Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati kena culik?

banner 125x125, advertise here, ladfe amir banner
http://www.mstar.com.my/archives/2010/1/2/mstar_berita/sosilawati.jpg

Sumber gambar dari http://www.mstar.com.my

Assalamulaikum dan slam sejahtera.

Ingat jadi jutawan hidup senang ke?

Satu perkhabaran yang agak tidak menyenangkan buat kita semua. Ya, kita semua tahu yang beliau Datuk Sosilawati Lawiya, 47 tahun adalah pengasas Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. (Nouvelle Beauty) juga merupakan bekas Isteri Nash 50 tahun atau dikenali Nasharudin Elias, bekas kumpulan penyanyi Lefthanded . Beliau dilaporkan hilang sejak 30 ogos 2010.

Ap yang aku paham la, Sosilawati nie tak pulang ke rumah setelah pergi ke Banting, Selangor bersama tiga orang, pemandu, peguan serta pegawai sebuah bank, untuk menemui seorang peguam bagi menyelesaikan urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.

Sejak itu, keempat-empat mereka tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh ahli keluarga masing-masing.  Anak Sosilawati telah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, Khamis yang lepas, kerana bimbang keselamatan ibunya.

Kena culik ke ??

Beliau berkata, polis yang menerima laporan itu buat masa ini mengklasifikasikan kes tersebut sebagai orang hilang memandangkan tiada mana-mana pihak menghubungi keluarga mangsa meminta wang tebusan.

“Mereka dikatakan pergi menaiki dua kereta termasuk sebuah kereta Mercedes-Benz milik Sosilawati,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Setakat ini, katanya, polis sudah memanggil tiga individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan iaitu anak Sosilawati dan isteri kepada dua mangsa yang lain.

“Kita juga sedang menyiasat dakwaan bahawa mangsa hilang bersama sejumlah wang.

“Siasatan bagi mengesahkan perkara itu penting kerana terdapat keterangan bercanggah iaitu sama ada mangsa membawa wang tunai atau cek,” katanya yang enggan mendedahkan jumlah wang didakwa dibawa oleh mangsa.

Namun, difahamkan, Sosilawati membawa wang berjumlah jutaan ringgit (4 juta kalau tak silap)  berkemungkinan untuk digunakan bagi proses urusan pembelian tanah berkenaan.

Difahamkan, selain membuat laporan polis, keluarga Sosilawati turut mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan tradisional (jumpa bomoh bulan puasa lak tuh) untuk membantu mengesan usahawan terbabit.

Bila kali terakhir Jumpa Datuk Sosilawati nie?

Kali terakhir Sosilawati dilihat berada di khalayak ramai ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, anjuran oleh Dewan Perniagaan Melayu Selangor, 28 Ogos yang lepas.

Pernyataan Bekas suaminya.(Nash)

Nash mendoakan agar bekas isterinya selamat.

“Saya tak tahu apa-apa sehinggalah dihubungi wartawan yang mahu minta komen,” katanya menerusi SMS di sini hari ini.

Sepatutnya tanya suami dia, sebab semua orang tahu dia ada suami. Itu komen yang dia beri.

So, kepada orang ramai ada maklumat tentang kejadian ini, boleh lah bagitau kepada pihak polis, untuk membantu siasatan ini. Semoga semuanya selamat sejahtera. Susah juga, kalau jadi jutawan nie, hidup sentiasa diawasi. Aku bersyukur kehidupan sekarang nie.

Sumber disini.

Update :- 07 september 2010.

Credit dari kosmo.com.my

credit dari utusan.com.my

Polis telah menemui beberapa petunjuk, yang semakin tahu puncanya,  melalui penemuan 2 buah kereta yang dimiliki oleh Datuk Sosilawati.

Kereta milik Sosilawati jenis BMW X5 menggunakan nombor pendaftaran WTL 11 berwarna hitam ditemui di kawasan letak kereta Flat Angsana USJ1 di sini pukul 9.45 malam (6 september) tadi oleh orang awam.

Siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya menunjukkan perkembangan apabila kereta milik beliau dan peguamnya ditemui di dua lokasi berbeza malam ini.

Kereta BMW milik Sosilawati, 47, ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1 di sini diikuti kereta milik peguamnya di sebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya.

Apa yang aku paham,  ada seorang peniaga yang  dapat detect (kenal pasti) nombor plat kereta Sosilawati menerusi berita di televisyen melaporkan penemuan itu kepada pihak polis lebih kurang pukul 9.30 malam.

Mereka kemudian terus menghubungi polis selepas menonton berita mengenai kehilangan wanita itu di televisyen. Ketika ditemui, kereta tersebut berada dalam keadaan baik dan tiada sesiapa di dalamnya. Pasukan forensik yang tiba sejam kemudian terus melakukan siasatan bagi mencari bukti-bukti dan cap jari yang terdapat di dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman memberitahu, sejam selepas itu polis menerima satu lagi maklumat mengatakan kereta jenis BMW M5 itu adalah milik milik peguam Sosilawati, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, ditemui di tempat letak kereta depan Hotel Dorsett di sini.

Katanya, kereta yang menggunakan nombor pendaftaran AAJ 5 itu diletakkan dalam keadaan tergesa-gesa tetapi tiada sesiapa di dalamnya.

Polis menemui beberapa kesan cap jari pada kereta berkenaan dan usaha sedang dilakukan oleh bahagian forensik untuk kenal pasti siapa pemiliknya. Wah dah macam CSi lah pulak. Kedua-dua kereta berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan.

Dalam pada itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tengah hari ini berkata, polis akan meneliti senarai panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) akhir yang diterima atau dibuat oleh kesemua mereka yang hilang itu bagi memperoleh petunjuk mengenai kes tersebut.

”Pihak polis sedang menunggu data panggilan daripada syarikat telekomunikasi dan yakin butiran lanjut mengenai kejadian itu akan terungkai.

“Yang pasti, mesti Sosilawati ada membuat atau menerima panggilan dan SMS sebelum beliau dilaporkan hilang,” katanya.

Musa memberitahu, polis membuat siasatan daripada pelbagai sudut dan sebarang kemungkinan turut diambil kira bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman pula ketika dihubungi mengesahkan pihaknya telah mengambil keterangan suami Sosilawati bagi membantu siasatan kehilangan isterinya.

“Suaminya hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 3 petang tadi,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan di rumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak, hari ini mendapati kediaman tersebut tenang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Semoga beliau dapat dijumpai dalam keadaan yang selamat dah sihat, insyallah. Kita semua bersma-sama mendoakannya selamat k.

Sumber terkini disini dan ini.

Update 8 september 2010.

KPN percaya Sosilawati Masih Hidup.

Polis percaya jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki yang dilaporkan hilang bersamanya pada 30 Ogos lalu masih hidup dan kemungkinan berada di dalam negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, pihaknya mempunyai maklumat kemungkinan besar dapat membawa kepada penemuan Sosilawati, pemandu peribadi dan peguamnya serta seorang pegawai bank yang hilang beberapa hari lalu.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mendedahkan maklumat itu kepada media kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa keempat-empat mangsa yang hilang.

“Kita ada maklumat tertentu. Insya-Allah kita akan kenal pasti (jumpa) mereka dalam keadaan selamat. Kita berdoa begitu,” kata beliau kepada pemberita semasa mengadakan kunjungan akhir sempena persaraannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Related post

About Zik

Berkongsi ilmu, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
This entry was posted in Isu semasa and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

51 Responses to Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati kena culik?

  1. zakisawie says:

    raya tahun nie genap setahun pemergian arwah…. setahu saya memang arwah nie sangat pemurah…. setiap tahun di kampung dia semasa raya memang akan ada rumah terbuka khas untuk org kampung di Seri Medan… alhamdulillah tahun ini anak arwah menyambung kembali amal jariah yang arwah selalu lakukan setiap tahun…..

  2. suri says:

    macam2 terjadi… simpatu pada keluarga yang menimpa musibah tersebut..smoga tabah hendaknya..

  3. Pingback: Peguam Datuk K.Patmanaban disyaki bunuh Datuk Sosilawati? | Noorizam Shah (dot) com

  4. m.zainyzin says:

    nnmm,mmn,

  5. amir says:

    sedih mak dia :cwy: :sad:

  6. aina says:

    :heart: kenapa dia diculik.

  7. zulkbo says:

    salam zik..
    simpati dekat nash je
    tak pasal2 orang sibuk
    tanya bekas isterinya
    yang pernah buat di menangis
    di mahkamah dulu..nape
    tak tanya suami terbarunya..
    nape nak tanya bekas??? :cwy: :sick: :ninja:

  8. ishak says:

    kemungkinan dia dibunuh tinggi….

    p/s: zik ada email yang aku hantar untuk zik tadi

  9. mancai says:

    nama dah terkenal patut lebih berhati2… sekurang2nya di bantu oleh polis ketika itu.. apa pun semoga selamat hendaknya…

  10. jgn esok lusa kuar berita ada mayat dijumpai

  11. sam says:

    Ini dah jadi kes polis. Jauhkan sebarang spekulasi.

  12. Ali ridha says:

    brapa umor Aunty Sosilawati?
    44 tahun kan bukan 47 tahun.
    binggung aku. :angel:

  13. zikri says:

    Jadi jutawan senyap udah la…. tak yah tunjuk2…. pakai topeng macam bandi amok pon leh gak…huhuhuhuhu

  14. suzzsuzie says:

    harap yang baik2 untuk beliau..last sebelum puasa hari tu dia ada dtg rmah kawan sy..wedding…

  15. suri says:

    ingatkan bby yang ilang org dwsa pun leh gaib..

    smoga sgra ktmu sb raya dah nak dekat..

  16. eyl says:

    tu la, duit bukan jamin segalanya, ramai org igt ade duit hidup senang, tenang. padahal ramai yang ada duit hidup makin xbahagia.

  17. hafizmd says:

    Moge semuanya selamat…ameen

  18. riichi says:

    semuga tiada kejadian buruk..aku mendoakan kamu semua

  19. mijie says:

    aku baru tahu hari ni, huhuhu tak tengok dan baca berita 2 hari ni, em harap2 nya tiada yg buruk berlaku

  20. zezebel says:

    Harap-harap tidak ada perkara buruk terjadi.

  21. madlut says:

    gempar jugak nie..aku baru tahu…jadi jutawan ke, orang biasa ke, dunia memang dah tak selamat dah sekarang nie..

    nash tue komen macam marah je..kalau ye takkan takde sedikit risau dihati..adeyh

  22. adamfaiz says:

    Ade dengar pasal ni..semoga takde yang buruk berlaku

  23. syahrilhafiz says:

    jutawan ni risiko tinggi…
    harap semua selamat =)

  24. salina says:

    dunia akhir zmn nieh..
    bila mcm nie terjadi, mesti kita fikir – kalu tak culik, rompak, or eksiden
    tapi kita msh mendoakan agar yg itu tak berlaku. mcm kita jugak, bila orang kita syg tak dgr khabar berita, hilang missing in action, perkara terakhir kita fikir ialah berlaku sesuatu yg buruk ke atas mrk. kesian anak2 dia nak raya nieh..

    bersangka baik sajerlah..

    agaknya dari banting dia terus gi airport bershopping raya di london..shhopping raya tak habis lagi, syiok punyer pasal lupa nak contact famili kat msia..

  25. dedoku says:

    isk2..macam2 skang..hilang lak 3 org skali..
    pe la yg jadi ek? kita kalau prihatin x salah berdoa untuk
    keselamatan saudara kita

  26. azizan4444 says:

    macam2 berlaku sekarang..bila kaya pon x senang jgk hidup ni..huhu..harap semua selamat la….

  27. bh says:

    waaa..tak nak la aku jadi jutawan macam ni..tapi aku tak hensem sape nak kidnap?

  28. Sir Marcello says:

    konspirasi?
    entah-entah dia pi makan angin kat oversea….hohoho

  29. Norizwan says:

    dia tak pasang guard ker…dah jadi jutawan ni risiko kehidupan ni lebih tinggi lak…..hari-hari ada jer bahaya datang…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge