Meramal dalam permintaan dalam dunia perniagaan bukan sesuatu yang mudah bagi baru-baru berjinak dalam bidang ini. Ada banyak faktor yang mempengaruhi permintaan, ia berkaitan dengan produk yang bakal dijual tak kira jenis perniagaan sama ada peniaga di tepi jalan, jual air atau pisang goreng panas mahupun perniagaan yang melibatkan juta-juta ringgit punya (david teo, 7 juta maa).
Walaupun perniagaan sekecil manapun, penting sebenarnya nak meramal, sebab kadang-kadang “unexpected occur” can happen. Sediakan payung sebelum hujan!
Apakah itu penawaran.
Apakah yang dimaksud dengan penawaran? Permintaan merupakan kegiatan ekonomi yang dilihat dari sudut consumer(pembeli). Perbincangan mengenai penawaran ia merujuk kepada orang yang menjual.
Dalam rangka memenuhi permintaan pengguna, pihak penjual menyediakan barang dan stok-stok yang perlu disimpan. Barang dan kemudian dijual kepada pengguna di pasar mengikut tingkat harga tertentu. Harga yang ditawarkan mengikut sesuai dengan situasi yang mempengaruhi, kadang-kadang boleh naik bila stok habis atau stok disorok. (kejadian ini sering terjadi dinegara kita, contohnya pekedai atau pemborong yang menyorok gula, minyak).
Tampak kembali di sini unsur-unsur yang termuat dalam permintaan, tetapi dengan sudut pandang yang berbeza. Permintaan berkaitan dengan pembelian dan penggunaan, sedangkan penawaran berkaitan dengan penyediaan dan penjualan.
Bagaimana nak meramal?? Kita kena tahu faktor point-point dibawah nie:-
1. Hukum Penawaran
Hukum penawaran adalah jumlah barang yang ditawarkan akan meningkat apabila harga naik dan akan berkurang jika harga turun.
2. Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penawaran
a)Teknologi produksi
Tingkat kemampuan teknologi perusahaan menentukan kemampuan berproduksi perusahaan itu. Makin tinggi teknologi semakin tinggi pula tingkat produksi barang dan menyebabkan penawaran bertambah.
b)Munculnya produk baru
Munculnya produk baru di pasaran akan menambah jumlah barang yang dijual dan ditawarkan.
c) Harga sumber-sumber produksi
Naik turunnya harga sumber-sumber produksi akan mengakibatkan naik turunnya sesuatu produksi. Hal ini akan mempengaruhi penawaran suatu jenis produksi barang.
Mengukur dan Meramalkan Permintaan Pasar
Apabila perusahaan menemukan suatu pasar yang menarik, maka ia perlu menganggarkan besarnya pasar pada masa sekarang dan masa yang akan datang dengan cermat. Perusahaan akan kehilangan atau kerugian jika tidak pandai membuat perhitungan.
Bersambung… tunggu part 2, minggu hadapan.
real estate says
info yg cukup menarik……tk dgn perkongsian….
MDHAFiZ.NET says
harap sabar menunggu sambungannya 🙂
chii says
hukum penawaran…da lama chii x dgr term ni..dulu time skolah ada amik subjek ekonomi asas..kat mlk pun ada gak blaja sket2 pasal ekonomi..
adeih..ada sambungan ar plak
muhammad fakhruddin says
Kalau perniagaan MLM macam mana pula tu bro. Meramal berapa banyak kita oleh dapat prospek baru?
Mrs.Ayie says
Paling suka tajuk penawaran dan permintaan dalam subjek ekonomi asas. Sesuatu yang menarik untuk dipelajari dan dikaji.
* Tengah tunggu sambungannya.
suffer8zine says
menarik ni, menanti bahagian seterusnya
akubiomed says
Wah Zik mula berminat menceburi bidang perniagaan. Bagus juga mengkaji pasaran tapi memerlukan sedikit kesabaran dan pengalaman
benjy says
Sesuatu yang menarik untuk dipelajari … saya berpendapat ia bukan sahaja boleh dipraktikkan dalam dunia perniagaan tetapi juga dalam berbagai bidang … cuma ubah sikit2 je mengikut kesesuaian sektor … Tq atas info bernas anda.
tehr says
mungkinkah boleh disesuaikan dalam dunia blog?
aku hanya belajar ekonomi masa tingkatan 6 dulu
dah lama tak dengar hukum ni 😀
Bro Ery says
Sebab tu laa Tira tak ambil bisnes. Ramal meramal tentang pasaran semasa ni memang tak tahu langsung. Silap meramal buruk padahnya. So, Tira ambil bidang masakan je. 🙂
Miss Tira says
Ops sorry.. Terguna akaun Bro Ery pulak. Hahaha :p
Ismail N says
kelas ekonomi hari ini… menarik menarik 😀
shamizu says
Ni boleh bukak kelas busines ni zik.
Sayang masa sekolah dulu tak berapa minat dengan dengan subjek ekonomi. Sekarang jer baru timbul minat.
Mr.Kerro says
prnah blajar dlm ekonomi dlu 🙂
yg bestnye bila pnawaran melbihi pemintaan kita boleh dptkan brg dgn hrga murah..hehehe
tengkorak emas says
er..ekonomi..aku perlu ambil masa untuk mendalami dan hadam entri ni,
ekonomi rumah tangga pernahla aku belajar sekolah dulu..
ejan says
wah bagus maklumat untuk mulakan perniagaan.. aku cdg nak start jual produk online lah..bole mtk tolong zik promosikan 😉
Hisyam says
Info yang menarik bro Zik, alamak, sedap2 baca bersambung pulak. tak pe. kite tunggu. hehehe.
dnoBiz says
perkongsian menarik..
menunggu sambungan seterusnya..:D
decrewz says
Good info bro.. Jai pun dalam proses nak buka bisnes, tapi kecil2lan dululah ngan org rumah.. 🙂
AdaAkuKesah says
join biz aku.. join aku.. heh
decrewz says
Modal besar ke bro?
papabear says
lebih familiar dengan pasar malam.. hehe..
Sir Marcello says
nak tambah skit…teori sahaja tak cukup…kena terjun juga sekali sekala untuk merasakan suasana sebenar…
tanya diri sendiri…ape benda yang mmg kita nak..even kita ada barang bagus…cuba rasakan sekeliling kita perlu ke benda sedemikian…
Zik says
aku rasa ada buat…part 2… memang lah apa yang aku tulis nih semua praktikal.. mana teori semata-mata bro…
Sir Marcello says
ek…jangan salah fahm…maksud aku…dari pembacaan sahaja tak cukup…
p/s: sebenarnya aku tuju kat semua…sekadar memberi pendapat..selain dari kita membaca tips yang ada…cuba rasai bagaimana jadi pengguna~
nasslimdiet2 says
setuju dengan pandangan tuan. bila kita buat kita akan rasai pengalamannya. memang best
AdaAkuKesah says
Kena ikut drama ni, aku rasa cam best je topik ni.. pukul bape tayangan lagi bang?
Razlan says
Bagus juga tips ne zik,aku pun tengah meramal macam mana nak kasi up aku punye blogging bisness ne,cume dok terkedek-kedek nak mantapkan penulisan yang kurang mengancam
sabree hussin says
Zik.. topik ni antara topik yang aku plan nak tulis.. tapi masih dalam peringkat draf lagi..
tapi pendekatan dia lebih kepada the dark side of concept demand and supply ho ho .. aku memang cenderung untuk menulis something yang dark side.
suri says
berniaga mmg ada tawar menawar.. kalu kita bli brg kat pemborong pasti kita akan dpt harga yg istimewa..klu org lain bli pd kita kne ikut pada hrag pemborg yg d tetapak pada kita pelanggan pula