Din beramboi meninggal dunia.

Salam semua. Pastinya semua sedang bersedih diatas pemergian, Mior Ahmad Fuad Mior Badri 43, (din beramboi) yang telah kembali rahmatullah. Kita sedekahkan Alfatihah kepada arwah semoga Allah mencucuri rohnya.

Din beramboi

Pergi Tak Kembali (Rabbani).

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Erm, zik pun baru sahaja kehilangan Atuk sedara (adik kepada arwah nenek zik) yang telah pulang ke rahmatullah, hari rabu yang lepas kerana sakit tua. Zik tak dapat nak balik kampung, kerana sibuk dengan urusan duniawi. (apa nak jadi dengan zik nie!). Insyallah hari sabtu nie zik nak balik kampung. Kita sedekahkan Alfatihah kepada arwah semoga Allah mencucuri rohnya.

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)

Random Posts

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini Google Plus Zikri Husaini
This entry was posted in Kerohanian/Keagamaan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge