Hentian Puduraya ditutup 19 Mac ini!

Ditutup 4 bulan. Untuk kemudahan masa hadapan.

Hai, tak sanggup aku tengok kaunter pudu macam nie!


Salam semua. Demi untuk memastikan keselesaan yang semaksimum untuk masa hadapan, Hentian Puduraya akan ditutup mulai pada 19 mac mulai hari Jumaat.

KUALA LUMPUR 10 Mac – Hentian bas Puduraya di sini akan ditutup selama empat bulan bermula 19 Mac ini untuk kerja naik taraf.

Pengarah Urusan UDA Holdings Bhd., Datuk Jaafar Abu Hassan berkata, kerja menaik taraf itu diambil bagi menangani isu ketidakselesaan pengguna, kekurangan kemudahan dan kesesakan lalu lintas sekitar hentian.

“Penutupan juga terpaksa dibuat atas aspek keselamatan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jaafar berkata, penambah-baikan itu merangkumi tiga peringkat iaitu pelan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Katanya, keseluruhan kerja menaik taraf dan menambah baik Puduraya setakat ini adalah 22 peratus dengan keseluruhan projek dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini. – Bernama

Jadi disini, orang ramai diminta memahami penutupan Hentian Puduraya adalah untuk kebaikan mereka pada masa hadapan.

Sepanjang tempoh pengubahsuaian itu, pengguna bas terpaksa ke hentian sementara yang sudah siap dibina di Jalan Galloway, berhampiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Kata dari pihak mereka, sedang mengkaji untuk memberi kemudahan tambahan kepada pengguna yang akan menggunakan perhentian bas sementara. Harapnya lah!

Semoga, hentian pudu raya yang berwajah baru ini, kuranglah kesesakan umat manusia, ulat-ulat tuh kasi settle!!! Bau-bau yang “harum” diganti dengan bau yang lebih menyenangkan. Serta masalah-masalah yang lain seperti penyeluk saku, paw mengepaw dan  sindiket peminta sedekah.

P/s: Alamak zik nak balik kampung macam ne?? kena balik dari hentian duta la gamaknya. :-)

Related post

About Zik

Mahasiswa tahun akhir, akan menamatkan pengajian tahun ini juga. Insyallah.
This entry was posted in Ekonomi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: