Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari khamis 2 haribulan 9 2010. Universiti Kuala Lumpur Iprom (UniKL) ada menganjurkan majlis iftar ramadhan di Campus Cheras Shamelin Perkasa, anjuran JPM Unikl Iprom. Majlis ini pertama kalinya di anjurkan di Campus baru ini.
Kehadiran yang tidak memuaskan.
Terpaksa memberitahu keadaan yang sebenar, tidak tahu salah siapa dalam hal ini. Kata nak tak bagitahu awal-awal, notis dah tampal dekat tempat strategik, Surau, kelas-kelas, dan juga di admin. Yang aku sangat tidak puas hati ialah kehadiran dari budak-budak Junior aku nie, sem baru Julai 2010 nie, memang nak kena diaorang nie. Mentang-mentang la aku bukan lagi JPM lagi( tipu jer) , kalau tak memang aku gegar diaorang nie ke asrama budak-budak nie.
Nak cakap apa lagi, tinggal bawak diri sahaja. Semua makanan dah sponsor oleh Unikl sepenuhnya. Namun aku tetap berfikir positif (sangka baik) mereka mungkin ada program lain yang lebih penting dan sudah janji lebih awal sebelum program ini dibuat. Alah, kalau konsert boleh pergi, beratur berjam-jam, dahla kena bayar beratur-ratus tiket boleh jer pergi. Banyaklah alasan korang!!
Ikutkan, aku pun sebenarnya ada program lain, tapi aku tetap memberi sokongan kepada JPM Iprom untuk bersama-sama menjayakan program ini. Jadinya insan-insan yang terpilih oleh ALLAH untuk datang ke majlis Ilmu yang penuh barakah, kami telah selamat berbuka puasa dan juga sembahyang maghrib, isyak dan terawikh berjemaah, 20 8 rakaat oleh Ustaz Sanusi.
Jom kita tengok gambar-gambar yang sempat di snapshot.
Dean, baru kita yang rajin Associate Prof Dr Raja bin Raja Ma’arof, memberikan sepatah dua kata.
Orang dekat depan bagi ceramah, hah berbual kat belakang. Kantoi disitu.
Eh dengar lah orang ceramah, duk tengok cameraman pulak. Interframe lah tuh.
Eh, dah Boleh buka puasa ke nie?
Khusyuk dan tawaduk.
Awek-awek unikl.
Awek-awek Unikl yang datang diberi Hidayah oleh Allah untuk datang bersama-sama berbuka puasa. Bukan senang beb.
Perempuan melayu terakhir.Pheewit.
Mana Zik?
Hah, zik ditengah, Bilal muda Unikl iprom (haha perasan lebih la pulak) muka serius jer, sebab kena beratur amik makanan. Nasib baik ada jugak gambar aku. Kalau tak mahu aku nak buat entri nie. Hehe, gurau-gurau jer.
Sekalung penghargaan buat JPM IPROM UNIKL.
Sekian, terima kasih kepada JPM Iprom Unikl, iaitu Presidennya Saudara Nazirul Faisal (zik bodek) yang betungkus lumus, untuk menjayakan program yang bagus seperti ini. Program-program berbentuk kerohanian memang sepatutnya dibanyakkan berbanding program duniawi nie.
Nantikan program hari raya, bulan depan. Aku harap dapat perform nasyid untuk semester akhir nie. Nas, aku harap kau baca blog aku nie. Bagi aku peluang untuk last performance. Credit picture oleh saudara Che Cin, dijanakan oleh camera DSLR lebih kurang macam tuhla.
zoul says
Biasalah tu bro.. bila majlis yg berkaitan agama nak harapkan sambutan yang diluar dugaan memang selalu. Diluar dugaan bukan kerana terlebih tetapi terkurang yang datang. Tapi kalau konsert atau bola… pukul 3 pagi pun sanggup redah…
Zik says
hurm setuju tuh bro… tak pelik lah sekarang nie… berbeza dengan zaman dulu… serius..
Sir Marcello says
majlis makan2 pun depa nie malas nak mai…kalo junior aku..mmg berterabur lari kantoi kalo tak mai ngan aku…hahaha
Zik says
wah senior otai nie…
sabhi alif berahim says
Salam,zik wa baguslah gambar kat atas sekali kau kan?? ala-ala ustaz gitu and gambar atas yang ke-empat 2 tak silap aku member aku sama kuliah masa belajar perkapalan ( maritime management ) hehehe ,dulu… nama aku lupa pulak.. hehehe
Zik says
hehe… nama dia mawi. betul ke…
Ismail N says
Bagus aktiviti begini. Sebarang kesilapan dan kelemahan tu biasa lah Zik.. don’t worry sangat. Btw, model2 dlm gambar ni ko bagi royalti tak? Kena saman nanti. Model2 semua contact my firm di talian XXX-783xxx, kalu mahu saman Zik. 😀
Zik says
wahh.. habisla kena saman…
suri says
terawih ramai2 mmg seronok nie..apatah lagi makan secara ramai2..
tak der mungkin dema dah balik kg kot…tak pun tgh dok g jalan TAR bli bju raya… hee
Zik says
mungkin juga…
kulanz says
program macam ni memang bagus.. tapi sayang betul tak orang tak ambil peluang manfaatkannya..
Zik says
tak sama dengan zaman dulu..tak payah suruh dah datang…
XN says
org uniKL ke? knal tak dengan owner kamilstudios?
Zik says
ah bro… unikl iprom… kenal dia… dia unikl miit … tapi dia tak kenal aku…
mancai says
lama dah tak merasa keadaan macam ni… dulu2 masa study memang menyeronokkan…
Zik says
hurm betul tuh… masa study nie memang seronok bro… alamak mengimbau kenangan lama bro lah pulak..
Zik says
hurm mana yang termampu jer… waktu masih sihat dan berupaya.. nanti dah tua susah… huhu
Zik says
zaman sekarang nie biasalah tuh…