Dalam pertengahan tahun lepas 2015 saja rasanya sudah banyak yang membuka kiosk menjual kopi dengan harga RM5 ni, pelanggan yang datang pun tak putus. Mesti ada yang tertanya boleh laku ke buka bisnes begini? Tapi bisnes ni memang tak rugi untuk dicuba dan ianya tak rumit seperti yang disangka. Kiosk itu satu yang besar, tetapi kebanyakkannya semua buat undercover, lokasi-lokasi yang strategik gitu.
PELUANG PERNIAGAAN YANG LUAS.
Kalau nak cakap pasal peluang untuk membuka kiosk begini, memang boleh dan tak memerlukan modal yang tinggi, dalam lingkungan bawah RM5000 (susah juga nak kira kalau zaman gst sekarang ini) anda dah boleh cuba menjinakkan diri membuka booth sendiri. Dari mesin baru kopi, blander, serbuk kopi, meja, payung, banner dan barangan lain, untuk permulaan memang cukup. Dari segi pilihan minuman memang banyak, pelbagai jenis kopi, coklat, vanila dan teh hijau yang di blended dan dihias dengan whipped cream. Rasanya memang wallahh..
Tapi yang bezanya pada packaging minuman, ada yang guna botol kaca dengan bentuk yang unik, ada yang guna gelas plastik bersaiz jumbo, terpulang pada kreativiti untuk menarik pelanggan. Ice blanded dan ice coffee yang sedap dengan harga serendah RM5, siapa yang tak nak? Tak perlu lagi ke Starbucks atau Coffee Bean dan membeli kopi yang harganya tiga empat kali ganda. Budget ala-ala hipster pulak. Huhu
Kalau nak kembangkan lagi perniagaan dan membina networking yang kukuh, anda sangat lah disarankan menyertai event seperti Foodgasm dan FoodFestival yang mengumpulkan lebih 100 usahawan online untuk menggunakan event seperti ini sebagai medium untuk mempromosi bisnes mereka dan ianya diadakan secara tahunan.
Maklum balas event ni seperti ni memang menggalakkan dan organizer selalunya akan mengadakan event seperti ini 2 atau 3 kali setahun Ini lah peluang yang tak patut dilepaskan. Dalam event sebegini lah anda dapat buktikan pada pelanggan kenapa kopi RM5 anda adalah yang terbaik.
POTENSI PERNIAGAAN YANG POSITIF
Mungkin ada yang masih ragu-ragu dengan bisnes ni, memang ada pelanggan tapi boleh maju ke? Tak nak lah duduk di takuk yang sama. Potensi bisnes ni sebenarnya sangat menyakinkan. Yang bagusnya, disebalik bisnes kopi RM5 didominasi oleh golongan muda yang hanya bermula kecil-kecilan tapi sekarang berjaya membuka lebih 5 kiosk di lokasi Lembah Klang yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi kawasan tumpuan umum contoh disekitar kediaman pelajar, kawasan IPT, kawasan pejabat dan kawasan tol-tol tuh memang laku bro.
Faktor cuaca.
Dek kerana cuaca di Malaysia ni panas, ianya menjadi salah satu faktor utama kenapa bisnes kopi RM5 ni laris macam pisang goreng panas! Antara pengusaha kopi RM5 yang dah berjaya mengembangkan bisnes mereka ada Gelaihh dan Pirate Coffee.
Memang tak dinafikan, banyak sebenarnya kiosk yang menjual menu yang sama tapi semuanya bersaing dengan sihat dan mereka ni ada peminat yang tersendiri. Seperti mana perniagaan lain, tak dinafikan juga pengaruh media sosial memang kuat, usahawan bisnes sebegini memang kerap memuat naik status perniagaan mereka, penambahan atau perubahan menu serta promosi bulanan.
Dan disitu juga lah pelanggan dapat berinteraksi secara virtual dan memberikan komen mereka mengenai menu mahupun service supaya usahawan muda ni boleh menambah baik mutu perniagaan mereka dan terus berkembang.
MDHAFiZ.NET says
bisnes makanan dan minuman dalam skala yang besar jarang menghampakan. Antara elemen asas yang perlu adalah jaringan @ networking.
zool says
bila buat bisnes air atau makanan..
komitmen penting..
mesti sedap ,lokasi bersesuaian dan layanan terbaik…
akubiomed says
Perniagaan gerai kopi macam cendawan tumbuh lepas hujan. Sepanjang jalan ke taman perumahanan saya lebih 3 gerai kopi. 🙂
Noriza_mommavogue says
Memang banyak bisnes kopi naik sekarang ni sampai saya pun naik pening nak pilih mana yang sedap
Anuar says
Bisnes Jual Air ni kalau kena gayanya memang menguntungkan… Lebih-lebih lagi musim panas ni… Bersusun orang nak beli air….
saps says
orang tgok kalau presentation cantik, orang akan beli.selain itu, jika ditambah tempat mnjual yang cantik dan memikat.orang akan beli.
Willova says
bisnis minuman dan makanan memang sedangan banayk dilirik para pengusaha-pengusaha, semoga sukses dengan bisnes jual air kopinya.
Bahrain says
Banyak gak sekarang ni tepi jalan jual kopi RM5. macam2x brand ada. Sampai dah muak dah minum. hahaha
cik tom says
tengok skang kat terengganu..terlajak ramai dah buka..macam2 nama pelik ada…dulu beli jgk..skang dah muak sebab banyak sangat…huhu
mrhanafi says
air kopi yang berharga RM5 masih rendah dan boleh lagi diterima oleh rakyat Malaysia
siti hazreen says
saya suka kopi panas, kalau sejuk ni memang tak boleh telan, walau hari panas macam mana pun hehe