermain di terengganu tempoh hari. Pahang tersentak dengan gol pertama oleh pemain muda faris ramli yang membuat sepakan terus setelah berjaya memperdaya pertahanan pahang.
Lions terus garang pada minit ke 30 apabila mendapat sepakan sudut, Mohana terus menerjah tanduk bola itu masuk ke gawang pahang. Yan tak sempat nak tahan bola tuh.
Pahang cuba bangkit.
Skuad tok gajah tidak berputus asa, mereka juga banyak mencipta peluang. Banyak diselamat kan oleh izzuan mahbud , keeper yang cekap. Tetapi sebelum seminit masa tamat, matias conti merapatkan jurang gol hasil dari hantaran oleh siapa aku tak sure tapi memang cantik dan tepat kepada matias conti menanduk masuk dalam gol.
Lions tambah derita tok gajah.
Dua gol lagi dihasilkan oleh faris ramli dan safwan baharuddin menambah derita untuk pahang mencari gol , 4-1. Di minit akhir perlawanan, pahang berjaya menyumbat satu gol hasil dari cupback oleh dickson kepada ravish suvendran untuk merapatkan defisit gol. Tetapi sudah terlambat buat pahang. Lions di tangga ke 6.
ATM FA 0-1 JDT FT
- Safee Sali 70″
Ulasan.
Tidak dinafikan pada babak pertama, jdt bermula garang mencari gol pendahuluan. Tetapi semua gagal, sepakan finishing agak terbang tinggi. Sayang buat shafiq, luciano figueroa dan amri yahya yang banyak peluang terhidang tetapi mungkin sepakan terlalu kuat. Keadaan padang di sana agak licin kerana baru lepas hujan, sedikit sebanyak merencatkan perjalanan permainan diatas padang. Namun itu bukan alasan untuk tidak mencari gol. Dari segi penguasaan gol, kelebihan kepada jdt.
Separuh masa kedua, pun sama jugak skripnya cuma ATM pun cuba bangkit. Percubaan dari atm pun cukup bahaya dari HAI O yang banyak mencipta peluang. Mario Gomez menukar taktikal apabila menukarkan amri yahya kepada Safee sali diseparuh masa kedua. Kemudian minit ke 60 lebih hariss harun dimasukkan barulah nampak ada sedikit pressure dibahagian depan.
Super salee akhirnya pecah tembelang dalam liga super edisi 2015 menjaringkan gol pertamanya hasil dari gerakan pantas disempurnakan dengan baik sekali. Hariss harun pass kepada Lucho kemudian, s chanturu , dan membuat sepakan leret yang kencang ke tengah. Safee sali yang berada tepat di depan kotak penalti area atm menampan bola itu terus masuk ke gawang atm. Terpaku penjaga gol atm dengan keadaan itu.
Setelah itu, tiada gol dijaringkan. Pressure dari atm di minit-minit terakhir sangat bahaya. JDT 1-0 ATM
Kelantan 1-2 Terengganu FT
- Fakri Saarani 1?
- Vincent Bikana 25?
- Ashaari Samsudin 74?
Kelantan yang pada mulanya bermula dengan baik sekali apabila fakri saarani menjaringkan gol untuk kelantan seawal minit pertama 15 saat beb. Tetapi mereka gagal untuk mengekalkan momentum yang baik untuk pasukan mereka biarpun bermain di tempat sendiri. Ternyata pasukan terengganu lebih hebat malam tadi.
Ini kerana banyak percubaan dari kelantan banyak diselamatkan oleh penjaga terengganu sharbinie alwi. Kalau tak memang dah banyak bolos. Vincent bikana pemain import menyamakan kedudukan buat the turtle. Kemudiannya separuh masa kedua, ashari samsudin menjaringkan gol kemenangan buat terengganu.
Sarawak FA 2-3 PDRM FA
- Ahmad Sazali 20″
- Joseph Kalang Tie 49″
- Ryan Griffith 78″
- D Traore 85″
- PDRM player 90+3″
Sarawak gagal menyekat skuad the cops apabila mereka digari last minit dengan keputusan 3-2. Saling balas berbalas gol tetapi apakan daya. Skuad PDRM lebih hebat malam tadi.
Sime Darby 1-3 Selangor FT
Pasukan selangor atau dikenali the red giants tiada masalah untuk menang keatas Sime Darby. Apepun, selangor dikejutkan dengan pasukan sime darby seawal minit ke 19 oleh Abdul Rosid. Selangor bangkit apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke 26. Selang 6 minit, roberto da costa menjaringkan gol kedua untuk selangor.
Sepuluh minit terakhir, abdul hadi yahya menjaringkan gol ketiga buat selangor dan menang 3-1 ke atas sime darby.
Perak 0-2 Felda United FT
- Shukor Adan 60″
- Raffi 69″
Pasukan the fighter, felda united memberikan cabaran dalam liga super menewaskan pasukan skuad the yob. Nampaknya prestasi pasukan perak merudum teruk kerana ini kekalahan yang ke 4 berturut-turut untuk meneruskan cabaran dalam liga super ini. Perak terus jatuh ketangga 7 dalam saingan liga super.
Penjaring malam tadi ialah bekas pemain kebangsaan, shukor adan dan raffi.
Kedudukan carta liga super setakat ini :
Untuk Kesekian kalinya ini, pusingan ke 18, JDT memintas Pahang dengan jurang mata satu sahaja. 40 mata. Selangor tangga ketiga dengan sama mata dengan 4 pasukan. Felda , terengganu dan lions XII. Jaringan selangor yang lebih banyak 34, felda united 31. Pasukan terengganu rekod perlawanan yang cukup baik 5 perlawanan menang tanpa kalah. Berbaki perlawanan 4 sahaja lagi. Dalam bulan ini habis lah kot insyallah.
Sekian dari meja sukan. . Chowww
Uncle Zuan says
alaaa kenapa negeri sembilan takde
Zik says
Nogori liga premier uncle zuan..
titan says
pehh..jauh tu point pahang dengan jdt.
selangor nak kejar..kena maintain menang ni.
zik says
sayang seri pulak dengan lions last minit gol.. geram tol…