Keajaiban Istighfar, subhanallah!

Kita sebagai manusia biasa memang tidak terlepas dari salah dan silap. Adanya ia secara sengaja ataupun secara tidak sengaja. Istighfar adalah salah satu cara untuk kita memohon keampunan kepada Allah tidak kira dimana kita berada.

Hakikat Istighfar (definisi).

Hakikat istighfar adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah Subhanahu Wata’ala (S.A.W) untuk memohon ampun atas segala dosa. Allah (S.A.W) telah memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya beristighfar sebagaimana firman-Nya dalam surah Al Mu’min ayat 55 yang bermaksud :

“Dan pohonlah ampun bagi dosamu serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang”.

Selalu sahaja kita digalakkan untuk beristighfar jika melakukan sesuatu kesalahan. Cukuplah sekadar lafaz Astaghfirullah, dan kemudian kita melalui kehidupan seperti biasa.

Itulah hakikatnya makna yang tersirat istighfar bagi orang-orang yang lalai. Hanya sekadar lafaz tanpa mendalami makna Istighfar tersebut. Makna Istighfar? Yakni memohon keampunan daripada Allah Azza Wajalla dan ia dilakukan bagi pembersihan dari segala dosa dan kesalahan. Sesungguhnya, keampunan itu adalah untuk memelihara diri daripada keburukan dosa-dosa yang dilakukan.

Menurut pendapat sebahagian dari para ulama, “Setiap doa yang memohon keampunan Allah, maka ia adalah istighfar”Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 199:

“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Tahukah kita akan keajaiban disebalik istighfar itu?

Erti kesabaran. Semua orang tahu, bila diuji sahaja suruh banya-banyakkan bersabar. Tapi kalau orang yang selalu beristigfar ini, insyallah bila ditimpa musibah dan dugaan. Maka bertambahlah tinggi keimanan sekiranya beliau redha dengan dugaan itu.

Segala kesulitan akan dipermudahkan. Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, An-Nisaa’ei, Ibnu Majah dan Al-Hakim daripada Abdullah bin Abbas r.anhuma katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa memperbanyakkan istighfar, Allah akan melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber-sumber yang tidak diketahui.”

Nikmat kebahagiaan orang yang beristighfar. Sebagaimana kata As-Syeikh Abu Thayyib Al-’Adzhim Abadi memperbanyakkan istighfar ketika munculnya maksiat dan lahirnya bala atau barangsiapa yang beristiqamah dengannya lantaran setiap orang itu berhajat kepadanya. Atas sebab itu Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Kebahagiaan bagi orang yang ditemui dalam buku catatan amalannya istighfar yang banyak.” (Riwayat Ibnu Majah dengan isnad hasan sahih).

Ringkasan kelebihan istighfar.

  1. Mengampunkan segala dosa dan kesalahan
  2. Terhindar dari seksaan Allah SWT di dunia dan akhirat
  3. Memperolehi kenikmatan dan kesenangan yang baik
  4. Mendapat hujan apabila musim kemarau
  5. Memperolehi harta benda dan zuriat
  6. Menambahkan kekuatan badan (fizikal) dan rohani
  7. Menyembuhkan penyakit
  8. Menimbulkan kemarahan syaitan dan membinasakannya
  9. Menghilangkan dukacita, kesedihan serta menambah rezeki

Oleh yang demikian hendaklah orang yang inginkan rezeki bersegera memperbanyakkan istighfar dengan perkataan dan perbuatan. Akan tetapi jauhilah dari perbuatan yang hanya beristighfar dengan lisan tetapi tidak mengikuti dengan perbuatan kerana sesungguhnya ia adalah perbuatan orang-orang yang berdusta. Insyallah.

Bacaan lanjut: nasbunnurrani, religious affairs, segala ceritara, superstage,

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 10.0/10 (1 vote cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)
Keajaiban Istighfar, subhanallah!, 10.0 out of 10 based on 1 rating

Comments

  1. says

    Boleh diamalkan dapat mengurang ketegangan berbanding mengamalkan teknik barat bukan dapat pahala pun.

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge