Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Untuk maklumat anda, tiket pengangkutan awam termasuk bas dan kereta api bagi orang ramai untuk pulang ke kampung masing-masing, untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri masih ada lagi.
Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata, dalam hal ini, orang ramai tidak perlu khuatir kehabisan tiket.
“Kami akan menjual kira-kira 40,000 tiket sehari untuk semua destinasi bagi musim perayaan pada kali ini.
“Bagaimanapun orang ramai dinasihatkan supaya membeli tiket lebih awal bagi menge lakkan kesesakan pada waktu puncak dan tiket boleh didapati di semua kaunter Transnasional, Plusliner dan Nice serta rangkaian stesen Petronas terpilih,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sekarang sudah mudah, tiket boleh dibeli secar online melalui laman web ini, www.ticket4u.com.my.
Tiket Keretapi masih ada juga!
Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Fazil Ismail berkata, tiket untuk perjalanan ke Utara, Selatan dan Tengah tanah air masih lagi dijual.
Bagaimanapun katanya, tiket perjalanan mulai 1 hingga 16 September bagi sektor Pantai Timur telah habis begitu juga ke Padang Besar bagi perjalanan dari 2 hingga 9 September ini. Dilaporkan sebanyak 74,260 tiket bagi perjalanan dari 1 September hingga 18 September untuk semua sektor telah dijual bermula 28 Julai lalu.
“Bagi pengguna yang menaiki sistem kereta api elektronik (ETS) bagi laluan KL-Ipoh pula mereka bakal menikmati harga tiket promosi RM30 sehala selama enam bulan.
Pengendali penerbangan kos rendah negara, AirAsia tidak ketinggalan untuk memberikan harga tiket menarik kepada pengguna menerusi kempen Mind Blowing Fare yang bermula semalam.
Bagi yang jauh, macam bro amir, balik kampung tak?
Panduan beli tiket.
- Jangan beli tiket melalui orang tengah (ulat) yang duk tanya diluar kaunter. Kebanyakkannya mereka penipu. Kawan pun pernah kena tipu, kesian.
- Beli awal, elak dari kesesakkan dan juga masalah tiket habis.
- Tengok tarikh dan masa, pastikan betul, jangan terlepas bas sudah.
Eyl says
yay, dh beli tiket bas balik raya! 4 september balik ganu 🙂
Zik says
wah bestla bro…
sugar2 kapas strawberry says
yeah!!
suda beli..awl bulan lagi beli
Zik says
wahh syoknya…dia..
Fida says
Tak pernah blk kg naik bas….heheheh…
Zik says
ehh bestnya dia…
suri says
rinduku pada kg halaman sentiasa menggamit sanubariku heee..
zik balik mana ye heeee..
Zik says
balik muar johor…
Thoha says
tak sabar nak balik kampung..huhu
Zik says
huhu baru 2,3 hari nie..hehe
etomyam says
Alamak lama betul tak beli tiket ni zik..nostalgia ni 😀
Zik says
alamak bro tomyam.. naik keta.. hehe
tehr says
dah lama dok kampung
harap2 sanak keluarga dapat beli tikit
nasihat macam zikr juga ‘jangan beli tikit yang dimakan ulat’
selamat beraya
Zik says
owh yeke… duk kg best…
zackpantai says
pengalaman membeli tiket, tersangat la jarang kena berebut.
tapi panduan yang 3 tu. ada la beberapa kali kena.
Zik says
erm … sekrang dah tak beli tiket bas lah ek bro..
elmO blurb says
nak naik fly balik kl ! 😉
Zik says
nak ikut gak…
elmO blurb says
dari seremban nak ke kl ade flight tak ? :angel:
aziq says
tak sbr plak nk balik kmpung ni…heheh
Zik says
samalah kita..hehe
Sir Marcello says
teman xbeli tiket flight lagi..nak balik awal sikit….huhuhu
Zik says
wah naik flight bro kita nie…hehe
papabear says
lama sungguh dah tak balik raya naik bas… dulu masa sekolah ada la…
Zik says
masa sekolah old school jugak tuh…
zezebel says
Kampung saya dekat jer. Tapi bas nak balik kampung tiada lar.
Ehehehehe…. 😀
Zik says
owhh yeker…. naik motor ke, takpun kereta…
kulanz says
setakat ni aku xda pengalaman lagi beli tiket untuk balik kampung masa rasa.. tapi kalau yang perlu beli tiket untuk balik kampung, memang kena beli awal-awal..
Zik says
owh … betul untuk elak kesesakkan dan juga melepas… nak balik kampung..
rusliesophian says
Itulah dilema penghuni kota yang tak ada transport sendiri bila nak balik kampung semasa musim perayaan. Orang tengah tetap memainkan peranan aktif dalam jualan tiket bas ini dan penipuan juga akan tetap berlaku. Kesian mereka yang last minute masih terkial-kial cuba dapatkan bas. Nasib baik saya cari makan kat KL dan raya pun tak ada kampung nak balik! Huhuhu….!
Zik says
owh uncle duk kl…. samala..tapi kg kat johor…
Notakosong.com says
balik naik kereta… harap2 la jalan tak sesak, takut la kalau sesak lepas tu ade eksiden pulak… ish3… mintak dijauhkan
Zik says
harap2 kadar kemalangan zero this year…
zulkbo says
salam…
kereta dah servis..
alhamdulillah tak berebut
nak beli tiket lagi sekarang
Zik says
owh naik kereta…. 🙂
azizan4444 says
mase belajar dulu pernah je alami bnda2 ni..tp sekarang x lagi..hehehee…pada yg rase nak blk sgt tu..cpt2 la beli..
Zik says
balik kelate ke nanti???
azizan4444 says
sudah pasti bro..beraya bersama keluarga.hehe
Blinkky says
Ramai betul yang tolak-tolak dalam gambar tu. Musim saya beli tiket dah habis. Mungkin nanti sambung belajar dapat merasa balik =)
Zik says
owh yeker… dah own transport lah nie..
Hadi Rofiee says
Salam sejahtera.
Aduh..baca artikel ni ja, teringat zaman sekolah menengah dahulu, belajar di Kedah, rumah di Ampang. Apabila hampir cuti ja, pasti akan beli tiket awal. Kadang2 sehinnga sebulan awalnya. hehe. 😉
Seronok juga bila teringat kembali.
Zik says
sebulan awal… memang planning betul tuh…
boy_bersahaje says
x sabar nak balik kampung time nak dekta raya nanti..mudah2an ada lah tiket lagi nanti =)
Zik says
harap2 adala…
lazaac says
lazaac pun dah beli.. awal lagi… nak elakkan kesesakan ngan risiko tiket habis… 🙂
Zik says
wah awal planning bro kita nie..good2
hafizmd says
dah lame tak naik bas sejak dah ade anak bini ni..teringin juge nk layan balik keseronakan naik bas..tunggu anak besar dulu..hehe
sape yg nak balik pantai timur..baik p beli sekarang..lau tak..huuu
Zik says
kalau tak… raya sini jela… hihi
ibnujusup says
klasik gamba tu bro… penah terbeli ngan ulat…geram betul…tapi time ni raye kat kl je…
Zik says
owh raya kat kl… senang sket la tahun nie..huhu
madlut says
kalau tiket dan keretapi habis…boleh jugak naik air asia..tak banyak beza pun dgn tiket bas..tpi kena book awal…book je dulu, tak kena bayar pun..
Zik says
3-4 bulan jugak tuh kena book..huhu
Mr.Z says
inilah yang selalu menjadi dilema orang perantauan..
tak pun pelajar2 ipt.. hehe
Zik says
erm standard la… hehe..
Zik says
hehe tuhla pasal… kalau boleh nak balik kg sekarang nie…huhu
acapz says
hee. kmpung mne bro?. nk ikut blk. haha
rusliesophian says
Wife uncle Johor murtad. 2nd day raya kat dusun bersama orang asli di Slim River.
Zik says
owh yeker… uncle..
khairolghani says
Alhamdulillah,aku ada kenderaan sendiri..so dah tak perlu beratur beli tiket bas..
Zik says
owh bestla bro… hati2 ya nanti balik kampung..hehe (awalnya).
Dila.13 says
alhamdulillah, sepanjang berasrama penuh time sekolah menengah dan dok kampus di universiti saya tak payah lalui hiruk piruk rebut tiket balik kampung untuk raya atau cuti panjang. rumah saya di KL, sekolah di KL dan univ di UPM Serdang je. tiket yang nak kena beli pun tiket LRT yang takkan kehabisan tu. hehe.. 🙂
mancai says
yang pasti jalan dekat umah aku nanti sesak teruk.. alahaiii