a365f3347204313d5ebf4adf8287c761fefaf962

Comments

  1. rasanya macam terlalu muda dan mudah untuk mereka menjadi mufti.. nanti gelaran mufti itu akan dianggap remeh seperti gelaran idol.. harap mereka pertimbangkan perkara ini dari semua sudut.

    • Ada benarnya pandangan ini. Untuk mencapai taraf mufti bukanlah dalam beberapa bulan, minggu apatah lagi hari.

      Namun jika ada yang berkelayakan apa salahnya. Imam Syafie sendiri diberi kebenaran untuk berfatwa ketika usianya baru belasan tahun.

      Sangat setuju dengan cadangan Mudir Imam Muda untuk mengangkat taraf mufti sama seperti menteri. Cuma biarlah mencontohi keberanian dan ketegasan ulama seperti Sultanul Ulama’ Al-Izz Abdul Salam.

    • Yup sebaiknya biarlah org lama pegang jwtn tu biarpun mereka layak dari segi akademik dan intelektual tetapi org2 lama biasanya byk pengalaman dan wiser.
      Maybe boleh buat jawatan apprentice kepada Mufti dulu utk mereka. Top 3 ke jadi apprentice. Jadi pembantu Mufti utk beberapa tahu before assume the post. Amacam?

      • kepada east bullet:- sebenarnya nak masuk imam muda ada banyak stage… dia punya interview lebih kurang nak jadi ustaz , tanya macam2 tentang agama… rasanya terlalu layak untuk digelar mufti sekiranya salah 10 orang ini menang, takda kena mengena dengan famous atau tidak, …. ini pendapat saya… cuma mungkin perlu banyak belajar lagi dalam ilmu2 yang lain…sebab dilihat terlalu segera…

  2. Asalkan dah cukup syarat & dan bersedia dari segala segi dah boleh kot rasanya.. Mereka mungkin dah pertimbangkan perkara ni sehabisnya…

    p/s : Apa syarat2nya? hu3

  3. pada pendapat aku, memang imam muda yg menang tu tau banyak perkara, jadi harapnya takla sekadar pengacara tv,

    kalau seperti yang dikatakan jurutera, peguam datang ujibakat..memang bagus, walau apa bidang yg diceburi tetapi ilmu agama masih jadi satu keperluan,

    tak salah kalau dilantik jadi mufti, asalkan memang yg dipilih calon yg tepat

    • kalau boleh ilmunya serba serbi…. dan cukup masak dengan keadaan semasa… mungkin perlu ada sedikit beberapa kena tambah lagi ilmu2 yang lain….

  4. betul jugak tu….mereka nie lebih bagus diangkat jadi pemimpin ke, dari sekadar jadi pengacara tv, lebih baik libatkan mereka dalam sesuatu yang lebih bermakna dalam membina generasi masa depan

  5. Ramai peserta imam Muda 1 yg lalu sya lihat ada potensi utk jadi pemimpin islam dlm masyarakat kita. Mereka berilmu dan berani mghadapi cabaran2 yg penganjur berikan.

    psst: kekadang org yg lebih berusia kurang respect pada org muda walaupun ilmu nya lebih. Macamana pula bakal2 mufti lain ( yg tak masuk program ni) tp mrka lebih berpengalaman ? Pada fikiran sya juga harus ada syarat2 tertentu lg utk dilantik mufti ni. jgn krn mereka popular di kaca tv. -ini pendapat saya.

    • tak salah mereka popular di kaca tv… itu sahaja ruangan yang ada… kalau nak dibandingkan dengan artis2 x… lagipun kalau mereka popular di kaca tv… mereka adalah memberi pendedahan dalam ilmu kerohanian.. bukan dalam rancangan yang berbentuk duniawi…

      yang tidak masuk program ini, tetapi ada pengalaman yang lebih tinggi… mereka ada sebab2 tersendiri dan juga itulah dia punya pilihan untuk menjadi seperti itu…. seperti saya juga.. bukan nak kata sombong dalam bidang agama ini, saya belajar ilmu agama pun banyak juga.. tetapi kita perlu buka minda kita.. setiap apa tindakan pasti ada kesannya baik buruk atau tidak… itu terpulang..

    • cabaran untuk musim kali ini lebih mencabar… dan juga kemasukan kali ini lebih ketat, sebab ramai yang bagus2x…

  6. mengapa pulak mahu mengangkat mufti setaraf menteri?
    saya berpendapat taraf mufti sejak dahulu, sekarang dan akan datang sentiasa lebih tinggi dari menteri

    mufti memberi hukum mencakupi dunia dan akhirat
    menteri hanya berpakat membina peraturan untuk kepentingan sesebuah negara

  7. jika mereka ingin dilantik menjadi mufti..mungkin pihak astro perlu menaja dulu pengajian untuk mereka bertama menjadi mufti.

    juga menjadi mufti perlu melalui syarat yg ketat dan mendapat persetujuan daripada pemimpin tertinggi negara.

  8. Program mencari iman muda ini seharusnye diberi galakan kerana tak ramai kini yang arif bab agama walaupun seseorang itu berpangkat jeneral sekalipun

    • sekurang-kurang yang menjadi penonton nie boleh tahu dan belajar apa2 ilmu yang belum kita pelajari atau sudah lupa….

  9. Sy sokong rancangan realiti Imam Muda! Dari kita tgk budak2 kita terkinja2 dlm rancangan realiti ntah apa2 mcm tak hengat dunia…. 🙂

    • rancangan yang seharusnya diketengahkan dan dimasyurkan… dan satu2nya realiti program berbentuk kerohanian di dunia ini….

  10. salah satu rangcangan yang dapat menyejukan mata yang menonton.. moga ada lagi rangcangan seperti ini di lahirkan. agar islam itu tidak lagi di mulut.. tapi menjadi cara hidup (di amalkan).. InsyaAllah.. semua yang terbaik. ;D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Assign a menu in the Left Menu options.