Ehem, bilal muda sedang testing power. :w00t: :w00t:
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Negara Malaysia mempunyai berbilang kaum, bangsa dan agama. Agak terkilan sedikit bila ada agama lain, disuruhnya memperlahankan azan di negara kita sendiri. (baru-baru ini sahaja) Nasib baik dah settle!! Ia berlainan dengan negara-negara yang lain, yang memang mengharamkan/memperlahankan bunyi azan ketika masuk waktunya solat, kerana pemerintah dan undang-undang mereka.
Kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Percanggahan dari hadis :
Sebenarnya aku baca di ada sedikit percanggahan dari hadis ini, hadith dhoif (baca yang ini dulu) yang menyatakan lidah kelu ketika saat kematian, jika tidak menghomati azan.
Jawapan mengenai persoalan ini di entri blog ini, (kemudian baca yang ini) menyatakan permasalahan ini, iatu hadis yang dinyatakan. Tak salah kita nak berkata-kata dalam waktu azan, cuma kalau tengah dengar mendengar radio, menonton tv, perlahankan volume atau lagi bagus matikan suara (mute). Lagi bagus matikan semua tv dan radio.
Tetapi apa salahnya kita hormati azan, sebabnya kalau lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri. Tambah bonus (pahala) kalau kita jawab azan itu.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon berdoa kepada Allah.
Yang bagusnya:-
- Berdiam diri.
- Menjawab seruan azan.
- Berdoa selepas selesai azan.
- Ditambah dengan doa permohonan kerana doa di antara azan dan iqamah dimakbulkan.
- Kerjakan solat sunat Rawatib.
elmoluya says
ada orang kata, kalau orang tengah azan, kalau kita bersandar seolah² kita bersandar di tiang api. entahlah mana dapat info tu.
Zik says
yeker…tak tahulah plak…
naimulfirdaus says
kalau yang sembang merapu tu baik diam waktu azan..
lain lah kalau dalam majlis ilmu dan sebagainya..
Zik says
betul2… senyap lagi bagus…
MakLaN says
Macam kenal je latar belakang dalam gambar tu.. ^_^
Zik says
yeker… tuh tempat saya punya kolej…
MakLaN says
Ku punya kolej juga.. ^_^
suri says
indahnya azan jika org pandai mmemahi mksudnya..
Zik says
maksud dan panggilan illahi akan kita ingat kepada penciptanya…
iza says
Salam…
Ya, sentiasa hormati walaupun sekadar azan dalam tv dan radio.
Zik says
hormati waktu tersebut…
MDHAFiZ.NET says
betapa susahnya org islam nak laksanakan syiar islam di bumi sendiri..apa tah lagi untuk melaksanakan syariat islam…
kasihan org islam kita.. terhina di bumi sendiri…
Zik says
mereka mula nampak tunjuk taring nampaknya..
Ezany-Kun says
setuju.. seharusnya kita lebih menghormati ketika azan berkumandang..
p/s: calon imam muda musm 2 ker dlm gambar tu.. hehe..
Zik says
haha.. calon2 yang macam susah jer nak lepas nanti.. huhu
etomyam says
teringin nak dengar alunan suara zik azan 😀
Zik says
insyallah.. nanti kalau ada masa upload…
faizal says
kadang kalu tengok, orang2 bukan islam kat malaysia macam dah berani cabar kita..mungkin kerana politik orang melayu yang goyah…by d way,selain diam n jwab azan, sebaiknya lepas azan kita pun pergi la sekali jemaah kat masjid…
Zik says
itu lagi bagus…
muhammad fakhruddin says
Sebenarnya zik,isu azan kadang kala berkait rapat dengan tahrim atau bacaan Quran 20-10 minit sebelum azan. Menurut pandangan Dr. Asri, bacaan tahrim mahupun Quran secara kuat bukanlah sesuatu yang ada dalam sunnah.
Namun tidak menjadi kesalahan sekiranya kita mengamalkannya atas maslahat seperti untuk mengejutkan Subuh dan difahami penduduk setempat berbilang agama.
Zik says
ya betul tuh..
Pejuang Kesenian Extreme says
Sudah menjadi kewajipan umat islam untuk menghormati azan..Rasanya benda ni tak perlu diajar lagi kot kat org2 yang dah mampu berfikir..
Zik says
remind, dan untuk generasi anak2
rusliesophian says
Didikan awal akan mendidik anak2 hormati azan.
Zik says
ya betul tuh… mereka seharusnya diberi pendedahan seperti ini…
RedBoys says
memang digalakkan hormati azan dan menjawab azan. dari sembang, lebih baik diamkan diri sekejap.
Zik says
diam seketika.. berapa minit sangatlah…
Amry says
Banyak kelebihan azan…..bukan sekadar mengajak orang islam menunaikan solat jer.
admin says
Betul tu Zik, skrg ni ramai yg dah macam tak tahu yg sedang berkumandang itu adalah azan. Bukannya kita di suruh buat yg pelik2 cuma kalau boleh diamlah sekejap atau perlahankanlah sikit volume suara tu kan…
Eh bila Zik nak azan mcm kat TV tu..
Zik says
hehe… insyallah.. nanti kalau ad rezeki…
tehr says
jangan pula harapkan orang bukan islam hormati azan sedangkan kita umat islam pula tidak menghormatinya
Zik says
betul juga…
Fahmi Raazali says
seeloknya kalau tgk tv tu mutekan sekejap… bukan lama mana pun 🙂
tapi kalau tak mampu, perlahankan sound tu kira ok la kot 😀
Ladfe Amir says
memang sebolehnya bila ada azan ni, aku akan mengambil langkah utk berdiam diri dan bagi tumpuan pada skrin tv. (dalam fikiran..bilalah aku nak sampai kat mekah ni..?)
masa tinggal di PULAPOL dulu, pukul 6.45petang, akan ada bunyi trompet (mcm dalam cite Bukit Kepong), masa ni semua orang kena berhenti. pagar pun tutup separuh.
tapi bila time azan..masih semuanya leka bermain bola sepak di pdg bola.