4 cara untuk membuat simpanan tetap setiap bulan

saving, simpanan tetap, tabung,

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Susah ker nak buat simpanan tetap setiap bukan? Macam-macam la kita akan bagi alasan. Contohnya..

~ Tak bolehla..bayar hutang nak bayar

~ Tak bolehla….nak beli itu dan ini

~ Nak buat apa simpan? penat-penat cari duit nak kene simpan pulak?

Alahai bro!! bukan banyak sangat nak simpan hadui nyer pun~. Mungkin boleh mulakan simpanan tahun ini 10% sahaja dari pendapatan, tahun depan bila dah seronok menyimpan dan gaji dah naik, naikkan pula ke 20%.

Jadi disini, saya juga nak kongsikan 4 cara untuk kita gunakan:

1) Gantikan hiburan kepada aktiviti reakreasi.

Anda boleh menggantikan aktiviti hiburan seperti movies, shows, teater dan theme park kepada aktiviti rekreasi yang lebih murah berbanding aktiviti hiburan yang berkos tinggi dan memberi kepuasan sementara sahaja (beberapa jam atau sehari). Jadi, jomlah kita bersiar-siar di taman permainan dengan keluarga di petang hari. Sambil kita suami isteri dapat berdua-duaan di kerusi panjang, anak-anak pula riang ria bermain gelongsor.

2) Jauhi pusat membeli belah / shopping mall dan specialty shop

Memang susah nak elak betul tak? Kebarangkalian untuk kita membeli barang yang tiada dalam senarai sangat tinggi bila sampai shopping mall. Bagi yang kerja di tengah bandar, atau kawasan membeli-belah, susah tuh!! Sampai-sampai pintu masuk dah ada salesman approach suruh beli barang itu ini, belum lagi dengan pelbagai banner promosi ’sales’ sana sini. Huhu, kalau goyah, maunya lebih 5 kali swipe kad kredit tu. Bagi yang tiada credit kad, anda terselamat!!

3) Tetapkan matlamat simpanan anda!

Letakkan matlamat [goal!!] pada setiap matlamat anda. Sebagai contoh, untuk menunaikan ibadat haji, Orang dah biasa cakap, matlamat kita mestilah SMART (specific, measurable, achievable, realistic and can be accomplished on a timed basis). Bila anda dah mulakan simpanan tetap, lama-lama anda dah biasa dengan habit tersebut dan anda semakin rasa enjoy! Tak percaya? Cuba mulakan langkah anda hari ini!

4) Kurangkan perbelanjaan dan jangan buat hutang.

Mungkin kita boleh kurangkan perbelanjaan kat mana-mana yang patut. Paling mudah, kita boleh naik public transport ke pejabat dan bawa bekal ke pejabat. Kadang-kadang jika tiada urusan, ada juga saya selang seli menggunakan public transport dan membawa bekal. Ternyata sejumlah pulus dapat juga dijimatkan.

Eh lagi satu, simpanan tetap boleh juga buat melalui pemotongan gaji. Jadi bila dah dapat gaji tuh, kira dah potong siap-siap. Contohnya rm100 ke tabung haji, rm100 ke unit trust, rm 100 ke amanah saham, dan sebagainya. Yang penting, gaji kita tuh memang cukup untuk belanja keperluan dan untuk bayaran bil-bil utilities.

Rasanya tips terlalu sedikit dan dia punya pointnya ialah kita harus kekang nafsu untuk berbelanja hingga keterlaluan. Beringat-ingat.

Selamat mencuba!

Sumber bijak ringgit

VN:F [1.9.22_1171]
Rating: 0.0/10 (0 votes cast)
VN:F [1.9.22_1171]
Rating: +1 (from 1 vote)

Comments

  1. says

    Tips yang baik dan patut diamalkan lebih2 lagi dalam keadaan ekonomi ketika ini di mana wang bagaikan tiada nilai lagi. Selain itu sebagai tambahan bijak-bijak lah berbelanja sambil berbelanja sambil menjana pendapatan bukan kah tu cantik..cth minyak kenderaan,kredit hp,pemakanan dan banyak lagi..
    zak recently posted..Buat Duit Online Tanpa Perlu Giat PromosiMy Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  2. noli says

    sy nak berkongsi sikit je…sesiapa yg liat untuk menabung cube mula buat dari nilai yang rendah..pastu buat jadual..yang paling penting azam kene ada…kene buat jadual sikit lah…pastu waktu gaji je kite jadi akauntan..hu…hu…cth: bulan jan 2013 : masuk 50 ..sampai dis 2013 ..kite jumlahkan …=RM 600.00
    2014 = RM 1200.00…T gaji dah naik…mula jan 2015 pula RM 100 * 12 bulan =1200.00..nampak kan…he..he….sy guna cara macam nie..sebab sy rs enjoy….suke kire2……kih..kawan2 try lah..insyallah..

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: -1 (from 1 vote)
    • Zik says

      yer betul tuh bro…

      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  3. says

    salam bro.. wah lama tak singgah sini~ duit kalo biar berkepuk dalam akaun ada ja nafsu nak bok kuar, so better masukkan terus dalam asb ke, kwsp ke huhu

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  4. says

    saya tak de buat simpanan tetap kecuali potongan saham tempat saya bekerja.
    cukup 6 bln..kalu nilai saham tinggi, boleh dijual.

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  5. says

    Thanks untuk tips yang diberikan ape ape pun mesti ada simpanan sedikit kalo tiap hujung bulan o je susah jugak :)

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • Zik says

      yer betul tuh…

      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VN:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  6. says

    Assalam…

    Terima Kasih atas perkongsian, semua tips sgt berguna dan sesiapa pun boleh buat, yang penting kena lawan hawa nafsu sendiri, atau pun kena belawan dengan hasutan syaitan… pasti bole menabung..

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  7. says

    Sebuah perkongsian yg bermanfaat .
    Terima kasih utk tips-tipsnya .

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  8. Adida says

    Cara menyimpan untuk anak. Saya telah lakukan cara ini, ternyata berjaya untuk ketiga-tiga anak saya. Mula mereka lahir, kami suami isteri telah membuat potongan gaji bulanan untuk tabung haji mereka. Sekarang simpanan mereka memcecah puluhan ringgit seorang, kami bermula dengan RM10, bila gaji kami naik, maka potongan kami naikan. Apa yang penting ialah kecekalan hati kita, tidak mengeluarkan wang simpanan sesuka hati. Kami keluarkan hanya untuk masuk universiti dan keperluan belajar sahaja. Walau pun anak telah mula kerja simpanan tetap kami teruskan sehingga kini. Nyata amat berbaloi untuk ketiga-tiga anak kami. Insyallah boleh..

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
    • noli says

      sy pun tahun lepas masukan simpanan nuri untuk anak sy ..dan asd..tahun lepas saya da stat nampak gaya saya berjaya disiplinkan diri..

      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
      VA:F [1.9.22_1171]
      Rating: 0 (from 0 votes)
  9. says

    Memang tips yang sempoi yang betul :)
    Sekarang ni pun NG tengah berjimat cermat untuk masa depan.
    Tak nak harapkan KWSP je masa tua.
    Kena ada savings lain dikala kecemasan ;)

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)
  10. says

    Assalam..
    Sebelum kahwin memang berjaya menghalang nafsu untuk berbelanja tapi bila dah kahwin, boleh juga halang nafsu untuk berbelanja…masalahnya duit yang kita simpan, orang lain yang guna….frust…frust…
    iza recently posted..Abloy PadlockMy Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: +1 (from 1 vote)
  11. says

    Kalau mahu simpanan sebagai matlamat jangka panjang, masukkan terus simpanan ke akaun KWSP. Tunggu umur 55 tahun baru boleh keluar!
    anif recently posted..Kegagalan Sistem BaratMy Profile

    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0.0/5 (0 votes cast)
    VA:F [1.9.22_1171]
    Rating: 0 (from 0 votes)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge