Pengemaskinian maklumat peribadi penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada iaitu yang pernah menerima bantuan tersebut sebelum ini perlu dibuat bagi memastikan penerima tidak tercicir daripada menerima bantuan pada tahun 2017. Ini penting, sebab biasalah kadang-kadang kita ada update dari segi gaji ker, maklumat details, alamat ke, macam-macam boleh berlaku. So kena update jugak tuh. Setiap penerima BR1M sedia ada akan menerima surat pemberitahuan yang memaklumkan supaya mengemaskini bagi memastikan permohonan mereka dapat diproses dengan sempurna berdasarkan maklumat terkini.
Dijangka dalam awal bulan disember 2016. So bersiap sedialah semua. Huhu..
CARA KEMASKINI BR1M 2017 BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA ONLINE DAN MANUAL.
PERMOHONAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 2017
Pemohon dengan permohonan BRIM yang lulus akan menerima wang bantuan dikreditkan di akaun bank masing-masing (ikut bank yang korang daftarkan) berdasarkan beberapa kriteria.
Berikutnya kenyataan Kementerian Kewangan yang disiarkan media, memaklumkan bahawa bantuan wang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) akan didepositkan ke akaun bank penerima dengan status permohonan yang lulus.
Penerima BRIM Sedia Ada
- Tidak perlu mendaftar lagi.
- Perlu mengemaskini maklumat peribadi.
Pemohon Baru
- Pendaftaran secara online
- Pendaftaran secara manual: borang permohonan BRIM 2017 di:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM)
- Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
Pembayaran: Februari 2017
Kategori
Dibahagikan kepada bujang dah yang sudah berkahwin.
Bujang.
RM300(Individu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000)
Berkahwin.
-RM650(Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah)
-RM450(Isi rumah berpendapatan bulanan di antara RM3,001~RM4,000)
-RM650(Warga emas berusia 80 tahun ke atas&hidup bersendirian)
Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi Talian Hotline:1-800-88-2716
Isnin-Jumaat : 9pagi -5 petang.
Bagaimanakah penerima BRIM yang mendapat wang bantuan secara manual sebelum kali ini?
Penerima BRIM terdahulu akan menerima wang bantuan menerusi slip jemputan melalui pos untuk mengambil baucar di lokasi dan tarikh seperti yang dinyatakan.Sekiranya penerima mahu wang bantuan didepositkan ke dalam akaun bank, penerima tersebut hendaklah mengemaskini maklumat akaun bank berkenaan. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, wang bantuan akan diperoleh secara manual seperti kali lepas.
Bagaimanakah penerima BRIM mengemaskini maklumat akaun bank?
Penerima sedia ada BRIM boleh mengemaskini maklumat akaun bank secara online dengan URL berikut:
Penerima juga boleh melakukan begitu secara manual dengan mengisi borang pendaftaran. Keputusan permohonan akan diberitahu menerusi surat jawapan yang akan dihantar ke alamat pemohon dengan alamat yang diberikan atau melalui em-mel semasa mengisi borang secara manual. Keputusan permohonan juga boleh disemak secara online
Penerima dengan keputusan permohonannya yang lulus akan menerima pembayaran bermula bulan Februari 2017 secara berperingkat-peringkat.
copy paste dari mysumber.com
siti hazreen says
wah, semua peserta hebat-hebat belaka.
tak sabar nak tahu siapa juara 😉
cik tom says
mesti cikgu silap komen pada entri ni..hihi
Zik says
Kan?? haha.. takpe saya ok jer…
cik tom says
best kalau dpt apply..tapi tak layak plk nak mohon..
Zik says
gaji sudah besar maa..