Ikan Kerapu dan potensi pasarannya di asia tenggara.

Ketika dulu, ikan kerapu merupakan antara jenis ikan yang kurang digemari ramai kerana bentuk fizikalnya yang kurang menarik. Ramai lebih menggemari ikan yang biasa-biasa, yang sering kali disebut-sebut, ikan ketutu, ikan keli, ikan sembilang, ikan talapia, ikan kembung dan sebagainya.

Namun kini kenyataan itu harus ditolak sama sekali spesies ini mendapat permintaan yang semakin tinggi dan bakal menjadi ikan marin ternakan komersil utama di negara ini menjelang tahun ini.

Jabatan Perikanan telah mengenal pasti Kerapu sebagai antara spesies ikan yang berpotensi untuk diusahakan oleh penternak ikan dalam kolam dan sangkar di negara ini secara besar-besaran berdasarkan pasaran dan cara pemeliharaan yang lebih mudah serta sesuai dengan iklim negara.

Kerapu terdiri daripada pelbagai jenis, badan yang berbintik dan berbelang-belang ialah Kerapu Hijau (Epinephelus Coioides). Manakala antara jenis yang lain ialah Kerapu Harimau (Epinephelus Fuscoguttatus), Kerapu Pisang (Plectropomus Leopardus), Kerapu Sunoh (Plectropomus Maculatus) dan Kerapu Tikus (Cromeleptis Altivelis).

Nama scientific ikan kerapu.

Ikan Kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus coioides merupakan sejenis ikan air masin. Ia merupakan ikan dalam keluarga Serranidae. Antara spesis ikan kerapu yg mendapat pasaran ialah kerapu tikus, kerapu harimau dan kerapu pisang.

Pontensi Ikan kerapu di pasaran.

Memang la nie ramai yang bela kerapu sebab harganya tinggi. Harga pasaran ikan kerapu terkini yang aku tahu ialah RM60-RM70/ sekilo (Ikut harga market semasa, mungkin rendah mungkin naik). Pembenihan kerapu pada kebiasaannya berjaya hanya 1 – 3 %, bagi 1% ke atas boleh dianggap sebagai kejayaan. Buat masa ini kebanyakan benih esotik kebanyakkanya di import dari negara luar.

Mengapa perlu kita menternak ikan kerapu? Ada beberapa sebab yang munasabah dalam mengusahakan penternakan ikan ini.

1. Tidak banyak masalah.

Proses pembenihan dan penjagaan spesies kerapu tidak menimbulkan banyak masalah kerana ia boleh diternak melalui sistem dalam tangki tertutup atau dalam kolam air yang terkawal. Kerapu kertang pula mampu membesar sehingga 40 kg dalam tempoh yang singkat dan ia boleh dipasarkan sebaik sahaja mencapai keberatan 1.5 kg dengan harga RM60-RM70 setiap satu kilo.”Buat masa ini PPPIL mempunyai lebih 30 induk kerapu Kertang yang setiap satu beratnya melebihi 40 kg untuk tujuan pembenihan.

Selain kerapu, PPPIL juga sedang berusaha menyediakan 100 juta benih dari 4,000 induk ikan Siakap, 150 juta benih dari 6,000 induk ikan Merah dan 50 juta benih dari 400 ekor induk ikan Cobia. Dianggarkan Terengganu pada masa kini mempunyai seramai 150 penternak ikan marin laut yang menggunakan sistem ternakkan sangkar yang berjaya memperoleh pendapatan melebihi RM3,000 sebulan seorang.

Penggunaan teknologi baru iaitu teknologi hatchery dan ternakan ikan marin berasaskan akuakultur kitar semula (Recirculating Aquaculture System) dijangka mampu menambahkan lagi pendapatan mereka kerana produk akuakultur ikan marin mencapai harga pasaran yang lebih tinggi khususnya di Eropah.

2. Penyelidikan yang bertauliah, terancang.

Kalau kita imbas kembali aktiviti penyelidikan teknologi pengeluaran benih ikan laut di Malaysia, ia telah diasaskan sejak awal tahun 70-an lagi. Bagaimanapun pada ketika itu, pembangunan industri ini agak lembab sehinggalah pada tahun 1980-an, menyebabkan wujudnya jurang permintaan dan bekalan benih ikan marin tempatan yang begitu ketara sekali sehingga kebanyakan pengusaha hatchery enggan melibatkan diri dalam bidang tersebut.

Memburukkan lagi keadaan, kebanyakan penternak lebih suka mendapatkan benih-benih import yang terdedah dengan ancaman pelbagai jenis penyakit serta sukar dikawal. Nasib baiklah, Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang (IPP) mempelopori aktiviti penyelidikan pengeluaran benih di negara ini di bawah Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) pada 1982. Bagaimanapun, mulai 1985, aktiviti penyelidikan dan pengeluaran benih ikan laut berpindah ke Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Ikan Laut (PPPIL), Tanjung Demong, Besut, Terengganu yang mula beroperasi pada 1984.

3. Mempunyai benih dari laut yang mencukupi dan terjamin.

Dari 1990 hingga 1998, pelbagai penyelidikan teknologi pengeluaran benih ikan laut telah berjaya dijalankan yang antara lain melibatkan spesies ikan kerapu biasa atau Orange-Spotted Grouper, Jenahak (Golden Snapper), Siakap Merah (Mangrove Red Snapper), Kerapu Harimau (Brown-Marbled Grouper) dan ikan Bawal Emas (Golden Pomfret). Kejayaan Gondol Research Institute of Mariculture (GRIM), Bali, Indonesia yang berjaya mengeluarkan benih pelbagai spesies ikan marin termasuk jenis kerapu secara komersial, menguatkan lagi azam PPPIL untuk menyaingi kejayaan tersebut.

Ternyata untuk menternak ikan kerapu, memerlukan satu modal, kesungguhan dan juga sedikit kajian yang mendalam tentang ragam ikan ini dan juga mengetahui jenis-jenis penyakit yang bakal datang. Apepun, ia merupakan satu titik tolak yang mampu untuk menjana pendapatan dan menaikkan ekonomi negara dalam bidang perikanan.

Akan datang Resepi ikan kerapu yang popular.

Sumber : blog belajar ternak ikan kerapu, dan blog projek ikan kerapu

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)

Related post

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini Google Plus Zikri Husaini
This entry was posted in Ekonomi and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

66 Responses to Ikan Kerapu dan potensi pasarannya di asia tenggara.

  1. Esempoi says:

    sedap ek kerapu ni
    biasa makan siakap je
    Esempoi recently posted..Penulis Sambilan Di Blog EsempoiMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. Pingback: Resepi-resepi ikan kerapu | Zikri Husaini

  3. Kusyairi says:

    Dear Sir,

    We are Iredalei Oyster supplier which is situated in Kedah,Malaysia.Due to the growing of your company, we still looking support from you. We capable to supply Oyster 2000 pcs weekly and more. I believed that oyster’s sperms can actually be a baby Grouper meals. Please feel free to contact us for enquiries. Aquazeeent@yahoo.com

    Thank You & Brgds
    Aquazee Ent

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  4. Salam bro,

    Kalau sekilo pun boleh cecah RM60 ke RM70 nenag lumayanlah.Seekor ikan saja dah berapa kilokan.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  5. mancai says:

    huhuhu kelaparan pagi2 buta ni… ikan kerapu atau ikan apa pun bagi kat aku licin je… harga je tak leh tahan nak buat makan hari2….

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      harga tuh yang sakit tuh… takpelah.. sekali sekala pun ok..

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  6. Mama Murai says:

    Ikan ini mahal bukan disebabkan oleh harga pasaran tempatan, tapi kerana permintaan yang tinggi daripada hotel-hotel 5 bintang terutamanya di China, Singapore dan Taiwan. Sebab itulah jarang sekali kita melihat spesies ikan ini dijual di pasar. Kebanyakan nelayan menjualnya kepada peraih antarabangsa. Saya setuju kalau rasa ikan ini jauh lebih bagus daripada ikan-ikan yang lain.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      erm patutlah kat kedai2 makanan memang jarang2 ada jual (memang tak pernah jumpa kot??) … hotel2 memang selalu ada …..

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  7. slimdiet2 says:

    wahhh.nak jadi penternak kerapu ke lepas habis study?bisnes dalam bidang pertanian dan penternakan memang boleh buat duit jika buat dengan bersungguh-sungguh.cuma risikonya tinggi sikit

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      dah habis study bro… kerja jer takda lagi ..hehe.. erm betul tuh.. risiko tetap ada dan kena berani menghadapinya…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  8. eastbullet says:

    aku makan ikan tak pernah tau apa nama ikan tu, main sental je. ikan aku tau pun ikan bawal sebab tiga segi… tapi ikan kerapu ni yang selalu orang buat 3 rasa tu erk..?? kalau ye, maknanya pernah la aku makan..

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      yang tiga rasa.. ikan siakap… pun layan gak tuh..

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  9. Azuan Razi says:

    Mahal ikan ni.. isi mmg sedap… :)

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  10. tehr says:

    kalau alauk ikan
    hari2 pun aku boleh layan
    memang tak jemu

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      ikan kembung pun makan juga… ikan nie lagi bagus dari ayam…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  11. Wow2..jangan main2..
    ikan kerapu sedap wooo…

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  12. aimannajmy says:

    abg aku dok buat gak ternak ikan ni…huhu susah nak jaga woo kadang2 renyah kalo x kena gaya ikan mati

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      peratus yang akan mati biasanya memang agak banyak jugalah..kena bersabor la… huhu

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  13. ciksembang says:

    post zik ni macam tau2 je saya baru pekena kerapu bakar kat bagan lalang, sepang.. terbaek

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  14. Gerrard says:

    menarik, lg menarik bila nak bg resepi tu..haha orait aku tunggu :P

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      ok… tunggu jap.. minggu depan kot.. huhu

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  15. Saya Laa Dia says:

    Assalamu’alaikum wbt..

    Waa, ikang kerapu! Siang tadi baru aja masak. ^^,
    Memang antara ikan yang ‘femes dan mahal’ masa kini.

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      W’alaikumussalam ya.. saya laa dia..
      yeker… hadoi.. sila hantar ke sini ya..hehe

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  16. Bolehlah lepas ini jadi tokey kerapu pula ye (^_^)

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  17. cikgu faezah says:

    fuhh..lama tak makan..masak steam sedap nih..

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  18. Anip says:

    ahaha, sedap ikan nie, buat masak lemak cili api.

    memang best. huhu. hmmm. dah tengah lapor nie

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      lapor?? serangng… ikan kerapu.. jadi sasaran… huhu

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  19. decrewz says:

    Ikan kerapu?? Tu dia maih nak habaq tokei kerapu turun padang…hu3. Lama x makan.. Slalu siakap je…

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      sekali sekala makan , apa salahnya…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  20. Mus says:

    suka kerapu nyonya style..

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  21. Fitrihadi says:

    erm modal kena besar ke? aku teringin gak nak melabur dalam mana2 projek maybe bleh untung sket…

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      hurm… buat kecil2lan dulu bro… nanti dah nampak dia potensi , apa lagi…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  22. Pingback: Ikan Kerapu dan potensi pasarannya di asia tenggara. « news@yoys

  23. Richie says:

    ahaha.. masak lomak boleh tak ikan ni?

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  24. Ezany-Kun says:

    dulu pakcik aku ade usahakan kolam.. byk jugak la ikan beribu2 lemon.. tp akibat perancangan tak berapa betul.. skang abes terbiar jer kolam tu.. dah semak pun..

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  25. suri says:

    kalau goreng best juga..pekena plk dgn nasi panas hiii

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  26. hafizmd says:

    industri akuakultur…makin mendapat tempat ni…

    ikan kerapu…oh! sedapnya…zik…aku tunggu resepi ikan kerapu pula…

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      okey akan menyusul bro… tungguew…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  27. zulkbo says:

    salam Zikr..nak pekena kerapu stim la malam nih
    :whistle:

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  28. donny says:

    hai zik,apa kbr?
    memang sedap ikan ni kalau digoreng,stim saya dibuatnya…

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      khabar baik… goreng makan ramai2… memang sedap…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  29. madlut says:

    saya pernah makan kerapu tikus, isinya memang lembut…isi kerapu lagi sedap bila kesegaran dia dikekalkan…macam kalau masa bawak naik, terus masak, dan jangan tunggu lama2..

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      kira fresh2… terus masak lah ek.. itu memang sedap tuh.. segar bugar…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  30. suffer8zine says:

    fuhh dah lama ni x mkn ikan kerapu

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  31. kak cun says:

    ikan merapu/kerapu….semakin meningkat
    permintaan dipasaran….boleh kita ternak
    dalam besen di rumah. :cwy:

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      ternak kecil2lan dulu.. besen kecik sangat tuh kak.. huhu ..

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  32. Bro Ery says:

    Fuh, ni kalau dapat masak sweet sour ni alangkah nikmatnya. Tapi ada org cakap kerapu kalau besar lebih 15 kilo beracun. Erm, betul ke?

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      aku ada pernah dengar cerita juga.. mcam tuh… nanti aku akan cuba dapatkan kepastian dari mereka yang pakar.. huhu

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  33. akubiomed says:

    Saya ada kawan-kawan penternak ikan air tawar secara sampingan mengeluh harga palet makan ikan dah naik

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      alamak… makanan ikan pun dah naik…

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  34. Waaaaaah….
    Ni nak jadi taukeh kerapu ke? Kat Sabah akuakultur memang nak jadi satu industri.
    Kalau dapat join bisnes ni memang lumayan. ;)

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says:

      ingat macam tuh la nak mencuba bidang2 yang lebih kepada perikanan nih.. buat kecil2lan ok kot… huhu

      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge