Jenis-jenis barang yang boleh dikitar semula.

kitar semula, tong kitar semula, mari recycle bin,

Bumi kita dah tenat, dan banyak barang terbuang yang sebenarnya boleh dikitar semula. Sebolehnya kita gunakan apa yang ada untuk berjimat dalam pada masa yang sama kita membolehkan untuk menjadi  seorang yang lebih kreatif.

Barang/bahan apa yang boleh dikitar semula?? 

4 bahan asas iaitu plastik, kertas, aluminium dan kaca. Selain itu kayu (bergantung jenisnya) pun boleh dijadikan bahan untuk kitar semula.

Plastik:

  • Beg-beg membeli belah plastik,
  • Beg plastik dari supermarkat,
  • Botol minuman plastik,
  • Botol air mineral
  • bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.

Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.

Kertas:

Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, Contohnya:

  • suratkhabar lama,
  • majalah lama,
  • buku,
  • katalog,
  • risalah,
  • kalendar,
  • kad,
  • sampul surat
  • Kotak

Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.

Aluminium:

Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium. Ia juga mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA

Contoh : tin minuman.

Kaca:

Semua jenis kaca termasuklah

  • botol minuman,
  • bekas makanan,
  • botol vitamin dan bekas kosmetik
  • Gelas minum
  • Kaca tingkap
  • Cermin Mentol
  • Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta
  • Kaca tahan suhu tinggi – Pyrex, Corning Ware, Vision Ware
  • Botol legap putih
  • Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan perubatan

Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT.  Bersambung… untuk kayu.

Sumber  tengkubendehara blog

Comments

  1. bangon dek!!!!!!!!!!! says

    thankz bab gitau ape bhn bhn yng prlu dibuang dlm tong yng brkale-kale2…
    gi stu thankz gak pade pmbuat tong smph nie yer.. sbb ie sngt brgune wt kite sume…nie agi catu…ingt yer kwn-kwn,hrgailah tong smph nio…
    Assalamualaikum…>3

  2. says

    ek..eleh!aku tngok smua komen bgus bguslah!aku cemburu pula.sbb aku tak tau apa nak buat sekarang?aku tngok tong smpah nie bnyak wrna pla…tak sngka pla!mklumlah orang kmpng mana ada tong smpah wrna-wrni nie!!!terpksa lagi nak ke pkan baru ksih msuk dlam tong smpah bsar trus kna buang at OPEN DUMPS.bye…….!!!!!!

  3. says

    bagi chii sendiri..barang2 yang slalu di kitar semula…surat khabar, tin air ngan botol sos..leh jual..dapat la sket2 duit..daripada dibuang begitu shj =)

    //..time skolah dulu ada gak masukkan dlm tong2 camni..sebab ada kat skolah..tp karang ni..payah sket nak jumpa..tong kaler itam je yang ada.ehehe

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge