Bila kita memerhatikan pokok kelapa ini dari jauh, pokok ini tinggi dalam 8-10 meter. Namun ada juga baka yang tak berapa tinggi. Cuba anda lihat dari akar hinggalah ke puncak pokok kelapa. Macam tak percaya, kegunaannya masih lagi relevan hingga ke hari ini. Bukan sekadar untuk berteduh (kalau kelapa jatuh kat kepala, sakit tuh).
Apakah yang kita boleh buat dengan pokok kelapa nih?
- Dari batang pelepahnya kita boleh buat penyapu lidi.
- Dari daun muda pelepah kelapa, boleh kita buat daun ketupat.
- Buahnya boleh kita dapat air untuk kita minum. Air coconut shake. Fuh sedapnya.
- Air madunya (sebelum jadi buah kelapa) boleh dijadikan gula merah.
- Santan kelapa dijadikan bahan dalam masakan, lemak cili api, nasi lemak, air cendol.
- D’egan kelapa muda pun boleh dimakan. Biasanya ada sekali d’egan ini, diletak kalau jual air di tepi jalan.
- Sabut kelapa juga dapat digunakan untuk membuat tali. Tempurung kelapa boleh dijadikan tabung dan barang-barang hiasan iaitu kraftangan seperti keychain, congkak mini dan sebagainya. Dalam pada itu juga, digunakan dalam menjadi bahan pengawet, penyerap air, baja, dan berus untuk membasuh baju (orang-orang dulu).
- Boleh buat minyak masak, minyak rambut. Sabun pun boleh.
- Ubat urut, gatal-gatal pun boleh juga, hasil dari membuat minyak kelapa ditambah sedikit dengan bahan-bahan lain.
- Batangnya pun boleh dijadikan jambatan. Zaman dululah orang gunakan sebagai jambatan selain dari batang pokok pinang,
pokok pisang.
Dan macam-macam lagi. Sungguh kita tak sangka, pokok kelapa yang macam itu pun ada banyak kegunaanya. Kawan-kawan, kalau ada nak tambah?? Dipersilakan.
Akan datang: Kegunaan batang kelapa dan tempurung kelapa dalam dunia kraftangan.
naimulfirdaus says
sebenarnya dalam batang pokok kelapa umbut kelapa dekat dengan bahagian atas. warna putih. itu pun boleh makan juga. tapi kena tebang pokok kelapa lah..
muhammad fakhruddin says
Betul tu. Gambar ketupat dan coconut shake bisa menyebabkan air liur meleleh di pagi hari sebegini.
Pohon seribu guna 🙂
nasslimdiet2 says
feberet aku umbut kelapa tu. masak lemak sedap. biasanya waktu kenduri ada, tapi masa rewang la
Hisyam says
Biasa orang tua2 tu suka makan umbut kelapa.
afzal laidin says
Post yang menarik, teringat masa sekolah rendah dulu. Tajuk karangan berkenaan kegunaan pokok kelapa.
Zik says
hehe lebih kurang macam tuhla… cuma diterjemahkan dengan gambar dan point jer..
syafiq says
betul ke eja ketupa tu? mungkin aku yang salah sebab slang ke 😀
rasanya yang madu tu orang panggil nira 😀 nira nipah, nira kelapa, ada juga panggil tuak. tapi ok la kira madu la sebab manis
Zik says
aku salah eja.. sebab tertinggal.. hehe…
Sabahan Bloggers Club says
Kita di Asia ni jer kot yang tahu kegunaan pokok kelapa ni…. 🙂
Zik says
betul juga… negara lain … tak penah nampak kot… pokok nih… kejam gila statement
iza says
Assalam..
Daun nyok/kelapa jgk bulih buat permainan spt kipas angin, bakul telur dan tikar yang dianyam serta perhiasan yg orang asli pakai kat kepala tu tp tak tahan lama sbb akan kecut…..
batangnya juga boleh buat tempat duduk kalau potong kecil2, pun tak tahan lama sbb lama2 akan reput.
Lidinya tu boleh buat lekaq (bahasa utara) untuk meletakkan periuk 2 belanga.
Zik says
letak periuk belanga… satu benda baru..
nasslimdiet2 says
memang tak rugi la tanam pokok kelapa. banyak sangat kegunaannya
Zik says
betul2.. cuma amik masa nak besar , dan tinggi… huhu
Malaysia Travel Blog says
Nyum-nyum…
kelapa dengan seribu kegunaanya. Umbut kelapa juga boleh dijadikan sayur.
tengkorak emas says
pelepah boleh buat main lumba2, tempurungnya pun boleh buat sukaneka lumba kaki tempurung, aha semua pasal sukan je
suri says
dulu masa tadika sukan begini mmg popular TE
bEe says
TE konpem dulu suka masuk acara ni 😉
akubiomed says
Siapa tidak kenal pokok kelapa yang terkenal sebgai pokok serbaguna. Semasa kecil dahulu teringat melurut pelepas pokok kelapa bersama ibu untuk dijadikan penyapu lidi
Zik says
penyapu lidi jimat dari guna penyapu beli….
MDHAFiZ.NET says
fuh..sedap ketupat tu kalau dimakan dengan kuah satay.. 🙂
Zik says
sedap memang sedap tuh… hehe
tehr says
kat kampung aku dah banyak pokok kelapa kena tebang
huhu
Zik says
samalah….
Razlan says
Wah teringat air kelapa muda kat padang kota ngan batu feringghi,huhu
Zik says
sedapnya… nasib baik tengah malam…. so taklah terliur..hehe
chii says
macam2 kegunaan nya kan..
perghh..pic coconut shake tu..sgt menyelerakan la..dpt satu..mmg best..
santan kelapa..selain utk masakan..leh digunakan utk melebatkan dan mencantikkan rambut….
Zik says
rambut pun dah mula gugur nih.. huhu
sazuwi says
pokok kelapa mmg banyak gunanya..
tapi air kelapa muda mmg terbaik.. hehe
Zik says
air kelapa muda nih yang banyak khasiatnya…
zulkbo says
salam Zikr..
umbut nyok buat gulai
kawah sedap campor
dengan daging lembu..
yummm..yummm..
🙂
Zik says
sedap tuh bang zul….
Kamal Mustafa says
Inilah pokok serbaguna namanya.
Ramli says
yup, memang btul tapi dah tak byk org tanam skrg.
bEe says
Pokok yg serbaguna pelbagai guna hehehe 🙂
Lagi satu, daun kelapa tu boleh buat kesat taik ayam bila berak merata. Hehehehe (ni kes kat kg aje selalunya)
Zik says
kalau kat kg.. buat tutup jalan lecak..
Ismail N says
time kawe sekolah dulu, buahnya kena guna gak jadi bola boling di funfair… 😉
Zik says
ingatkan bowling yang betul punyer..hehe
nizam says
suka kelapa jelly dan coconut shake… 🙂
Zik says
kelapa jelly seringgt kalau kat sini..tempat lain tak tahu berapa harganya
Nine says
sebelah umah ada tanam pokok kelapa…syok minum ayaq nyoq…sejuk badan … 🙂
Zik says
sejuk badan…time demam tuh elok sangat…
Hisyam says
Orang tua2 cakap kalau ada luka baru jangan minum air kelapa. nanti parut tak hilang. betul ke?
Zik says
tak tahulah aku…
aimannajmy says
teringat time zaman sekolah dulu, time kelas seni, cekgu aku ada abaq, pokok kelapa ada seribu kegunaan huhu
Zik says
betullah tuh cikgu hang cakap..
Zik says
perggh tak cakap banyak..dapat A tuh… aku Bm jarang2 dapat A….
addinahumaira says
nk share jgk..mase kecik2 dulu masa mandi sungai
guna buah nyor komeng wat pelampung tak nak bg tenggelam
best sgt.