Achik Spin meninggal dunia.

Achik Spin nahas jalan raya.

http://www.facebook.com/video/video.php?v=1113976147810 (lihat video sewaktu  kejadian)

Salam semua, berita mengenai perginya seorang anak seni Din beramboi pada baru-baru ini, negara kita telah dikejutkan lagi dengan perginya seorang artis bernama achik spin  atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, 28, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat sini, Sabtu petang.

Pegawai Turut Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah berkata kejadian berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

“Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.

“Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur,” katanya di sini.

Kemalangan itu juga menyebabkan Achik cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, semasa kemalangan, mangsa menaiki kenderaan tersebut bersama seorang rakan dikenali sebagai Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Kemalangan itu juga menyebabkan Achik cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, semasa kemalangan, mangsa menaiki kenderaan tersebut bersama seorang rakan dikenali sebagai Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29.

Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.

Sumber dari bernama:

Yang pergi takkan kembali. Marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada Arwah, semoga Allah mencucuri rohnya. Amin.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0 (from 0 votes)

Kategori/Sitemap

Bidadvertiser

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge