Harga ayam naik mendadak.

banner 125x125, advertise here, ladfe amir banner

http://a.imageshack.us/img19/2320/hargaayamnaik.png

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Isu ayam naik harga, menjadi perbualan hangat, masing-masing pening kepala. Tak pasti petang tadi, tengok harga ayam percik, satay ayam, dan juga ayam golek di bazar ramadhan.  Adakah harganya naik juga?

Mengikut artikel di utusan dan metro(sila rujuk untuk mendapatkan maklumat lanjut) rata-ratanya mengatakan harga ayam naik mendadak di Kedah, Kelantan, Seremban dan Pulau Pinang.

Pengguna selalu menjadi mangsa keadaan.

Tidak dapat dinafikan, apabila barang naik ke, minyak naik ke, gula naik, yang menjadi mangsa keadaan ialah pengguna. Peruncit, pemborong, dan seangkatan dengannya terus menaikkan harga demi memastikan keuntungan dapat dijaga, tanpa memikirkan hati pengguna. Tetapi peniaga pun terpaksa, jika tidak terpaksa menanggung kerugian yang amat besar. Salah siapa sebenarnya? Pemborong, atau …… alahai tersepit dibuatnya.

Ayam harga kawalan.

Memang tidak dinafikan, ayam merupakan salah satu harga yang dikawal oleh kerajaan. Namun, sejauh mana, KPDNKK mampu untuk membuat spot chek disetiap kedai yang menjual ayam. Larat ke diaorang nie? Setakat pantau je, tak boleh beb! Susah juga, sebab ada spy (mata-mata) yang memberitahu, bila ada orang kementerian nak turun padang di sesuatu kawasan. Bila dah takda, tukar balik harga, ish2, jadilah peniaga yang jujur dan amanah. (tak semua macam tuh, segelintir).

Cadangan untuk boikot beli  ayam.

Penulis masih lagi buntu untuk mencari jalan yang terbaik untuk menurunkan harga ayam ini, susah sekali kalau nak buat “kempen boikot beli ayam” Tidak dicampur lagi dengan isu-isu penyembelihan haram, tiada permit sah untuk menyembelih. Anda yang budiman, ada cadangan untuk mengatasi masalah kenaikan harga ayam yang tidak terkawal bila perayaan tiba?

Rumusan. (Kalau malas nak baca atas, point penting nie!)

Kita selaku pengguna, sebenarnya ada kuasa membeli yang sangat kuat, untuk memboikot sesuatu barang kecuali barang yang monopoly sahaja. Namun, disebabkan ayam ini dilihat ia menjadi permintaan (demand)  yang sukar dikawal. Ayam dilihat menjadi pelbagai produk yang diminati ramai, (kfc, mcdonalds).

Kita harus mencari suatu alternatif yang sesuai untuk mencari makanan yang lebih sesuai selain ayam. Ayam yang diberi suntikan sekarang yang kita makan nie sebenarnya tak bagus elok untuk kesihatan.

Say no to ayam!

Random Posts

About Zik

Berkongsi ilmu, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
This entry was posted in Kesihatan, Pengumuman and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

44 Responses to Harga ayam naik mendadak.

  1. yang says:

    Harap buat tinjauan dulu sebelum membuat kritik terhadap sesuatu isu.

    Mengapa harga ayam naik secara tidak terkawal? meninjau dengan teliti unsur-unsur yang berikut dulu:-

    1. tahap teknologi pertanian malaysia;
    2. kebajikan perternak ayam atau apa perkhidmatan yang pernah atau diamalkan oleh agensi kerajaan kepada perternak ayam;
    3. peranan jabatan haiwan dan pertanian malaysia dan peranan jabatan haiwan serta pertanian yang diamalkan di negara-negara lain;
    4. struktur kos ayam daging;
    5. bahan mentah dedak dan kos dedak serta benih ayam;
    6. kesusahan yang dihadapi penternak ayam dari segi kualiti dedak dan benih ayam, dan apa jenis bantuan yang pernah kerajaan berikan – tidak pernah;
    7. struktur kos jualan ayam – penternak ayam > syarikat > pemborong > kedai.

    Boikot makan ayam tu sebenarnya bagus. Baik juga setiap manusia makan sayur saja tanpa makan daging. badan sihat, otak cergas, tidak panas baran, otak selalu sihat tanpa fikiran nafsu, masyarakat aman dan damai.

    • Zik says:

      memang banyak faktor2 yang harus kita teliti… ayam sekarang nie tak elok lah.. injik punya… apepun terima kasih diatas pandangan ini

  2. mancai says:

    pastikan halal… tak silap sudah bukan dalam harga kawalan KPDNHEP…

  3. khairolghani says:

    nak boikot ayam,orang Malaysia ni memang kuat makan ayam..aku pun tak faham kenapa harga ayam tak leh nak control

  4. ibnujusup says:

    biasela bro…time puase camni… mcm2 bende naik harga… x logik betul.. geram pun ade.. ape KPDNHEP buat??

  5. hafizmd says:

    pasti ade carenye..tapi pengguna akhirnya juge yg tersepit..nak boikot?kalau boikot..kene fikir dulu alternatif lain nk ganti sumber protein..

    hehe..nnti aku fikir dulu yer zik..nk angkat2 pinggan dulu..hehe

  6. papabear says:

    ada aja la yg nam ambil kesempatan naikkan harga ayam… tapi semalam dalam news kata harga dia dah di fixed kan…. towkey2 ayam kat pasar tu mau ikut ke?

  7. acapz says:

    biasa la setiap kali peryaan mesti ayam n bnda2 len nek harga. aha

  8. hanif says:

    banyak harga barng naik msim prayaan ni..

  9. kulanz says:

    petang tadi sempat beli ayam yang dah masak.. memang naik harga..

  10. etomyam says:

    petang ni aku buka puasa ngan ikan kering…lagi sedap 10 kali ganda hahaha

  11. suri says:

    rasanya ayan kfc harganya lagi maintain heee…tetap sama tak terlebuh pun heee..ada rasa, ada pelbagai pilihan heee..

    selamat berpuasa zik..makan ayam golek masa buka ok gak heeee

  12. Fida says:

    Hrga ayam naik…jom kita pakat2 jgn mkn ayam…kita mkn ikan aje…hrga telur ayam pun turut naik ke?

  13. madlut says:

    kita boleh buat pilihan…
    pilihlah untuk membeli dari peniaga yang menjual dengan harga paling murah..
    jika tiada..boikotlah dulu sampai mereka turunkan harga balik…
    walaupun peniaga rugi,harus diingat, jika peniaga rugi, pemborong juga rugi, dan akhirnya kesannya akan sampai ke pembekal jugak…

    kita boleh sebenarnya tak makan ayam…

  14. ST says:

    Sana sini aku baca pasal ayam naik harga… sodih ler nak raya camni.

  15. Hadi Rofiee says:

    Salam sejahtera.

    Kelakar ‘giler’ gambar ayam di atas, mana bulunya? he2. :mrgreen:

    Begitulah suasana pada setiap tahun. Walau apa2 pun, kuasa tetap di tangan kita. Betul. ;-)

  16. haihh..x buat sate ayam la raya nih..ptt la nasi kukus ayam berempah smlm mahal..

  17. zulkbo says:

    salam..
    Alhamdulillah..jangan lupa berzakat fitrah sebelum sembahyang sunat hari raya Aidilfitri tahun ini..moga kita semua di rahmati Allah jua hendaknya…

  18. HidrogeN says:

    saya percaya harga ayam boleh je diturunkan. kita usahakan beramai-ramai berhenti makan ayam buat sementara..apa kata kita makan kambing, lembu, ikan, sotong, udang dll..semoga berjaya dan dirahmati Allah.

  19. tehr says:

    sapa yang ‘tangkap’ gambar ayam tu?
    comel sangat – patut le naik harga lagi…

  20. Salam Zik,

    Masalah nak boikot daging ayam ni susah juga. Sebab daging lembu, kambing dan ikan pun dah mahal juga sekarang ni.
    Macam kawan saya kat Slim Village, dia bela ayam kampung. Selain sendiri boleh makan, jiran2 ramai datang beli dari dia. Tiap minggu ke rumah dia mesti seekor sembelih…dagingnya enak….tak macam ayam yang dicucuk.
    Rumusannya, orang kita kat kampung boleh bela ayam sendiri. Badan sihat, duit pun masyuk.

    • Zik says:

      hurm ayam kampung pun bagus juga… dekat kampung memang ada… tapi duk kat kl nie…alaa… tak bestnya..

    • ST says:

      Bestlah duk kampung, kat bandar ni duk pun rumah tingkat banyak sangat.. tak dapat la nak merasa bela ayam sendirik.

    • Ismail N says:

      Bro Roslie, masaalah ayam kampung bila tak diternak secara komersial, harganya lebih tinggi lagi. Lagipun, rakyat kita ni kurang bab pendidikan barang organik, so kita lihat pada harga sahaja. Mana yg murah tu lah kita beli. Sbb tu berlambak barangan “Made In China” di sini. China Doll pun ada :D . Mahu bela ayam di bandar, mana boleh.. kena saman nanti. Kalau tak cukup duit makan daging jadi vegatarian le kot?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge