Cara untuk dapatkan Rebate Smartphone bernilai RM200

http://img195.imageshack.us/img195/2088/daftarrebatsmartphonerm.pngBerita baik buat mereka yang layaklah yer, kerajaan dah pun umumkan.

Ini hanya terbuka buat belia berumur diantara 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang telah diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Under Kementerian mana nie???

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut.

Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September 2012 yang lepas.

Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip ‘siapa cepat dia dapat‘. Macam nie, siapa lambat memang tak dapatlah. Macam tuh pulak lah kan?? Huhu

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan juga YTL Communications.

Syarat kelayakan permohonan pakej Komunikasi Belia ( Rebate RM 200 )

  1. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon (student dan pekerja, ada dua ketegori);
  2. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
  3. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan (Terkini: Harga maksima Tiada Had);
  4. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
  5. Satu telefon hanya untuk satu belia;

Apa lagi daftar rebat rm200 Smartphone disini. Yang menjadi masalah ialah, server memang sesak, sekarang nie tengah under maintaince. So, just tunggu/bukak jerla laman gomen tue sampai lebam jerla, sampai bila dah ok.

Comments

  1. nurul says

    macam mana ek kalau kita dah mohon lepas tu dah dpat … tapi borang tu tak print lagi … mcm mana nak dapatkan balik ?

  2. says

    Agaknya ramai yang happy bila gomen gugurkan had harga smartphone yang boleh dibeli. Saya ada survey .. harga RM 500, smartphonenya biasa – biasa je …:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge