
Minggu lepas, dimana IM Nazrul tampil kehadapan apabila tuan mudir Imam Hassan ingin mengumumkan penyingkiran pada minggu itu, memohon agar bertoleransi dan tidak menyingkirkan ketiga-tiga IM yang berada kedudukan dibawah sekali. Mereka telah berjanji untuk melakukan khidmat masyarakat.

Kedudukan Imam muda minggu ke4:
- IM Azlan
- IM Hassan
- IM Fatah
- IM Fakrul
- IM Nazrul
- IM Mujahid
- IM Amar
- IM Najdi
- IM Ali
- IM Fadli

21 mei 2011 hari itu, kejadian tanah runtuh di hulu langat. Di madrasah Anak-anak yatim ,16 terkorban tidak termasuk yang cedera parah. Jadi 10 IM ini datang kesana untuk menunaikan solat jenazah disini 7 orang dan yang lain sudah dituntut oleh waris masing-masing.

Suasana pilu dan ramai orang disana, dan IM Fakrul membaca doa talkin. Semoga Allah tempatkan roh-roh mereka di golongan orang yang beriman.
Tema minggu ke5 : Hedonisme (Masyarakat yang duniawi )
Tema kali ini ialah golongan yang sukakan kepada duniawi, berhibur dan bersuka ria. Golongan ini mungkin aku juga tergolong, kadang-kala kita alpa dengan arus duniawi. Tapi takdalah sampai pergi clubbing, pusat hiburan yang melampau-lampau tuh. Cuma mungkin, sedar tak sedar jer.
Sebelum tugasan:
IM ini akan cuba berlakon bagaimana untuk menghadapi situasi yang sebenar nanti dilihat lebih mencabar.IM Azlan dan IM hMujahid bergandingan interview dengan IM hassan yang cuba menasihati sebaik mungkin. Cabaran yang sebenarnya kadang-kala tidak sama, walaupun masa latihan dilihat mudah/senang.
Pada masa ketika IM belajar dalam kelas bahasa inggeris, diamklumkan mereka ada operasi sekarang ini juga (malam).
Tugasan bermula:
IM akan tarbiah mereka ini, golongan yang berkhalwat ditempat-tempat strategik. Taman tasik titiwangsa. Malam ini sebagai malam operasi. Jawi akan tangkap pasangan couple yang kantoi nih, so IM ini akan lakukan tugas mereka ini.
Terjah dibilik hotel-hotel.
Lokasi yang tak tahu dimana, ada yang kena tangkap. Dan juga ada yang sudah cabut, tertinggal handphone dan barang-barang lain seperti baju, beg dan lain-lain.
Dalam menjalankan proses untuk memberi nasihat, nampaknya bukan senang wei. Ada yang belum berkahwin dan sudah berkahwin juga. Cabaran mereka ini, bukan mudah, ada yang muda dilentur senanglah cara penyampaian itu, tetapi ada juga yang lebih tua dan umurnya lebih kurang sama dengan IM ini, mereka tidak mahu mendengar langsung apa yang dicakapkan oleh IM muda ini. Mengantuklah, dah tepu kepala otak nak dengar.
Pertanyaan dari Ustaz Zulkarnain.
Semua IM ditanya mengenai hukum zina dan dalil. IM hassan menyatakan hukum zina adalah Haram. IM Azlan, hukum menonton video lucah adalah haram. Membawa kesan yang buruk kepada yang tidak baik. Im Mujahid ditanya mengenai batasan aurat lelaki, dari bawah pusat hingga lutut. IM Ali, aurat wanita dan batas aurat. IM Fatah mengenai hukum berjudi, haram. Kerana ia memudaratkan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarat yang tidak tenteram. IM fadhli, hukum berhibur ada harus dan haram secara mutlak, mengikut pendapat yang telah dicakapkan iaitu unsur yang melalaikan, membawa kepada maksiat, mengeji dan sebagainya. IM Najdi, contoh hiburan yang diharuskan, ialah nasyid ketika zaman nabi iaitu berselawat. Nabi
5 Soalan Imam muda:
1. Berikan definisi ringkas bagi dosa.
Dosa didefinasikan sebagai sesuatu yang mempunyai akibat yang tercela. Ia lahir dari perlakuan sesuatu yang ditegah oleh syarak iaitu maksiat.
2. Apakah maksud kerosakan disisi IBN Al-Qayyim Al-Jauziyyah?
IBN Al-Qayyim Al-Jauziyyah dalam kitabnya Al-Jawab Al-Kafi mengatakan bahawa kerosakan ialah setiap kali manusia melakukan maksiat, maka Allah akan menambahkan balasannya kepada mereka. Oleh itu, maksud kerosakan yang paling zahir ialah maksiat.
3. Sebutkan 3 hiburan yang digalakkan oleh Nabi S.A.W?
- Memanah
- Berkuda
- Seni mempertahankan diri (seperti silat, taekwando, judo dan sebagainya)
4. Berikan 2 Dalil yang sama ad adari Al-Quran atau Al-sunah berhubung hukum berhibur dalam islam.
- Surah Luqman ayat6
- Al-waqi’ah ayat 35-37
- Al-Hujurat ayat 11
5. Apakah hukum nyanyian dan bermain alat muzik?
Hukum nyanyian adalah HARUS, dan halal jika ia menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. Sekiranya, syarat-syarat tersebut diabaikan, maka jatuhlah hukumnya HARAM.
Komen dari 4 mursyid:
tahniah buat IM kerana telah berjaya harungi, anggaplah pengalaman ini sebagai bekalan untuk cabaran akan datang. Ingat-ingatkan mereka dan diri kita agar terus berdakwah dan berjuanglah.Contohilah orang soleh adalah satu kejayaan. Ikhlas dalam lakukan tugas-tugas teori pelbagai , tidur 2,3 jam sehari. Teruskan perjuangan dan sabar dalam ujian yang mendatang nanti.
Imam muda terbaik minggu ke5:
Ia dinilai banyak benda, keikhlasan dan banyak aspek. Bukan semata-mata dari teori dan ujian bertulis. Imam muda Nazrul dinobatkan sebagai IM terbaik pada minggu kelima.Hadiah yang beliau dapat ialah pakej percutian ke Bandung 3 hari 2 malam, Tajaan Aerowana Travel Sdn Bhd.
Penyingkiran:
Mengumumkan 3 IM yang terendah, namun tuan mudir mengumumkan tiada yang menamatkan perjalanan kerana dilihat IM banyak membuat kerja amal, di tanah runtuh tugasan di pencegahan maksiat, dan mereka dihadiahkan satu pakej percutian di Vietnam 4 hari 3 malam tajaan Hiraq Sdn Bhd.
RESOLUSI IMAM MUDA HENDONISME minggu ke-5:
- Pemuda & Pemudi digesa meninggalkan sebarang bentuk hiburan melampau yang mendorong ke arah maksiat.
- Memperbanyakkan hiburan yang bermanfaat dan selari dengan tuntutan syariat Islam dimedia media cetak dan elektonik.
Tonton secara online imam muda minggu ke 5:
Credit to imam muda facebook, jiwang.net, guatv.com, oneclickzone.com
ulasan Imam Muda yang mengujakan.
tema minggu ni memang mencabar.
aye ada juga dengar di IKIM,Fm berkenaan tugasan mereka membuat operasi ni.
insyaAllah., aye cuba kongsikan dalam blog.
semoga dapat buat ulasan….
assalamualaikum…..
sye skong sgat5 ngan imam muda…sye harap imam muda dpat m’jlankan sgle tgasan dgan bek…..sye juge harap imam muda dpat m’bntu negara dlm mcri khidupan yg harmoni.. yg d’rdhai ALLAH S.W.T…….
W’alaikumussalam… insyallah…
“..Memperbanyakkan hiburan yang bermanfaat dan selari dengan tuntutan syariat Islam dimedia media cetak dan elektonik..”
siapakah yang bertanggungjawab menyediakan hiburan yang baik untuk rakyat?
wandisini recently posted..Perlawanan Hebat Musim 2010-2011
itu pihak kerajaan kena jawab….sebab lesen2 semua tuh dari gov..
Pingback: Imam muda 2, 2011 minggu ke5 (hedonisme) « news@yoys
dah minggu ke 5 ek
hehe
Esempoi recently posted..Kisah Kucing Mengembara Demi Kasih Pada Tuannya
cepat masa berlalu…
eh.. mana IM yg kesebelas hari tu? IM Zikrihusaini..dh keluar ke?? hehehe..saya x ikut sangat perkembangan IM ni..x selalu tengok tv..sibuk menyibukkan diri dengan sesuatu
MDHAFiZ.NET recently posted..Racism In Malaysia
dah terkeluar.. sibuk sikit… tengok youtube pun ada..
Siri ke-2 Imam Muda mempunyai pengisian yang berbagai dari siri 1
akubiomed recently posted..Petang tunang dan malam pun tunang
mungkin kalau ada next musim… berlainan pulak senarionya…
bagus la camtu, berkhidmat untuk masyarakat. harap budaya ini kekal walaupun dah keluar dari program imam muda
nasslimdiet2 recently posted..Segmen Khas ar-rifke I Jom Review Blog Bersama Aried!
ya betul … dah keluar.. kekalkan imej yang ada …
anda bagi review yang sngt lengkap . tengs bro .
x tringin masuk imam muda?
im zikri
hehe xD
aku jadi bilal muda pun boleh lah…
hebat2 mereka ni
tringin nk jadi macam mereka… huhuhu
….
sjiehan.com recently posted..18sg – Gambar kemalangan ngeri
insyallah boleh.. kita belajar sikit2…
Imam hensem-hensem ni…..


Mesti ramai yang nak jadikan dorang ni bakal menantu….
Sabahan Bloggers Club recently posted..Do not spread false story
mesti punyer… huhu
Review dan ulasan yang bagus sekali. Sesapa yang tidak sempat melihat rancangan IM di TV boleh baca ulasana dari blog ini. Harap IM dapat meberi galakkan kepada remaja di luar sana.
afzal laidin recently posted..Kepekaan terhadap niche – part 2
Betul tu. Terima kasih Zik kerana berkongsi input-input berguna buat kami.
p/s: Tiba-tiba dapat idea nakal, apa macam buat cabaran Imam Muda di kalangan blogger2 ni?