Burung cenderawasih, burung kayangan??

burung cenderawasih, burung paling cantik, burung kayangan, burung kayangan cenderawasih,

Diantara burung yang tercantik didunia ini.

Kepercayaan tahyul mahyul jer.

Menurut kepercayaan orang dulu-dulu. Burung ini berasal dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput.

Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Ramai yang mengatakan burung ini membawa tuah macam bela ikan kelisa lah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya.

Video burung cenderawasih:

Asal-usul burung ini.

Secara faktanya, asal usul burung ini gagal ditemui atau dikaji secara mendalam hingga sekarang. Tiada bukti yang menunjukkan ianya berasal dari alam nyata ini. Namun satu lagi fakta yang perlu diterima, burung cenderawasih turun ke bumi hanya di IRIAN JAYA (Papua sekarang), Indonesia saja. Tetapi yang pelik namun satu kebenaran burung ini hanya turun seekor saja dalam waktu tujuh tahun. Dan ia turun untuk mati. Sesiapa yang menjumpainya adalah satu tuah. Oleh itu, kebanyakan burung cenderawasih yang anda saksikan mungkin berumur lebih dari 10 tahun, 100 tahun atau sebagainya. Kebanyakkannya sudah beberapa generasi yang mewarisi burung ini.

Kajian lain.

Menurut wikipedia, Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes. Ia terdapat di kawasan Australasia timur Indonesia, New Guinea dan tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.

Yang paling terkenal kerana bulu mereka adalah spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar, Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka “Burung syurga – birds of paradise” dan nama saintifik apoda – tanpa kaki.

burung cenderawasih, burung paling cantik, burung kayangan, burung kayangan cenderawasih,

Telah dinyatakan dalam kitab Tajul Muluk bahawa burung cenderawasih mempunyai pelbagai kelebihan. Seluruh badannya daripada dalam isi perut sehinggalah bulunya mempunyai khasiat yang misteri. Kebanyakannya digunakan untuk perubatan. Namun ramai yang memburunya kerana ‘tuahnya’. Burung cenderawasih digunakan sebagai ‘pelaris’. Baik untuk pelaris diri atau perniagaan. Sekiranya seseorang memiliki bulu burung cenderawasih sahaja pun sudah cukup untuk dijadikan sebagai pelaris. Mengikut ramai orang yang ditemui memakainya sebagai pelaris menyatakan, bulu burung cenderawasih ini merupakan pelaris yang paling besar. Hanya orang yang memilikinya yang tahu akan kelebihannya ini. Namun yang pasti burung cenderawasih bukannya calang-calang burung. Penuh dengan keunikan, misteri, ajaib, tuah.

Tidak hairanlah, kerabat diraja, orang-orang kenamaan benar-benar mahukan burung seperti ini tak kira masih hidup atau yang sudah mati (diawet). Apepun, sebagai orang islam, kita tak boleh percaya sangat benda tahyul mahyul ini.

Lagu burung cenderawasih:
Tak sangka ada orang buat lagu burung ini: (jangan berhantu sudah!)

Sumber lain untuk bacaan lanjut mengenai burung cenderawasih:

  1. Burung cenderawasih mitos atau realiti
  2. Cenderawasih (complete set tentang burung ini)
  3. Cenderawasih bird of paradise.
  4. Burung golden Phonenix.
  5. Hikayat burung cenderawasih.

Sumber wikipedia.

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)

Random Posts

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini Google Plus Zikri Husaini
This entry was posted in Alam sekitar and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Burung cenderawasih, burung kayangan??

  1. Amirez says:

    pernah tengok sekali kat Zoo Melaka beberapa tahun lepas. banyak kisah pasal burung cenderawasih ni. kalau dah percaya sampai perkara2 tahyul tu risau lak tergoncang akidah nanti
    Amirez recently posted..Makna Tersirat Lagu Aku Maafkan Kamu – Malique Ft Jamal AbdillahMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. kalau sampai percaya burung tu yang bagi rezeki itu dah tak boleh la.. tapi burung tu memang cantik la
    sabree hussin recently posted..Diari Seorang Penulis Blog 2 : Dreamer.. Atau Super BloggerMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  3. nuriz says:

    cantiknya bulu dan warna burung ni, ada lagu burung cenderawasih kan ..siapa penyanyi lagu tu ..lupa dah
    nuriz recently posted..Agensi Angkasa Negara Siasat Bunyi Aneh di SamarahanMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  4. mancai says:

    burung ni memang cantikkkk… mungkin mitos tu tercatat kerana memang payah nak di jumpai satu ketika dulu…
    mancai recently posted..menghadapi cabaran 2012My Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  5. mdsaf_kyo says:

    Subhanallah… indahnya ciptaan Allah yg maha berkuasa
    mdsaf_kyo recently posted..Anda juga boleh terima cek seperti sayaMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  6. jossette726 says:

    I even saw these kind of bird, Its really beautiful seems like a peacock.
    jossette726 recently posted..Oven repairs MelbourneMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  7. akubiomed says:

    Saya berpeluang melihat secara dekat burung Cenderawasih di Zoo Melaka baru-baru ini. Memang cantik.
    akubiomed recently posted..Timang bulu ayam permainan tradisi MelayuMy Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Norizwan says:

      sama la bro…saya pergi tahun lepas…saya tengok 2 ekor jer…tahun ni tak tahu berapa ekor…memang cantik…

      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.17_1161]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  8. titan says:

    hoho..ekor dia yang mahal tu..
    titan recently posted..Pendahulu Cabaran SEO yang kacak.My Profile

    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.17_1161]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge