Perlawanan malam tadi ada drama sedikit. Apepun game yang tertangguh akan dibuat dalam bulan ini kalau sempatlah kan. Cuaca jerebu sudah elok sikit sekarang nih.
Malaysia Cup – Group Stage
Pusingan kelima :
- FELDA 2-2 Kelantan
- Johor DT 4-0 ATM FA
- Pahang 1-4 PKNS FC
- PDRM FA 3 : 2 Penang
- Sarawak FA 1-0 Perak
- Selangor 2-1 T-Team
- Terengganu 3-1 Kedah
- LionsXII 1-0 Johor DT II
Felda 2 vs 2 Kelantan.
Berakhir dengan seri. Nasib baik comeback dari kelantan mengejar dua gol. Kalau susah la. Apepun, keputusan seri menyebabkan kelantan paling bawah dalam group C.
JDT 4 vs 0 ATM
Kemenangan 4-0 sangat bermakna buat penyokong jdt malam tadi. Bermain dengan penuh semangat menyumbang 4-0 distadium keramat JDT, Stadium larkin johor bahru. JDT yang merupakan wakil pasukan malaysia di pentas akhir menentang istiqlol fc 31 haribulan nanti.
Pahang 1-4 PKNS
Apa sudah jadi dengan skuad tok gajah? nampaknya zainal abidin harus melakukan sesuatu. last minit kena bolos lagi. Pening arr..
PDRM 3-2 Penang.
Pasukan haria penang haria gagal untuk menang. Rugi, kalau tak boleh leading dalam kumpulan D nih. Boleh tahan tough jugak. Pasukan dalam group D dilihat tidak konsisten dia punya prestasi setiap pasukan.
Sarawak 1-0 Perak.
Pasukan sarawak kutip tiga mata penuh menewaskan perak tipis 1-0. Apepun ada insiden satu kad merah dari sarawak dan perak 2 kad merah. Apa yang berlaku agaknya???
Selangor 2-1 T-Team
Nampaknya pasukan selangor tidak ada masalah untuk menewaskan t-team nih. Agak cemas juga, tetapi yang penting ialah tiga mata melonjakkan selangor di kedudukan pertama dalam gorup C.
Terengganu 3-1 Kedah.
Ingatkan seri game nih. Separuh masa kedua, terengganu menambah 2 gol lagi. Jurang mata dalam kumpulan A , terengganu sama mata dengan kedah. Tetapi jaringan kedah lagi banyak.
Lions XII 1-0 JDT ll
Sukar digugat pasukan kendalian fandi ahmad. Pasukan seberang tambak mengutip tiga mata penuh menjadikan pasukan lions 10 mata jauh meninggalkan tempat kedua kedah 4 mata, terenganu dan jdt ll.
Kedudukan terkini kumpulan ABC dan D dalam piala malaysia setakat ini.
Kumpulan A :
- Lions 10 mata
- Kedha 4 mata
- Terengganu 4 amta
- JDT ll 3 mata
Kumpulan B :
- JDT 9 mata
- Sarwak 6 mata
- PErak 3 mata
- ATM 3 mata
Kumpulan C :
- Selangor 10 mata
- Felda united 6 mata
- T-team 6 mata
- Kelantan 5 mata
Kumpulan D :
- PKNS 7 mata
- Pahang 6 mata
- Pahang 5 mata
- PDRM 4 mata
Leave a Reply