Berikut adalah idea yang boleh untuk kita menjadi lebih kreatif. Nak dapatkan idea yang segar bugar dari ladang bukan sesuatu yang mudah, tetapi tidak susah terutamanya dalam sektor yang kita ceburi, misalnya dalam dunia pemasaran(marketing). Perlu mencari idea-idea baru untuk mendapatkan sales mencari customer baru. Dibawah ini ada 8 tips yang mungkin berkesan buat anda menjadi lebih kreatif, berfikir secara dinamik. Insyallah.
8 TIPS JADI LEBIH KREATIF
1) UBAH KELAINAN
Jika di pagi hari kamu selalu minum kopi, cubalah sesekali kamu minum teh. Apabila kamu melakukan atau menikmati sesuatu yang baru maka proses kreativiti kamu akan semakin meningkat.
2) UJI INDERA PERINGATAN..
Apabila kamu makan di restoran kegemaran kamu sambil menikmati hidangan kesukaan, cubalah meneka bahan-bahan dari masakan tersebut. Lalu cubalah masak menggunakan bahan yang kamu duga itu. Dengan begitu, kamu akan membuka pemikiran kamu untuk berfikir dengan lebih jauh. Boleh jadi master chef lepas nih.
3) BERMAIN VIDEO GAMES/PS4.
Sekali sekala luangkan masa kita untuk release tension untuk bermain video games, PS4 dan sebagainya. Percaya atau tidak bermain dengan animasi sebegini mampu membuatkan kamu menjadi bertambah kreatif. Sewaktu bermain, kamu tidak memikirkan siapa diri kamu. Ini secara tidak langsung akan membuatkan kamu lebih bebas melakukan sesuatu yang benar-benar inovatif. Bahkan mungkin melakukan sesuatu yang hasilnya upmmh, dan gila-gila. Tapi tak selalu dapat.
4) MENGARANG CERITA.
Apabila kamu terasa begitu bosan dan tidak tahu apa yang ingin di lakukan apa kata kamu duduk di sebuah taman sambil memerhatikan orang yang tidak di kenali. Cuba bayangkan bagaimana kehidupannya dan karangkan dalam bentuk tulisan. Semakin banyak kamu cuba menggali kehidupan orang lain semakin mudah untuk kamu membentuk rasa percaya diri dan keyakinan diri akan bertambah.
5) KELUAR DARI ZON SELAMAT.
Kebiasaannya apabila kita duduk di tempat yang selesa kita takut untuk keluar dari zon tersebut. Kamu seharusnya mencari dan ciptakan sesuatu yang baru. Di sinilah daya kreativiti kamu berfikir akan di uji. Andai kamu terus duduk di zon yang sama kamu tidak akan mampu pergi lebih jauh. Gunakan kesempatan dan peluang yang kamu miliki sebaik mungkin, jangan pasif dan hanya menerima apa yang ada sahaja.
6) CEPAT MERUPAKAN KUNCINYA.
Cubalah untuk bertindak lebih cepat dari orang-orang di sekeliling kamu. Elaklah jadi yang terbelakang sebaliknya jadilah yang pertama dalam mengemukakan idea-idea kamu. Sebenarnya kamu memiliki kesempatan untuk mengembangkan idea kreatif kamu namun yang menghalang kamu ialah masalah takut untuk bersuara. Jadilah pemenang dalam setiap persaingan.
7) JANGAN MALU BERTANYA.
Tiada orang di dunia ini yang sempurna dan tahu segala-galanya. Oleh itu, sekiranya kamu ingin mengetahui sesuatu hal tidak salah dan tidak perlu malu untuk bertanya. Jangan bersikap seperti kamu tahu segalanya sedangkan tidak. Ini secara tidak langsung akan mengasingkan diri kamu dari orang lain. Apa yang orang lain ketahui belum tentu kamu ketahui. Jadi bertanyalah tentang apa saja kerana sebuah idea dan kreativiti akan muncul dari sebuah pertanyaan yang sederhana. Tanya kepada mereka yang otai-otai nih, kongsi idea dan brainstorming idea. Kerja berpasukan hasilnya memang memberangsangkan, walaupun kadang-kadang kita bertelagah, tapi diatas dasar kerjasama mesti ianya memuaskan.
8) MEMPUNYAI HARAPAN /IMPIAN YANG TINGGI….
Tidak ada salahnya andai kamu menaruh harapan yang tinggi untuk menang dan berjaya. Jangan pernah berhenti berharap untuk menjadi yang terbaik. Jika kamu tidak mempunyai sebarang harapan maka kamu juga tidak akan berfikir untuk menjadi lebih kreatif dalam memajukan diri kamu. Jadi realisasikan harapan menjadi suatu kenyataan.
Nah, apa lagi yang korang mahukan lagi, jom jadilah orang yang kreatif dari segi pemikiran dan juga tindakan kita yang proaktif suatu hari nanti.
**akan datang, ciri-ciri orang kreatif…
zool says
bagus.bagus.. ni boleh guna utk jadi kreatif
titan says
baca manga, anime dan layan drama jepun. kompem jadi kreatif. haha..
akubiomed says
Orang kreatif ini pemangkin dan platform supaya berlaku perkembangan idea kreatif.
sabree hussin says
Aku buat macam Titan, dari kecik (zaman sekolah) sampai la sekarang masih lagi baca manga
Idea masuk begitu deras lepas tu
Mohd Shubhi says
Memang teringin nak jadi kreatif. Insyaallah akan cuba diamalkan. Terima kasih
aimannajmy says
Dah berkurun lama tak singgah blog ang zik oii hahaha… anyway aku suka men game jaa haha
Hafizul says
Emm main game pun jadi kreatif gak ekk..hehe
kakiblog says
tulis entri blog kira kreatif juga tu!
Hazira Nazri says
bagus2.. tips nih boleh lah digunakan kalau nak jd kreatif heheh.. MEMPUNYAI HARAPAN /IMPIAN YANG TINGGI tuh mmg bagus. sebab kita berusaha then mulalah keluar idea2 dari usaha kita tuh, great information 🙂
SA says
memang perlu belajar dan usaha juga nak jadi kreatif ni
perlu banyak masa
Zikri Ahmad says
Bagus ni.. kalau kreatif ni memang senang nak buat duit..
Idea lain macam tapi power ! =)
cik tom says
cik tom teringin nak try tips no 4 tue..teringin nak tulis novel or buku..hee
shahrina says
inovasi juga kreatif. Contohnya pakai sesuatu yg sedia ada, kaji kekurangannya, cari cara penyelesaiannya.
Khairul Zamri says
harapan yang tinggi itu perlu agar kita lebih berwawasan ckit dan ada strategi 🙂