Tema minggu ke6: kekeluargaan.

Gambaran sebenar dilihat keadaan sebenar isu rumah tangga di malaysia sebenarnya memang tenat. Boleh dikatakan setiap hari masalah rumah tangga dilaporkan setiap hari. Tugas berat yang bakal dipikul pada 10IM pada minggu ini mereka menjadi motivator kepada pasangan keluarga yang mempunyai 1001 berlainan senarionya. Mereka ini harus bijak dan berfikir dengan pantas bertindak untuk berhadapan dengan situasi yang aku rasa, kalau aku belum tentu dapat nak handle macam ini. Susah woo.
Kedudukan terkini Imam Muda selepas tamat Ujian Praktikal dan Teori minggu ke-5.
- IM Fatah.
- IM Azlan.
- IM Fakhrul.
- IM Nazrul.
- IM Hassan.
- IM Ammar.
- IM Ali.
- IM Najdi.
- IM Mujahid.
- IM Fadli.
Ketika permulaan rancangan. Imam muda Ali dan IM Fattah ini membacakan surah Ibrahim ayat 40-41. IM Nazrul dan IM Fadhli surah Al-Isra ayat 23. IM Azlan dan IM Fakrul surah Al-Furqan ayat 74-75. IM Hassan dan IM Mujahid membacakan surah At-thaghabun ayat 14-15. IM Najdi dan IM Ammar surah Tahrim ayat ke 6.
Sebelum tugasan.

10 Im ini diberi taklimat dan juga penerangan dari tuan mudir dan tuan mursyid. Serta bimbingan dari Ustaz Kamal dari pakar motivasi bagaimana untuk berhadapan dengan situasi yang berbeza-beza masalah dan juga mengatasi ketegangan yang berlaku.
Ketika tugasan.
Pelbagai masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri ini. Mereka ini sering kali bertelagah sewaktu sesi kaunseling ini. Tugasan kali ini bergantung kepada kebijaksanaan IM untuk mengendalikan permasalahan ini bagi menenangkan kedua-dua belah pihak dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk pasangan suami isteri.
Macam-macam masalah yang dihadapi oleh pasangan ini. Secara umumnya IM sudah beri yang terbaik, cuma sebolehnya apa-apa aib ataupun masalah mereka ini jangan dibawa ke tempat lain. Cukuplah ditempat kerja, beri nasihat kaunseling yang terbaik dan disimpan rahsianya dengan seelok-eloknya.
Inilah yang terjadi masalah rumah tangga yang berlaku hari ini. Kebanyakkannya mereka membelakangkan agama, menyebabkan rumah tangga bergolak-galik. Perceraian bukanlah satu-satu penyelesaian yang terbaik, seharusnya kita fikir panjang dan masak-masak. Ingatlah anak-anak, apa kesannya kepada mereka. Bukan masanya untuk kita mencari kesalahan masing-masing. Seharusnya mencari jalan/ikhtiar untuk memperbetulkan jalan yang pada asalnya sudah tersimpang jauh.
Sesi soal jawab bersama ustaz Zulkarnain.
Bermacam-macam senario yang cuba ditanya oleh Ustaz Zulkarnain.IM Fadli ditanya tentang perkahwinan, pertunangan bukan satu tiket untuk bawak sana-sini. IM Hassan, 4 perkara dalam nak memilih calon isteri iaitu, hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan Agamanya.
IM Ali, mengapa Allah kita berkahwin. Untuk mengelakkan perkara tidak baik seperti Zina. Untuk menenangkan hati resah gelisah,dan menggembirakan hati seorang lelaki dan wanita . Dan yang terakhir ialah untuk menambahkan dan mengekalkan zuriat.
IM Nazrul mengenai Ekonomi punca masalah pergolakkan institusi kekeluargaa. Hendaklah isteri mestilah meminta duit dari suami jangan lebih dari kemampuan. Mintak itu, mintak ini. Sampai terpaksa pinjam along. Bila dah tak bayar hutang.Ekonomi keluarga seharusnya
IM Fattah, mengenai masalah Suami yang kedekut taik hidung masin. Isteri dibolehkan untuk mencuri (bukan curi dari kedai,) , ambil tanpa izin duit suaminya. Tetapi jangan berlebih-lebihan, cukuplah sekadar untuk keperluan harian di rumahnya.
5 Soalan Imam muda.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan FIQH AL-NIKAH?
- Ilmu Fiqh yang mengkhususkan perbincangganya terhadap keperluan perkahwinan, hukum hukumnya dan bagaimana menjana sistem kekeluargaan menurut islam.
2. Berikan tiga tanggungjawab suami kepada isteri.
- Menghormati isteri
- Mencintai isteri
- Pemimpin, pendidik kepada isteri.
3. Berikan tiga tanggungjawab isteri kepada suami.
- Menjaga rahsia suami.
- Menghormati suami
- Menjaga harta suami
4. Bilakah satu perkahwinan itu menjadi haram?
- Apabila seseorang itu tidak mampu dari sudut kewangan atau tidak mampu dari sudut batin sekaligus yakan akan menzalimi pasangannya dengan kelemaham kelemahan tersebut.
5. Bilakah satu perkahwinan itu menjadi wajib?
- Apabila seseorang itu nekad untuk melakukan zina sedangkan dia mempunyai kemampuan dari segi kewangan dan batin.
Komen dari Tuan Mursyid.
Apabila banyak berfikir tentang Allah, maka lagi itulah kita akan takutkan kepada Allah. Muhasabah, tentang apa yang telah dilalui. Buat sesuatu dengan segera. Dari sudut kerjasama, masih ada lagi tidak dapat memberikan yangterbaik diantara satu sama lain. Ilmu itu tidak akan melekat kepada hati orang yang sombong dan bongkak. Sifat itu harus dijauhi oleh semua IM bukan sebagai motivator, imam muda dan sesiapa sahaja.
Penyingkiran:
Imam Muda Cemerlang ‘minggu ke-6′ Imam Muda Fatah yang mendapat melancong ke Singapura. Tajaan Hujjah Travel Sdn Bhd.
Tuan Mudir menggumumkan Imam Muda yang menamatkan perjalanan IMAM MUDA TERUNGGUL IM Ali dan IM Fadli. Teruskan perjuangan buat IM yang lain. Yang pasti kita punya matlamat tetap sama. Tetapi pembelajaran IM Ali dan IM Fadli masih belum tamat, mereka akan menghabiskan pembelajaran di tempat yang lain.

Resolusi Imam Muda
- Membina rumah tangga berasaskan agama, bukan nafsu semata mata.
- Menghidupkan nilai aqidah, ibadah dan akhlak islamiah di dalam institusi keluarga.
- Suami dan isteri memahami dan melaksanakan peranan masing masing dengan sempurna.
Mahu tonton video secara online di bawah ini:
Credit to Guatv.com

wow menyeluruh info disini …
puanbee recently posted..Macam kembar tapi lain – lain tahun
Cantiknya gambo kat atas tu
Hehehehe
IM 2 kali ni byk yg menarik, pihak pengurusan byk belajar dr IM 1. serta sponsor pun masyuk hihihi….
wrizuan[dot]net recently posted..Edible Pen Khas buat mereka yang suka gigit pen
ini adalah satu rancangan yang menarik di antara rancangan2 lain…bub nye…rncngn ini membuka mata n minda masyarakat kita semua bagaimana untuk menghargai hidup ini sebaik2 nya…insyaALLAH..amin..kalo boleh pas nie im2 ini sume siasart pulak kes pembuangan bayi yg makin menular d kalangn remaja sekarang…masyaALLAH…
Zik pun boleh gak ni jadi Imam muda.
Saya sokong….
IM Zik…glamer nama tu

Amirez recently posted..Terima Cek Nuffnang Pertama!!
Hang bila mahu masuk Imam Muda zik? Selalu tgk, sure dah boleh prepare awal-awal tugasan yang bakal diberikan..

Ismail N recently posted..Photography v Photoshop
Menunggu zik di kaca tv
Harapnya rancangan macam ni diperbanyakkan lagi,
dnoBiz recently posted..Klip Video Marilah – Nak ke Pasaran AS atau nak kemanan Ni
Menyokong statement dnoBiz
teruskan perjuangan imam2 muda kita
Wan recently posted..Malaysia vs arsenal liverpool chelsea
Baru terfikir takde rakaman Imam Muda 2 kah di Youtube seperti Maharaja Lawak. Keluarga muslim yang bahagia dan berjaya ialah nukleus kepada pembentukan tamadun umat Islam yang gemilang.
p/s: Semua berbincang pakai iPad 2 tu…banyak Imam Muda dapat sponsor

muhammad fakhruddin recently posted..Cerita-Cerita Tiga Kali Seminggu
ya la
tak ada ke rakaman kat youtube ke, atau kat mana2 ke?
tehr recently posted..Juara Piala FA Malaysia 1990 – 2011
download dalam syok je tehr

dnoBiz recently posted..Wacana Ilmiah Sinar Harian – Fitnah- Ancaman Umat Akhir Zaman
tak sempat nak tengok IM baru2 ni. nampaknya tugasan kali ni betul2 mencabar. tapi rasanya bagi IM Hassan tugasan ni sedikit sebanyak sama dgn bidang kerjanya sebelum ni sebagai motivator masa kerja satu ofis dulu. harapnya ranking IM Hassan naik pada minggu hadapan. amin
Amirez recently posted..7 Sebab Jambu Layak Jadi Juara Maharaja Lawak
Pingback: Imam muda 2 2011, minggu ke 6 (kekeluargaan) « news@yoys