Apresiasi Seni

http://a.imageshack.us/img816/3736/apresiasiseni.png

Nampak pelik ayat tajuk diatas. Namun bagi pelajar yang mengambil jurusan seni tajuk atas bukanlah suatu yang baru, malah ia adalah satu subjek yang perlu diambil, dan satu kajian yang mendalam mengenai suatu gambar yang telah dilukis secara tersurat mahupun tersirat.

Apakah itu Apresiasi Seni?

Ia boleh didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai  tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan ‘subject matter’ serta gaya dan cara mereka mengikut kreativiti masing-masing untuk mengolah suatu gambar menjadi seperti penceritaan.

Semua ini berhubung dengan aspek pemahaman mereka dari aspek- aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan  kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

Objektif Apresiasi:

  • a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni
  • b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan
  • c) Menghasilkan karya (produk seni)
  • d) Memahami seni dan hubungannya
  • e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

Banyak aspek yang disentuh untuk mengkaji dalam Apresiasi Seni ini.

Percayalah, bukan sehari dua pemahaman untuk kita mengenali lebih details tentang subjek ini. Banyak sub topik yang dikecilkan. Ia banyak dinilai melalui psikologi dan juga secara logik(tradisional). Kedua-dua elemen ini penting, dan perlu tahu.

Tak mahu bercakap banyak. Mari kita tengok, baca, hayati dan fahami, contoh karya Apresiasi Seni yang telah lama dibuat oleh pakar lukisan oleh Dr. Zakaria bin Ali.Bertajuk WInd 1991. Mungkin sedikit sebanyak boleh anda pelajari apa kandungan yang cuba disampaikan oleh Dr Zakaria yang otai ini.

Apresiasi Seni

Sumber rujukan disini.

Kategori/Sitemap

Bidadvertiser

Comments

  1. says

    sala.nak tanya,,sy kena uat apresiasi seni jugak pasal lukisan seorang pelukis tempatan. boleh bg contoh tak? kena cerita semua about art kan?

  2. says

    wow.. dia belajar kat luar negara..
    mexico.. harvard..hebat..

    seni ni memang sukar untuk difahami kalau kita takde jiwa seni..
    errr.. bab2 melukeih ni ann memang serender..
    lukeih orang lidi boleh laa..
    hehehe :biggrin:

    • says

      kos lain…saja nak try perkara baru… dulu pernah amik..tapi tak berapa nak paham la… kira yang dulu tuh basic je ..aku belajau…

  3. says

    Saya minat dengan Arts dulu. In fact saya pernah apply utk masuk UiTM bagi diploma Arts and Design lepas SPM. Tapi kena reject lepas interview. Life goes on, saya ,ambik STPM dan masuk law fac di UM. Tapi masih maintain minat pada Arts dan IT.
    Saya tak fimiliar dgn perkataan Apresiasi ni. Actually byk perkataan baru yg DBP keluarkan byk yg saya tak kenal. Don’t know why. Mungkin sebab kurangnya barang bacaan ilmiah dalam Bahasa Malaysia or I’m too lazy to read. :D . Anyway, thanks for sharing my friend. Satu perkataan baru utk kita semua fahami dan ingati.

  4. says

    payah
    hanya orang seni sahaja yang tahu menilai hasil seni
    nilai cantik tak sama dengan nilai seni
    …aku pun tak faham – hehehe

  5. says

    Bukan semua orang boleh menghargai seni sebab mata kita tidak dapat mentafsir mengikut apa yang dilihat oleh tukang seni terbabit. Bila kita dapat menilai mengikut pandangan dorang, baru la kita tau betapa seni tu berharga.

  6. says

    huhuhuhuhu.. berminat ngan tajuk.. klu xsilap, ni jugak tajuk drama pendek yang ‘wajib tayang’ wat dlm crite papadom kan…

    hahahahaha… teringat crite papadom.. mmg klakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge