Gambar Logo dan maksud tema kemerdekaan yang ke 56, 2013

http://img823.imageshack.us/img823/546/my4v.jpg

Logo rasmi merdeka 2013.

Ah ha.

Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini lebih berbentuk perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan negara bangsa apabila tema yang telah dipilih iaitu, “Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku” yang akan disambut pada 31 haribulan Ogos 2013 yang ke 56 tahun.

Maksud tema kemerdekaan 2013.

Tema ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan negara di samping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan negara. Selain itu, konsep sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan negara.

Kita mahukan negara kita terus menanamkan rasa cinta kepada negara, disamping bersatu hati tanpa mengira perbezaan pendapat, idealogi, fahaman politik dan juga perbezaan agama dan bangsa. Harus pertahankan negara kita, ingat susah payah orang dahulu yang telah berkorban demi negara kita yang tercinta. Kitalah pewaris yang harus teruskan perjuangan ini hingga akhir hayat.

http://img713.imageshack.us/img713/1858/ka23.png

“Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.

Menurut laporan yang disiarkan media, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan termasuklah Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos ini di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.

logo merdeka 56 2013 1 gambar logo hari kemerdekaan 2013 ke 56 dan tema

Sambutan dibuat Putrajaya.

Turut dinyatakan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya.

Disamping itu, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 menerusi laman web rasmi di www.malaysiamerdeka.gov.my

Kategori/Sitemap

Bidadvertiser

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge