Pusingan kedua dalam saingan liga super diteruskan pada 16.2.2016 semalam. Kecewa sikit games jdt yakda live, yerla mungkin media prima mahu rotate game untuk setiap pasukan ada live dan juga faktor rating penonton mungkin juga diambil kira.
Keputusan penuh liga super 16.2.2016
Jdt 2-0 T-team
Kedah 1-0 Terengganu
Pahang 1-4 Penang fa
Pdrm 0-1 Kelantan
Selangor 1-0 Perak
Sarawak 1-2 Felda united
Penang fa mengejutkan pahang 4-1 , tempoh hari tewas 0-1 kepada terengganu. Terengganu pulak tewas 0-1 dengan kedah bermain di tempat sendiri lebih kurang 20 ribu penyokong datang woo.
Carta terkini liga super 2016
Felda united ditangga pertama dengan rekod tanpa kalah. Jdt mengejar di belakang 4 mata sama dengan selangor dibezakan dengan jaringan. Kelantan ditangga ke4. Pahang dan sarawak ditangga yang ke 11,12 berada di zon bahaya, penyingkiran.
Masih ada masa untuk bangkit dan pulihkan pasukan. Pemain ramai cedera di awal musim nih.
cik tom says
terus team terengganu jatuh ranking..jdt up no.2…sama2 nantikan perlawanan seterusnya macam mana prestasi team masing2..
Zik says
tewas tipis dengan pasukan kedah… tak boleh nak buat apa… sengit jugak team kedah vs terengganu …
Jie Susanos says
emmm…
teruk gak pahang kena..
Uncle Zuan says
gol magic penang!
Zik says
world class punya skills.. trending satu dunia beb..
Noriza_mommavogue says
Alhamdulillah pasukan Kedah menang perlawanan pertama
Zik says
Perlawanan kedua.. huhu
raihanah says
gomo kelate gomo
titan says
takpe.
macam biasa, selangor lepak dulu tempat ketiga.
Follow orang kat atas diam-diam.
permohonan upu says
JDT kena maintain..ada harapan lagi untuk tahun ni..terbaik
si bongkok says
Baru 2 game…stadium pink belum panas tue camtue jek resultnya..
Felda dapat aura bermain stadium sendiri nampak lain sket kot…
Abg jenal 17 belum dapat formasi yang sesuai utk gabungkan ngan player2 lama red giants…ambil masa gak tapi fans akan lihat result jek nanti..harap abg jenal as coach dpt bagi lebih dari 1 piala musim ini disamping kena kekalkan piala malaysia ooo… 🙂
Fans2 sang helang merah masih terasa kehilangan org kuat mereka Mukhriz…harap tak terkesan laa dengan isu ini….sebab tanpa fans player takde mampu nak perform well..tp betul ker ada spanduk we want mukhriz kat darul aman aritue punya game?
Penang tetiba meletup dengan gol faiz subri yang smpai anugerah puskas pon klasifikasi antara gol tercantik..tahniah!
Team lain masih belum panas lagi..tapi paling panas sang kenyalang…harap rajagobal mampu suntik moral ajaib kat player dier… anda bekas coach malaysia…. 🙂
Sekian dari meja bulat sibongkok pengulas lempar belakang punya!