Sebagai penambahbaikan, beliau berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada empat anak, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur mereka.

"Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat anak, maka jumlah BSH yang akan diterimah sebanyak RM1,480. Ini lebih banyak daripada jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada sebanyak RM1,200," katanya. - Bernama