Sedar tidak sedar sudah seminggu lebih kita berpuasa. Sejauh mana kita mengutip amalan kerohanian perlu kita hargai??Marilah ktia sama-sama Fikir-fikirkan dan renung-reungkan bersama.
Ada 4 jenis golongan orang Islam di bulan Ramadan.
1.Golongan anai-anai
Mereka ini termasuk dalam golongan manusia yang sibuk berniaga dan mencari keuntungan di bulan puasa, namun pada zahirnya mereka memberi kebaikan kepada orang lain dengan menjual keperluan dan kelazatan. Namun diri mereka sendiri terabai tidak mengerjakan kewajipan sebagai seorang muslim dan tidak dapat menikmati ramadan dengan sewajibnya.
2. Golongan semut (*recommended kita ikuti)
Golongan yang mencari keperluan dan menyempurnakan kekurangan sebelum menghadapi musim yang sukar dicari. Mereka tahu banyak kebaikan yang dapat mereka cari dengan kesempatan yang agak terbatas. Mereka tahu ada habuan yang tidak ada tersedia di bulan-bulan lain. Maka mereka menggunakan kesempatan dan peluang hidup di bulan ramadan untuk mencari rahmat, maghfirah dan kebebasan dari api neraka.
3. Golongan lalat dan nyamuk.
Golongan yang sentiasa alpa dengan kehidupan sendiri. Mereka tidak memikirkan kelebihan dan peluang besar yang disediakan Allah sepanjang ramadan. Bahkan mereka hanya melakukan maksiat dan kerosakan.
4. Golongan tikus.
Golongan yang suka bermalas-malasan di bulan ramadan dan hanya akan mula aktif apabila mencari makan untuk mengalas perut sahaja. Bagi mereka ramadan hanya menyekat aktiviti bebas mereka pada bulan-bulan biasa. Mereka sangat menunggu hari berakhirnya ramadan. Mereka juga mencari makanan walaupun dengan cara yang kotor dan menindas.
Semoga kita terhindar dari golongan-golongan seperti atas ini, kecuali semut. Tuntas aku mengatakan aku juga mungkin tergolong kerana kealpaan yang tidak disedari secara sengaja atau tidak. Kita hamba manusia biasa sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Insyallah.
Sumber ustosman.
Khidhir says
huh. macam xtercapai je lagi golongan semut tu.. byk lg kekurangan. tambah2 perasaan malas tu menguasai diri..
Zik says
insyallah kalau azam dah ada… pahala tetap kita perolehi.. walaupun pahala pelaksanaan tidak tercapai
zulkbo says
salam..
agak-agk yang mana lah kita ye?
harap bukan nyamuk dan tikus lah
🙂
Zik says
tikus tuh dijauhkanlah.. kita sama2 lah yer..
afiq aiman says
bagusla entri ni. golongan semut, em insha Allah kalau usaha pasti apa pun akan tercapai
Zik says
semut golongan yang tidak malas..
kopisoda says
moga kita semua tergolong dalam golongan yang dirahmati Allah, amin =)
Zik says
amin2.. kita berusaha sebaik mungkin…
Nik Thoha says
Semoga kita dijauhkan dari golongan bermalas-malasan di bulan ramadhan ini..kita perlu tingkatkan amalan dan ketakwaan kita dibulan ramadhan ini..
Zik says
cabaran umat dibulan ramadhan di akhir zaman.. Ya Alah sungguh mencabar…
Pejuang Kesenian Extreme says
Hina betul golongan tikus tu..
nasib baik tak tergolong dalam golongan tu..
Zik says
mintak dijauhkan…
mancai says
wah!golongan alaf baru ni… harap kita semua dalam golongan semut…
Wan Gerrard says
masih cuba tiru seperti semut 🙂
Jai says
Tepuk dada tya selera… 🙂
tehr says
semut memang diciptakan untuk kita mencontohinya
mereka rajin dan sentiasa bekerjasama
muhammad fakhruddin says
Wah, satu analogi yang segar. Tapi… anai-anai ada beri kebaikan pada orang lain ke?
nizamghazi says
Waah, terbaik artikel ni
Walaupun point dia nampak humor
tapi isi dia mmg terasa lah. 😉
Pacifista - X says
moga2 aku takde dalam golongan anai2, lalat, nyamuk & tikus untuk ramadhan kali ni.hehe…
ohcikgu says
wahh, ada macam-macam golongan rupanya dalam bulan puasa ni..
Miss Yati says
Semoga kita semua jadi macam golongan semut 🙂 Semut memang comel kan, setiap yang mereka buat mesti jadi contoh. Hehe
azney says
salam..
mintak izin share boley???
Zik says
orait
wrizuan.net says
nice entri bro…
macam2 golongan manusia di bulan puasa nie..
titan says
hehe, macam-macam ada.. 🙂
bEe says
Wah, ada juga manusia yg tergolong dlm golongan sebegini 😉
aimannajmy says
tepuk dada tanya iman.. where’s our side