Apa sebab yang aku ingin pilih perkhidmatan ImanPuri Sdn Bhd ialah disebabkan perkhidmatannya yang sangat profesional untuk proses-proses pengubahsuaian bertepatan dengan trend moden yang terkini uptodate gitue.
Jadinya untuk dalam masa 5-10 tahun. Aku memang ada target nak beli rumah, itupun tengok kepada faktor kewangan aku nanti. Mungkin beli rumah teres yang berkos sederhana. Jom kita tengok, apaa konsep yang aku cuba impikan suatu hari nanti. Hehe.
Rumah teres tingkat 1, (lakaran sahaja).
Peta lakaran arkitek dari atas.
Ruang tamu.
Cita rasa artistik tidak memerlukan perhiasan yang terlalu banyak. Simple jer gitu.
Mahukan yang lebih kurang ringkas, tetapi biar ada cahaya terang yang masuk dalam ruang tamu nih. Dam aku mengkelaskan diri sebagai golongan sederhana, so, perhiasan ini hanyalah bersifat sementara sebab budget yang agak kurang.
Hiasan dapur :
Untuk dapur pulak, memilih gaya moden kontemporari yang diyakini kian menguasai aliran hias hari ini. Konsep itu diperlihatkan menerusi binaan siling berlapis dilengkapi pencahayaan tumpu, rekaan semasa ruang dapur yang mempertaruhkan gabungan warna hitam dan putih, set sofa fabrik sedondon motif geometri permaidani, kertas dinding bertekstur corak semasa dan aksesori sampingan seperti bekas bunga ukuran gergasi, bekas serba guna porselin dan sebagainya yang menepati elemen gaya ditonjolkan.
Bilik air.
Mahu ringkas juga, yang penting ada jubin lah yang memudahkan untuk mencucinya nanti, serta perlu ada letak satu macam plastic dibawah lantai, biar tak mudah jatuh , kan bila basah licin.
Ruang bilik tidur.
Jenis bilik ini sesuai untuk 2 orang dengan cukup selese. Bilik yang besar juga boleh memilih untuk bilik yang mempunyai beberapa katil, untuk anak-anaka kena katil dari bilik yang lain lah, hehe.
Lanskap halaman rumah.
Ingat nak letak kolam, tapi risau kang jentik-jentik pulak membiak. So, aku lebih kepada baut macam ruang tamu jugakla. Dalam ghairah menghias rumah, halaman jangan dilupakan kerana ia menjadi laluan tetamu sebelum menuju ke dalam rumah. Apa gunanya hiasan dalaman cantik tetapi, halaman diabaikan. So, inilah aku punya lanskap luar rumah, macam inilah jerla kot. Tapi mungkin akan letak banyak pokok bunga, pasu-pasu banyak tuh.
PERABOT diletakkan di tengah laman untuk tetamu bersantai, berjemur. Berangin sikitla.
Macam itulah lebih kurang, aku punya idaman untuk rumah idaman aku nanti, bila budgetnya dah bersedia. Korang pulak macam mana?? ada lagi gempak ker?? cer komen, cer kongsikan bersama.
Razlan says
Boleh tahan citarasa zik,best kalau letak kolam kat situ ,sejuk jer
Jebeng Otai™ says
kalo ade tanah lot mmg sesuai design ni..
akubiomed says
Kemas hasil sentuhannya.
Juan says
sekarang semua nak kemas dan simple
titan says
ramai juga yang tulis pasal imanpuri yekk..
TehR says
kemas
mana nak cari duit untuk siapkan rumah aku ni seperti ruang dalam gambar tu
hehe
donnyien says
hai zik..
semoga impian zik akan tercapai pada tahun2 akan datang mudah2an..
fiezaradzi says
saper tak nak rumah macam ni? huhu.. mmg idaman lah. kalau kecik sikit pun tak pe, asalkan de ruang kat luar rumah..
ohcikgu says
tinggi citarasa yek. hehe..