Balik kampung!

Rindu suasana kampung yang aman dan damai!

Salam semua diucapkan. Semoga anda berbahagia.

Nampaknya hari ini zik balik kampung. Nampaknya aktiviti berblogging bercuti, tak pasti sampai bila? Memandangkan sudah cuti semester dan cuti sekolah. Ada baiknya untuk aku berhenti setakat ini.

Ketika post ini baru dipublish, mungkin aku sudah dikampung.Tiba-tiba rasa macam nak balik raya lah pulak kan? Raya lambat lagi lah.

Rindu keluarga.

Ya, sudah berbulan-bulan aku tidak balik kampung, tak tahu apa cerita orang kampung disana? Nak tahu pak imam, pak bilal, apa khabar? Juga nak jumpa kawan-kawan lama yang tinggal dikampung. Kucing pun rindu juga.

Jemputan Kahwin.

Ramai kawan-kawan yang kahwin cuti nie. Tak pasti nak datang ke tak? Motor yang  rosak di kampung menyukarkan aku untuk berjalan-jalan dikampung.

Release tension. (stress kesibukan, kesesakkan kota).

Memang sangat stress di Kuala Lumpur nie, nak-nak lagi di tengah bandaraya pening aku dibuatnya. Tak sanggup nak bersesak-sesak dengan orang ramai.

Projek terbengkalai.

Ada dua tiga projek yang terbengkalai dikampung nie, harap dapat siapkan, tak siap pun dapat buat sikit-sikit pun jadila.

Nampaknya tak dapat nak buata review imam muda, untuk minggu seterusnya, tak mengapalah.

Nantikan post yang telah dischedulekan. Aku merindui kalian semua! Assalamualaikum.

P/s: Doakan aku selamat sampai.

VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.17_1161]
Rating: 0 (from 0 votes)

Related post

About Zik

Berkongsi ilmu tentang, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang, lelaki kacak dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini Google Plus Zikri Husaini
This entry was posted in Pengumuman and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge