7 tips mengatasi masalah gusi

masalah gusi, gusi berdarah, gambar gusi, gusi, gusi yang baik,

Masalah gusi biasanya disebabkan oleh penyakit gusi berdarah, gusi bernanah dan gusi bengkak dan sebagainya. Apabila masalah ini berlaku, tentunya akan mengganggu rutin harian anda. Termasuklah prestasi kerja, menyebabkan mood kita tak seperti hari biasa. Ia akan menyebabkan demam yang berpanjangan.

Namun, masalah gusi ini kadang kala berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah gusi yang terlalu sensitif. Sebab itu, ada jual ubat gigi Sensodyne( gigi sensitif).

Berikut disertakan 7 tips untuk mengatasi masalah gusi:

1. Sikatlah gigi anda sekurang kurangnya dua kali sehari. Pastikan anda menyikat gigi dengan cara dan teknik yang betul. Biasanya dulu masa sekolah, memang doktor ada datang sekolah, ada buat demo. Manalah tahu, kita sudah lupa teknik menyikat. Kalau tak tahu, boleh rujuk kepada Doktor Gigi kita tuh.

2. Bersihkan gigi dengan benang halus setiap hari.(flos) Dengan membersihkan sisa sisa makanan yang ada di sela sela gigi dan gusi setiap hari dengan benang halus maka anda dapat mencegah sedini mungkin gangguan pada gusi dan gigi. Benang pembersih gigi ini boleh didapati kedai farmasi, atau kedai-kedai biasa pun ada.

3. Makanlah makanan yang bergizi. Makanan yang bergizi disini termasuk vitamin C dan kalsium. (cuba ambil pakej vitamin yang ada Calsium+Zinc+Magnesium). Kedua-dua zat ini sangat berguna untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi.

4. Minumlah cukup air. Minum air yang cukup setelah makan akan sangat membantu membersihkan sisa sisa makanan pada gigi dan gusi. Hal ini tentu akan mengurangi jumlah bakteria yang tinggal di dalam mulut. Lagi bagus, minum air kosong, suam.

5. Katakan tidak untuk rokok. Sukar bagi yang mereka memang perokok tegar untuk berhenti. Namun, ada pihak mengatakan, orang yang kuat merokok ini, akan sentiasa berusaha-sungguh membersihkan bau dan gigi apabila gosok gigi. Dan kekerapan mereka dikatakan adalah lebih berbanding orang yang bukan merokok. Sejauh mana kebenarannya masih belum dipastikan. Tetapi merokok tetap merbahayakan kesihatan.

6. Elakkan makanan yang terlalu panas dan dingin. Makanan yang terlalu panas dan terlalu dingin dapat merosakkan kesihatan gigi dan gusi anda. Apalagi anda saat ini sedang bermasalah dengan gusi dan gigi maka makanan yang hangat merupakan pilihan yang tepat.

7. Bertenang (rileks). Jika anda stress, penyakit apapun akan timbul dan datang dengan cepat termasuk penyakit pada gigi dan gusi. Ini adalah kerana adanya peningkatan hormon stress iaitu kortisol. Hormon ini akan menghuru-harakan sistem normal tubuh anda dan mengundang beberapa penyakit berbahaya.

Sumber info blogdokter.net  dan gambar suemfarisblog

Akan datang, punca masalah sakit gusi,  jenis-jenis penyakit gusi.

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 7.0/10 (2 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)
7 tips mengatasi masalah gusi, 7.0 out of 10 based on 2 ratings

Kategori/Sitemap

Bidadvertiser

Comments

  1. jojo says

    sesangat la sakit gigi.. smpai kepala pon sakit… kepale pon da dihantuk2 at dinding. jari2 abis digigit2 tp ta de rase sakit.. sakit UTAMA gigi yg sakit blubang :’( pehhhhhh kn ak da mgarut :’(

    thnk 2 the info/tips ADMIN ~

    p/s : menaip n mbls n mbace tips dgn gigi sakit ni :’( ~

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says

      sabar2 bro… pernah juga mengalaminya

      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  2. says

    Kalau kena sakit gusi rasa mcm nak tampor org laju2….

    **thanks for d sharing ;)

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  3. says

    tak nak sakit gigi, senang aje..minum sup hari-hari..haha.. jadi, takde masalah daging terlekat kat gigi dan menyusahkan gusi aje..
    titan recently posted..Giveaway dari Kujie2.comMy Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  4. says

    Sejak abis duit kawe dekat RM 1000 dulu utk bikin gigi, punya ler kerja keras jaga kesihatan gigi.Kalaudah rosak susah ehhh.. Makan tak selesa dan ruang kosong di gusi tu kan sebabkan bakteria lebih mudah membiak. Akibatnya gigi-gigi lain pon KO gak…
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Gambar-Gambar Sekitar Uji Bakat Raja Lawak Astro 2011My Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  5. says

    Sesetengah orang kita kurang prihatin penjagaan mulut hingga keluar bau yang kutang menyenang. Ubat kumur antiseptik banyak dijual dipasaran boleh mengurangkan bau mulut
    akubiomed recently posted..Cadangan MyKad baru kepada JPNMy Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  6. says

    aku selalu kena gusi berlubang..org klate cakap ‘nempuh’..betul2 sakit..sebab kurang minum air dan berus gigi yang tak elok..hehe
    paihujey recently posted..bila otak tepuMy Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge