
Assalamulaikum dan selamat sejahtera.
Kerosakan yang berlaku dimuka bumi ini adalah disebabkan manusia itu sendiri. Ingatlah kiamat itu pasti tiba, tetapi kiamat kecil-kecil sudah ada banyak dimuka bumi kita ini sendiri. Bahkan tanda kiamat besar pun sudah ada. Bala bencana ini turun sebagai peringatan kepada hambanya agar jangan terus melakukan kerosakan dimuka bumi ini.
“Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
- Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang-orang tertentu
- Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
- Zakat dijadikan hutang (cukai)
- Suami mengikut kehendak isteri
- Anak menderhakai ibunya
- Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya
- Dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
- Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
- Yang menjadi ketua suatu kaum ialah orang yang paling hina antara mereka
- Seseorang itu dimuliakan (dihormati) kerana ditakuti kejahatannya
- Arak diminum di merata-rata tempat
- Kain sutera banyak dipakai (oleh orang lelaki)
- Para artis disanjung-sanjung
- Muzik banyak dimainkan
- Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi terdahulu
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut dengan bala bencana yang membinasakan, maka mereka pun berputus asa dari mendapat sebarang pertolongan.
Surah al-An’aam ayat 44).
Semua perkara di atas sudah biasa berlaku di sekeliling kita pada hari ini. Sebab itulah banyak bala diturunkan Tuhan. Kekayaan negara biasanya berlegar di kalangan kaum keluarga pemerintah dan sahabat handainya sahaja (kroni). Sekiranya ada apa-apa peluang untuk mendapatkan duit, maka kaum keluarga dan sahabat handainyalah yang akan didahulukan.
Mnakala Zakat tidak dibayar atau pun ditunggak-tunggak, suami ikut cakap isteri (queen control), anak-anak melawan ibu bapa, masjid digunakan untuk bercerita hal-hal keduniaan dan berlawak jenaka, arak mudah didapati, para artis menjadi pujaan, muzik menjadi teman seharian dan lain-lain.

ya…lebih kurang gini jugak laaa….
mdsaf_kyo recently posted..Jauhi tuduh menuduh dan fitnah menfitnah
itu tandanya kita ada tugas berat nak kena buat ni Zik.. kena pulihkan balik manusia-manusia yang dah tersilap langkah ni
sabree hussin recently posted..Kad Kredit & Kuasa
mmg mudah sangat nak dptkan arak.. kat giant pun ada jual
ciksembang recently posted..Jogging Subuh di Pantai Chenang Langkawi
huhu..berhati-hati..langit tak selalunya cerah.
titan recently posted..Evolusi Sinar Niaga 2011
Semoga apa yang bnyk berlaku sekarang dijadikan iktibar bagi kita meneruskan sisa2 kehidupan.Ya-Allah,Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang.
salam Zikr..
satu lagi..yang lelaki
jangan jadi GAY..rosak
zulkbo recently posted..Bagaimana Mendapatkan Baucar Buku RM 200 Sempena Budget 2012 ?
masyarakat kita dah tenat
waaaaaaaaahhh sekarang udah mulai banyak tuch sob……. subhanallah….
salam persahabatan selalu dr MENONE
Para artis disanjung-sanjung.. itu antara bukti yg terbesar dan paling mudah kita lihat pada hari ini.. Fikirknlah bersama-sama..
Izuddin recently posted..Macam Mana Nak Kurus Cepat?
mcm pernah dgr kt kuliah di masjid.. eheh..

apa2 pun.. ..ayuh sama2 kita berpesan kpd diri kta dan diri org lain di sekeliling kita. Mati itu sesuatu yg PASTI …
MDHAFiZ.NET recently posted..World’s Shortest Woman 2011
betul tuh
Juan recently posted..Kajian Perbandingan Agama bawa Keharmonian Negara – Perlukah?
Tanda-tanda kiamat semakin hari semakin jelas..Takut pula rasanya sebab iman didada tidak cukup lagi…
Pejuang Kesenian Extreme recently posted..Cara Buat Cover Ebook 3D
moga2 kita tak lalai
amin
tehr recently posted..Pemain Bola Sepak Paling Kacak
Semakin takut bayangkan bagaimana akirat nanti
Razlan recently posted..Blue Grey Contoh Resume
tanda-tanda tu semua makin jelas dan nyata sekarang…

tapi kita? tepuk dada, tanya diri sejauh mana iman…
klau rasa banyak dosa, banyakkan solat taubat dan solat sunat… tak gitu…
nizam recently posted..Hari-hari Kita Lakukan Dosa Tapi Pernahkah Kita Taubat [Video]
Dah byk tanda2 kiamat yg muncul…
Tanda-tanda sudah ada bro.