Kadang-kadang dalam perbelanjaan bulanan kita tak sedar, ada ketirisan berlaku. Mungkin disebabkan kita berbelanja ikut sedap jer. Tips untuk menjimat perbelanjaan selalunya mudah seperti berhenti merokok, membawa bekal sewaktu ke pejabat dan banyak lagi. Tetapi, penjimatan ini tidak bermakna dengan adanya pembaziran yang mungkin nampak remeh dengan jumlah yang kecil, tetapi sering kita lakukan. Adakah anda pernah terjebak dalam perkara seperti berikut.
Zaman sekarang zaman gst, minyak naik, minyak masak naik. Tol naik, Semua naiklah. Kadang-kadang kita rasa giveup. tapi kena cari jalan lain untuk terus berjuang dalam ekonomi yang terus mencabar jiwa dan raga.
10 contoh pembaziran yang dilakukan oleh kita:
1. Barang Harian Berjenama
Anda mungkin bukan peminat pakaian atau beg tangan berjenama, tetapi barang-barang harian lain akan mendatangkan kos jangka panjang. Cuba beralih ke jenama keluaran pasaraya seperti Giant dan Tesco, yang turut memiliki kualiti yang sama.
2. Kadar faedah dan caj kad kredit
Sebelum anda memohon kad kredit, bandingkan terlebih dahulu semua caj dan kadar faedah yang dikenakan ke atas perbelanjaan anda. Pastikan kad kredit anda memiliki fungsi rebat tunai mata ganjaran atau fungsi penjimatan lain bagi memaksimakan penggunaan kad kredit anda. Jika tidak, anda hanya menanggung hutang dan perbelanjaan yang tidak perlu. Selain itu, pilih program perpindahan baki (balance transfer) pada kadar faedah 0% atau yang rendah.
3.“Tawaran Istimewa” di laman-lawan web
Laman web seperti Groupon, Lazada, Zalora, atau Shopback sering kali mengiklankan tawaran istimewa, tetapi kebiasaanya mempunyai banyak had. Pastikan anda baca dengan teliti terma dan syarat seperti diskaun terhad untuk sesetengah outlet, tawaran hanya untuk Isnin-Jumaat dan sebagainya.
4. Promosi dalam talian
Anda pasti sering terlihat promosi yang diiklankan di laman web atau dihantar ke e-mel anda. Promosi ini biasanya hanya akan berlangsung selama 24 jam, dengan diskaun yang boleh mencecah lebih 50%. Sebelum anda membuat bayaran, tanya terlebih dahulu, adakah anda benar-benar memerlukan barangan tersebut? Jangan biarkan promosi tersebut mengaburi fikiran anda!
5. Kopi mahal (i.e hipster)
Kopi Americano yang berharga RM 9 secawan mungkin kelihatan agak berpatutan, tetapi apabila anda membelinya setiap hari sewaktu ke pejabat, ia boleh mencecah RM 9 x 20 hari bekerja = RM 180! Bayangkan, RM 180 hanya untuk kopi sahaja. Anda boleh jimatkan sehingga RM 161.61 dengan membeli Nescafe pek 100g yang boleh bertahan sehingga sebulan dan gunakan wang tersebut untuk sesuatu yang lebih berfaedah.
6. Langganan yang tidak digunakan
Servis seperti Astro, iflix, Netflix ataupun keahlian gimnasium hanya berbaloi jika anda kerap menggunakanya. Masih tidak terlambat untuk memotong keahlian servis yang jarang atau tidak lagi digunakan. Jangan biarkan mereka ‘menyedut’ wang anda. Kena identify diantara keperluan dan kehendak. Huhu.
7. Membeli-belah ketika anda lapar
Situasi ini pasti pernah anda lalui, segalanya akan nampak lebih enak di kedai sekiranya anda dalam keadaan lapar. Elak situasi ini dengan mengisi perut anda terlebih dahulu dan buat senarai barangan yang perlu untuk membeli belah.
8. Upah untuk penyelenggaraan mudah (rumah, pakaian, kereta
Kerja seperti membaiki tandas tersumbat atau mengubah pakaian yang longgar sebenarnya tidak sukar dan panduannya boleh didapati di Internet. Anda boleh menjimatkan berpuluh ringgit untuk perkara ini.
Hal yang sama juga untuk penyelenggaraan kereta yang ringkas seperti menukar minyak enjin atau bateri kereta. Laman web seperti The News Wheel menawarkan tutorial penjagaan kereta asas yang mudah dipelajari.
9. Belian untuk permainan dalam talian
Add –on untuk aplikasi permainan biasanya dijual dalam matawang USD. Nilai USD 3 atau USD 6.99 mungkin kelihatan kecil, tetapi jika ditukar ke nilai Ringgit, ianya boleh menelan sehingga RM 50 sebulan. Anda tidak perlu membazir semata-mata untuk ke peringkat seterusnya dalam permainan aplikasi.
10. Produk penjagaan kulit dan kesihatan yang mahal
Ingat bukan semua masalah kulit atau kesihatan boleh diselesaikan dengan produk semata-mata, tidak kira betapa meyakinkan iklan produk tersebut. Periksa dan ubah gaya hidup anda, minum lebih banyak air, makan makanan yang sihat dan dapatkan tidur yang cukup dan anda boleh saksikan sendiri perubahannya.
Gunakan produk dari jenama biasa tetapi yang menggunakan bahan sama atau bahan-bahan semulajadi seperti soda bikarbonat, gel aloe vera atau minyak kelapa. Anda juga bole amalkan tips kecantikan DIY yang boleh menjimatkan wang anda.
Jika anda mengamalkan sikap pembaziran ini, jangan risau! Masih belum terlambat untuk mengubah sikap ini dari sekarang.
akubiomed says
Sejak menyimpan dalam bentuk emas secara tak langsung nafsu untuk beli yang lain-lain fikir 2-3 kali sebelum membeli.
siti hazreen says
sama lah dengan saya, fikir 2/3 kali nak beli barang, sebab otak asyik nak beli emas hehe
siti hazreen says
saya tengah berkira-kira nak tamatkan langganan astro, bukan tengok tv pun sekarang nih huhu