4 bahan kimia dalam makanan penyebab ketagihan

banner 125x125, advertise here, ladfe amir banner

Assalamulaikan dan dalam sejahtera.

Bayangkan, beberapa hari yang lepas anda sedang menikmati satu hidangan yang enak di sebuah restoran. Sejak dari hari itu, teringin pula untuk menikmati menu yang sama setiap hari. Entah kenapa, seakan ada sesuatu yang membuat tiba-tiba ketagihan tersebut. Kenapa ya agaknya? Menderam ke?? Hehe.

Sebenarnya tanpa kita disedari, bahan-bahan yang kita makan sebenarnya mengandungi unsur/elemen  yang boleh menyebabkan ketagihan (bukan macam penagih dadah). Kebanyakannya adalah makanan kegemaran kita itu mengandungi bahan perisa tambahan yang membuat kita ketagihan.

Tentu sahaja hal ini berbahaya kerana boleh membuatkan nafsu makan kita tidak terkawal macam biasa, seterusnya tidak dapat mengawal kenaikan berat badan. Ikuti beberapa jenis bahan-bahan yang sering ditambahkan ke dalam makanan kita yang boleh membuatkan kita ketagihan makanan tersebut.

Ada empat:

  • Sodium Nitrit.

Bahan kimia ini berfungsi untuk mengawet, member warna dan memberi rasa pada makanan olahan terutamanya daging dan ikan salai. Ia bukan hanya boleh membuatkan seseorang itu ketagihan tetapi juga boleh meningkatkan risiko kanser. Jadi, sebaik-baiknya kurangi pengambilan daging olahan. (daging yang diproses, dicampur dengan bla,bla)

  • BHA dan BHT

Butylated hydroxyanisole (BHA) dan Butylated hydroxyanise (BHA) dan Butylated hydrozyttoluene (BHT) adalah antisidan untuk mencegah makanan yang diletakkan di dalam kemasan daripada berbau tengik dan berminyak. Bahan kimia ini sering didapati pad makanan seperti bijirin , gula-gula getah, kerepek, kentang, dan minyak sayur.

  • Propyl Gallate

Propyl Gallate juga merupakan diantara bahan pengawet yang dimasukkan  didalam makanan yang dibungkus didalam kemasan. Fungsinya sama seperti  BHA dan BHT, dan ia sering digunakan bersama-sama. Bahan-bahan ini banyak pada produk seperti daging olahan, gula-gula getah dan sebagainya.

  • Monosodium Glutamate.

Monosodium Glutamate (MSG) ini begitu sinonim sekali dalam masakan. Sering digunakan sebagai penyedap masakan, MSG mengandungi zat tambahan yang boleh membuatkan kita ketagihan terhadap makanan yang ditambahkan perisa ini.

Pada sesetengah orang pula, ( ini terpulang kepada individu, tak semua) ia boleh menimbulkan gejala alahan seperti sakit kepala dan mual. Untuk itu, kurangkanlah penggunaan MSG dalam masakan anda. Anda boleh gunakan bahan-bahan segar didalam hidangan makanan yang lazat tanpa menggunakan MSG nie.

Bahan pengawet ganggu fungsi jantung.

Garam dan  bahan kimia pengawet yang digunakan didalam daging olahan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga 50 peratus dan juga mengalakkan perkembangan diabetis.

Pengkaji, dari Amerika Syarikat mengatakan, garam dan bahan kimia pengawet didalam daging olahan akan menganggu kesihatan jika produk tersebut diambil banyak.

Didalam kajian yang dilakukan oleh para pengkaji di Amerika Syarikat mendapati, daging merah yang segar tidak tidak meningkatkan risiko penyakit.

Didalam kajian yang lain pula, pengkaji dari hardvard School of Public Health menganalisis kebiasaan mengambil daging. Hasilnya, bukan daging yang tidak sihat tetapi kandungan garam dan bahan kimia pengawet digunakan didalamnya boleh meningkatkan tekanan darah dan seterusnya mendorong meningkatkan risiko gangguan sakit jantung.

Oleh yang demikian, marilah kita menjaga kesihatan kita lah ya. Sihat sebelum sakit.

Diolah dari sumber dari Khairun Nisa Ishak, Karangkraf editor.  (mingguan wanita)

 

Random Posts

About Zik

Berkongsi ilmu, isu semasa, sukan, ekonomi, akademik, bijak wang dan peringatan untuk manfaat bersama-sama. Insyallah. Lanjut tentang penulis disini
This entry was posted in Kesihatan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

78 Responses to 4 bahan kimia dalam makanan penyebab ketagihan

  1. Ismahan says:

    Memang betul ramai ibu2 kat rumah pun masak guna MSG sebab nak sedap. Sebab tu ramai kaum bapa lebih cepat dulu meninggal kerana masakan ibu menjadi racun yang pada awalnya kena sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
    Kalau sayang suami tolong jangan guna MSG ( contoh mak Aji no moto la….).

    Dan yang saya tahu tapi tak pasti, MSG dibuat dari bahan kimia yang keruh dan ditapis sejenis blok carbon yang dibuat dari arang. Arang tu ada tiga jenis = arang kayu bakau, arang tempurung kelapa dan dari arang tulang binatang yang mengandungi kalsium.
    Teknologi Jepun nak buat tu pun pokok bakau dan pokok kelapa dah pasti kat tmpt dia tak ada pokok tu., tanam pun tak hidup. Kalau tulang…, dia orang pun tak ternak lembu. Yang ada ternak dan makan ba..
    Sebab tu kita orang Islam (cmfrm bagi yg tunai rukun 5 perkara) dah termakan benda2 tu, susah nak beriman dengan Allah yang ada 6 perkara.

  2. HidrogeN says:

    makanan yang ada banyak bahan2 tersebut dipanggil junk food. contoh junk food yg terkenal ialah McD…tapi ramai orang suka McD, peduli apa junk food janji sedap..

  3. Dila.13 says:

    adoi.. kena kurangkan dah makan makanan macam ni.. tapi kadang2 kekangan masa buatkan saya ambil jalan pintas untuk dapatkan makanan. huhuhu.. tapi thanks for the reminder ye Zik.. semoga bulan puasa ni dapat bersihkan badan kita dari bahan-bahan yang tak berfaedah tu :)

  4. bujang3 says:

    laaa… macam2 ada… aku main bedal ajer..pasal tu la berat badan dh bertmbh!!

  5. suri says:

    rasanya lagi selamat jka kita makan di rumah kan heeee..

    skrg makin moden mkin byk penambah bahan perasanya huhu..

  6. khairolghani says:

    MSG berlebihan boleh membawa kepada botak..so sape yg syg rambut,kurangkan MSG dalam makanan

  7. Amir says:

    amalkan pemakanan yg sihat. jgn ambil makanan sebarangan.

  8. mancai says:

    kalau boleh jauhkan dah makanan2 ringan ni dan khasiatnya bukan berkhasiat… cuma bagaimana tu pandai2lah.. huhuhu inf menarik ni bro…

  9. Thoha says:

    bahaya ni kena betul2 jaga permakanan untuk menjauhkan makanan segera yang kurang sihat..terima kasih kerana sharing pasal info ni..

  10. samdaddycool says:

    MSG paling fail.. kedai-kedai makan biasanya guna. mak aku sendiri pun curi-curi guna kalau ayah aku tak nampak..

  11. acapz says:

    ouh. bru ku thu. huhu. smlm mkn gcb. sdp smcm pulk. ingt lapa. hahaha!. adoi la

  12. Affan says:

    Thanks info ni zik.
    BHA/BHT dulu pernah buat presentation project, tau lah sikit2 kot.
    monosodium glutamate tu mmg paling selalu nmpk rasanya. hehe.
    pasni kena tgk2 lah bahan2 ni, cuba elakkan

  13. ishak says:

    whah patutlah..thanks for info zik

  14. sinagarimba says:

    bila dah macam-macam dicampur dalam makanan yang tu umur jadi singkat.
    orang trua dulu-dulu sampai leni steady jer

  15. sinagarimba says:

    kalau dah burger ada depan mata, mau tak ketagih.
    ni makanan favourite aku ni

    • Affan says:

      haha. bedal je lah. asalkan halal. :)

    • smz says:

      dah stop makan burger sejak tgok videoLeaks yg tunjuk lembu, kuda, pigs di kisar hidup2, darah, kulit, bulu, najis sume masuk mincer ..eeeewww geli giler daa.. tak kira la depa buat apa, tp yg pastinye kalo tgok daging burger, terbayang video ni eeeii..

  16. azizan4444 says:

    msg tu ajinomoto kan?selalu kot mkn makanan yg mngndungi msg ni..

  17. kulanz says:

    Sekarang ni macam-macam campuran ada dalam makanan.. yang tak patut dimakan pun diorang campur juga.. patutlah umur manusia sekarang ni semakin singkat..

  18. hafizmd says:

    Patutlah rase nak makan jer sekarang ni..tapi aku rase bukan sebab 4 benda tuh kot..tapi sebab lain..hehe..

    Pak aji mmg byk sgt orang gune..tpi aku kalau sikit2 boleh la masuk perut..lau lebih..mmg ke tandaslah jawabnye..

    terima kasih zik kongsi..

  19. zezebel says:

    Boleh bagi contoh makanan yang ada bahan-bahan tu tak? :)

  20. anuarkarimz says:

    Tanpa MSG, masakan rasa tak sedap…jadi MSG ni umpama penyedap makanan, padahal benda macam ni lah yg akan mengugat tahap kesihatan kita…

  21. Stargone says:

    itulah antara sebab aku kurangkan membeli makanan macam ni. walaupun terasa ‘ketagih’ nak merasa lagi. aku lebih suka makanan segar yang dimasak sendiri, walaupun aku hanya tau berapa kerat resipi je. :D

  22. donnyien says:

    GCB? baru layan minggu lepas… :) habislah aku

  23. zackpantai says:

    info yang bagus ni, aku pun dah makin kurang makan kat luar. terbaiklah aku.

  24. Nine says:

    patut duk ketagin nasik daging masak merah kedai andaman, sodium nitrit rupanya hehe, boleh kata tiap2 hari duk makan..huhu..tq Zik info nih..KFC pun sama gak ek..

  25. wazy says:

    Kecur bila tengok gambar tu
    hehehe
    Ternyata Monosodium Glutamate (MSG) ni banyak keburukan dia pada kesihatan

  26. Azuan says:

    info yg berguna ni bro.. aku main redah jer mkn apa2 pun.. hehe

  27. ibnujusup says:

    thanx for the sharing bro.. :-) kesimpulannya
    -kurangkan makan garam..( elakkan dari peniaga untung banyak)
    -kurangkan makan ajinomoto( kurang la pengambilan MSG)
    -jangan makan sate( pembakaran menggunakan arang mempunyai byk agen penwawet dan cancerous agent..mungkin payah sket kot… )
    -kurangkan makan kat mamak( lagi la payah, tu la port plg santai)

    kesimpulanya, kawin cepat, insyaallah lebih sehat jasmani, rohani dan duit-ni.. :-)

  28. madlut says:

    msg tu lebih dikenali dengan AJINAMOTO kat malaysia nieh….dibuat dari sagu, orang jepun claim ia sebagai salah satu rasa selain masam, manis, pahit dan masin

  29. Sebab itulah zaman sekrang ni senang sangat nk kene penyakit. Budak baru form 1 dah boleh kene diabetis yang teruk. Wanauzubillah. Memang kena berhati-hati dalam pemilihan makanan

    • ibnujusup says:

      bukan setakat budak form 1, ade membe ak yg wat medic, habis blaja terus kene diabetic… mane taknye, kuliah2, balik makan mknn ringan + 10o plus… kalau excercise ok gak… ni dok lepak2 je, tmbh la teruk… klu lepak blogging x pe gak…huhu

  30. ST says:

    err.. bahaya betul makanan zaman skang nih. patutlah ramai dah sakit badan walaupun umur masih muda…

  31. piewahid says:

    salam.
    info yg sgt bguna.

    makanan berkhasiat 1 isu.
    makanan yg betul2 halal 1 isu.
    sebablah tu lah agaknya kualiti hidup makin merudum!

  32. aziq says:

    dah nak bulan puasa ni.Dapatlah jaga pemakanan skit.

  33. elmO blurb says:

    kalau nak diikutkan apa2 pun yang kita makan skang mmg byk food additive.
    bahan pewarna pon byk chemical tmbhn, kalo lebih2 boleh memudaratkan.
    memang mudah kita kena mcm2 kanser.
    tengok ler, kecik2 dah makan gula2, coklat pon byk food additive.
    so kene biasakan makan buah ler pasni.
    tu pun kene buah yg betul2 pure. :)

  34. blinkky says:

    Kena kaji apa yang kita makan tiap-tiap hari =)

  35. Patut la kita suka sangat makan makanan rapu. Ketagih rupanya.

    Ehem… gambar GCB tu..

    • Affan says:

      strategi pemasaran agaknya.
      samalah jgn dgn coke.
      kalau dah ketagih dgn sesuatu tu, mmg syarikat pengeluar lah untung.
      strategi yg merosakkan kesihatan pengguna. hehe

    • Zik says:

      hehe.. gambar hiasa jerk bro..hik2.. tapi memang tengok dari tv bukan main besar lagi… tapi indah khabar dari rupa…

  36. zulkbo says:

    salam..
    ditambah lagi dengan
    tekanan tempat kerja
    mau tak mencanak
    naik tekanan darah..
    semuanya berunsur
    garam dalam makanan
    kita hari ni…

  37. etomyam says:

    MSG tu selalu dengar,..memang info yang berguna ni zik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge