
Pertama sekali ingin aku bersyukur ke hadrat Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang kerana mengizinkan hambaNya yang hina dina ini untuk mencoret sepatah dua kata di medan dakwah maya ini. Setelah beberapa hari ditimpa musibah (demam pus-pus), hari ini aku sihat kembali. Buat ke sekian kalinya aku memohon maghfirah dari-Nya yang Maha Mengetahui akan kelalaian yang menimpa diri ini sehingga membantutkan perjalanan dakwah blog ini. Kemaafan dari kalian semua juga ku pinta.
Penulisan dakwah setiap hari Jumaat.
Bukan maksudku untuk mengabaikan medan dakwah maya yang selama ini menjadi medan perkongsian ilmu dan didikan bersama. Akan tetapi melihat kepada dakwah secara realiti disamping tugas aku sebagai masyarakat madani, disamping masih lagi mempelajari ilmu-ilmu ini untuk memantapkan ilmu ukhrawi, dan tugas-tugas duniawi yang harus diutamakan.
Apa yang pasti, ingin menjelaskan kepada sahabat-sahabat seperjuangan sekalian bukan niatku untuk mengabaikannya. Insyaallah, aku bermohon kepada Allah agar hati ini terus ditetapkan dalam perjuangan Islam yang hakiki secara seimbang merangkumi realiti dan maya setelah aku sendiri yang memilih untuk menceburkan diri di dalam medan dakwah ini.
Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat blogger yang sudi menziarahi laman perkongsian ilmu yang serba kekurangan ini lebih-lebih lagi yang sudi menegur sebarang kesilapan yang wujud secara sembunyi atau terang-terangan. Insyaallah aku akan perbaiki dari semasa ke semasa dengan sedaya yang mampu. Semua penulisan ini, semata-mata mahu memperbaiki diri yang sering terlupa.
Doakan Islam akan terus Gah!!
Doakan semoga Islam terus menjadi jalan hidup kita dan seluruh umat Islam di Malaysia khususnya. Dan semoga kebathilan akan jatuh tersungkur untuk memberikan cahaya kemenangan kepada kebenaran yang dinanti-nantikan selama ini. Semoga juga Allah merahmati kerja-kerja dakwah yang sekecil zarah ini di timbangan hisabnya kelak.
Amin…Zikri Husaini 2011

amin.. insyaAllah. sekecil zarah pun tidak akan terlepas daripada penilaian tuhan
Khidhir recently posted..Install 1Malaysia TV dalam Android, Blackberry dan Apple iPhone
Alhamdulillah dan Selamat kembali!
shraqs recently posted..Program Percuma Untuk WordPress Testing Platform
Zik, sorry ye jika jarang singgah di sini seperti dulu2.
Sebab dah jadi busiest men utk hari2 biasa.
Apa2 pun teruskan niat dan usaha utk berdakwah thru alam maya ni.
Semoga mendapat pembalasan yang dari orang yg membaca bahan dakwah.
Amin..
Eh? ada kucing tu. hehe.
nizamghazi recently posted..Adakah Saya Masih Burung Yang Sunyi? – Copy N Paste And I’m Hacked
ko sakit ke? sakit apa weh?
titan recently posted..Aksi Promosi unik Pramugari Cebu Pacific
terbaik bro.moga islam terus kukuh dan berkembang
Eh..mana datang kucing jadi peneman? Sian Zik kalau ada isteri boleh tengok-tengokkan abang sakit.

akubiomed recently posted..Update ringkas: Baby Aslah terkena Febrile
ya la
usah tunggu lama2 nak dirikan masjid, bro
tehr recently posted..Cerita Kaki
hehe…baik capai cita-cita dulu bro hehe…
Norizwan recently posted..Perempuan Purdah di koyak dan di Pukul Kejam Oleh FRU Mesir
semoga islam akan terus bersinar amin.
suri recently posted..Titan Kata Dirinya Kacak! Suri Tidak Percaya
insya Allah..amin

aduhai..nampak mcm kronik sgt je..hanya tangan je yg mampu diperlihatkan ya
apa pn..selamat kembali ke arena blogging :p
chii recently posted..Tips Mengenal diri sendiri
Amin..
anif recently posted..Mozilla Firefox 9.0.1