Cirit birit merupakan satu penyakit yang popular ketika bulan puasa, erm mungkin itu alasan jer kot? Tetapi aku juga pernah mengalaminya, sebabnya pagi tak sahur. Hah padan muka!
Apakah yang dikatakan cirit-birit?
Cirit-birit ialah masalah sistem pencernaan/penghadaman yang disebabkan beberapa perkara termasuklah jangkitan kuman (virus, bakteria, parasit) dalam makanan atau air yang diminum, pengawet makanan, alahan makanan, ubat-ubatan yang kurang sesuai, dan susu yang tidak serasi kepada bayi/kanak-kanak.
Salah satu puncanya mungkin disebabkan oleh keracunan makanan. Maklumlah macam-macam jenis makanan kat malaysia, semua nak disentalnya. Mungkin juga, disebabkan alahan kepada makanan laut dan (gluten atau laktosa). Namun ditekankan, sakit cirit birit ini boleh membawa maut, jika tidak dirawat dengan kadar yang segera.
Punca lain sebab cirit birit.
- kekurangan vitamin dari kumpulan vitamin B yang teruk atau pengambilan vitamin C yang berlebihan
- berkaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti antibiotik dan laxatif
- pertukaran tabiat pemakanan, di mana ia menggangu fungsi natural mikroorganisma dalam usus
- jangkitan usus dari makanan atau air yang tidak bersih (kadangkala dipanggil cirit-birit pengembara terutamanya kerana ia berlaku selepas lawatan ke sesuatu tempat yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah)
- situasi kronik seperti ketidakselesaan pada usus, penyakit radang usus dan kelenjar tiroid yang terlalu aktif
- penyakit yang berkaitan dengan ketegangan yang menyebabkan masalah kekurangan enzim penghadaman
- Ada kes yang lain, cirit-birit dikaitkan dengan barah usus
Bila dah tahu puncanya, mesti nak berubat dan merawat. :biggrin: :biggrin:
Cirit-birit yang teruk mungkin berlarutan hingga beberapa hari sahaja, tetapi ia boleh menghilangkan tenaga anda dan membuatkan anda berasa lemah dan tidak bemaya. Berikut ialah cara-cara ringkas yang boleh membantu memulihkan anda:
- Jauhkan Makanan Pepejal Tetapi Banyakkan Pengambilan Air
Pengambilan cecair yang banyak adalah penting untuk mengelakkan penyahhidratan terutamanya jika anda mengalami muntah-muntah. Gantikan cecair yang hilang dengan meminum satu gelas besar air setiap satu jam. Anda juga boleh mengambil sup cair atau air berkanji. - Beri Perhatian Pada Tanda-Tanda Yang Ditunjukkan Oleh Badan
Cirit-birit sepatutnya mula reda 24 jam selepas anda mula mengambil cecair. Apabila ia berlaku, beri perhatian pada reaksi badan anda. Contohnya, jika anda berasa lapar, mulalah mengambil makanan pepejal. - Ambil Makanan Lembut
Makanan yang pertama anda ambil haruslah makanan lembut yang mengandungi karbohidrat seperti bubur dan nasi. Roti putih bakar (cara rawatan kuno yang diamalkan oleh Hippocrates) juga digalakkan. Elakkan sayur-sayuran mentah dan buah-buahan sehingga usus anda befungsi dengan normal. Mulakan dengan satu perempat daripada jumlah yang selalu anda ambil, kemudian lihat bagaimana reaksi badan anda. Jika perut anda berasa selesa dan cirit-birit tidak berlaku lagi, anda bolehlah menambah jumlah pengambilan makanan pada waktu makan seterusnya. - Jangan Paksa Diri Anda
Tambah pengambilan makanan sedikit demi sedikit sehingga anda pulih sepenuhnya. Jika perut anda berasa tidak selesa atau jika cirit-birit berulang, pergi semula ke tahap sebelumnya.
Petua Tradisonal.
Gunakan biji Melada Pahit. Ataupun nama saintifiknya Brucea Amarissina.
Pokok Melada Pahit (sumber gambar disini)
Cara-cara membuatnya.
- Ambil beberapa biji melada pahit. Lingkungan dalam 5,6 biji.
- Keringkan ia terlebih dahulu. Lap dengan kain yang bersih.
- Bila dah kering, tumbuk ia sampai hancur.
- Kemudian, campurkan biji melada pahit yang telah lumat tadi dengan segelas air masak yang bersih.
- Kacau agar ia sebati dan minum. (pahit).
Petua 2.
Makan bawang putih. Bagi yang tak biasa makan terus, potong kecil-kecil ( jangan kecik sangat), campurkan dengan bahan makanan yang lain. Ataupun sekarang ini, ada dijual estrak/pil tablet bawang putih.
Petua 3.
Minum air teh o pekat, kaw kaw punya.
Petua 4.
Gunakan pil chi ke taun
Biasanya akan dibawa kemana-mana bagi yang selalu travel dan juga berkhemah.
Sekiranya keadaan berlanjutan, silalah berjumpa dengan pakar, doktor-doktor bertauliah di klinik-klinik atau hospital berdekatan. Selamat mencuba.
Anda juga dinasihatkan agar mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat, diet yang berkhasiat serta makanan yang seimbang yang boleh membantu mencegah atau mengurangkan keasidan gastrik, cirit birit, sembelit serta masalah penghadaman lain. Ingin buah pinggang sihat ?? layari blog buah pinggang sihat dot com.
Ladfe Amir says
pengkongsian yang baik.
memang seksa bila kena cirit birit. tambah2 pula masa menahan sakitnya perut bila tandas sudah dihuni oleh orang lain.. seksa
dnobiz says
kena pulak tandas awam yang meliyakan tekak… 😀
memang tensyen habih
donny says
cirit birit?.. cari pil chi ni jer,,,lain x cari dah
suri says
minum air tepung gandum ok juga campur air 😉
ProfHariz says
PIL pil chi ke taun .. Selalu makan ubat tuh je..
Anwar Osman says
Kalau sakit perut yang amat sangat baru aku telan pil tu. Kalau biasa2 ja aku bykkan minum air dan makan sup.
Ismail N says
yup, pil sakit perut dan cirit birit paling berkesan di dunia! Period
dnobiz says
aku biasa guna teh pahit, je kalau ada masalah ni…,
donny says
teh pahit?x pernah cuba
Ali ridha says
aku minum teh pekat. :cwy:
suri says
klu campur gula sikit2 blh ke idak??
Anwar Osman says
Aku kadang2 kena gak. Biasanya sebab masa makan yang tak konsisten dan jugak keracunan makanan lah. Tapi aku dah prepare tablet Charcoal untuk dimakan kalau berlaku cirit birit.
Zik says
wowh tablet tuh tak pernah lah pulak dengar….
Anwar Osman says
oldskool treatment.. sesetengah klinik masih guna charcoal nie. charcoal kan arang. tablet tu hitam ja bau pun mcm arang.
Tips kalau cirit birit masa dalam hutan.. minum sket air yang ditambah dengan arang.
eimsperfume says
er… aku.. biasa buat dekk jer.. 😐 huhu..
Zik says
buat derk jer….. boleh ..tapi tahan jerla.. huhu
Amirez says
tak nak ingat dah hari kena cirit birit dulu…memang terseksa jiwa raga hehe.
kalau cirit-birit selalunya telan pil chi-kit teck aun tu, memang berkesan
donny says
memang seksa,lepas makan ubat baru okay semula
darkbatman says
biase aku mkn pil chi kit teck aun bro.hahaha.. murah n cpt..so en3 ko ne mmg tepat laa..hahahaha
Zik says
hehe pil tuh memang semua orang pakai …..
naimulfirdaus says
selalu ikut yang no 4 ja, taktau plak ada banyak cara..
terima kasih..
Zik says
erm ikutkan lagi lagi banyak tuh…
Nine says
banyak petua jugak ek rupanya…tq berkongsi Zik..tapi nikmat cirit birit nih sesudah melabur….hehe puas jer rasa…
Zik says
lega…… :biggrin: :biggrin: 😆 😆
Arif R. says
nice info…. 😀
Zik says
makasih ya mas….
RedBoys says
kalau kes mcm ni, slalu telan pil chi kit teck aun je.
Zik says
rata2x.. guna pil tuh..
Norizwan says
owh ada petua lain rupanya…cammmtuu plak yer…selalu guna pil chit teck aun jer…cuba lain lak…mana tau segera jer hilang cirit…
Zik says
yang kos murah2 jer pun dah ok… hehe
DausFrenzyFM says
haha, tq bro
Zik says
beres2x…
Ali ridha says
perut aku sering memulas
ketika waktu pagi.
suri says
ker mmg dah rutin pepagi mmg sllu singah umah “kawan” tu heee
Ali ridha says
cerit-birit yang kita boleh
tahan tu tape lagi.
Zik says
yang tak boleh tahan… adoi…. 😆
Ali ridha says
pernah masa darjah dua.
tak tahan tu.malu la
pergi sekolah.
akubiomed says
Satu lagi petua tradisional kunyah pucuk pokok daun jambu batu. Insyallah akan melegakan sakit perut tapi kalau dah kronik perlu berjumpa doktor kerana ciri-birit akan menyebabkan badan kekurangan air. Kesan boleh dilihat pada bibir akan menjadi kering
Zik says
terima kasih berkongsi petua yang baru…
zzzz says
btol2..
maxyes says
buah nya boleh ?
aizan says
salam semua 😛
Zik says
jangan komen macam tuh… huhu
Azura Ahmad says
Pil tu mmg berkesan..klu ank2 kecil bg teh o pekat..kejap je stop..arwah mak aku dulu mmg kunyah daun jambu batu je..aku dulu pernah kena cirit birit yg teruk…mak aku suruh amik ciku muda n asah kat batu lesung..
Campur air n minym