10 kandungan pelik yang kita tak tahu dalam Mi Segera!

bahaya makan meggi, kandungan racun dalam megi, megi dan kehidupan, maggi dan bahan kimia,

HAhhh!! Biar betul?? Selama ni makan maggi ok jer kot?? Itulah dialog bagi selalu makan maggi terutamanya pelajar universiti yang terpaksa mengikat perut kerana ingin kawal perbelanjaan dek kerana over budget atau duitnya dah habis beli gadget idaman seperti iphone 5(ceh!).

Untuk pengetahuan anda semua, kesannya mungkin bukan sehari dua. Ia akan memberi kesan ketika waktu  sudah tua (50-70) ataupun ketika pertengahan umur( 30-40).

10 bahan terlarang yang kita tanpa sedari!

1. Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2. Asid tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Ia lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3. Kalsium oksida: Digunakan untuk rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga (rictsect contohnya).

4. Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5. Butylated hydroxytoluene (BHT) : Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6. Propyl Gallate: Satu xenoestogen  (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7. Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (digunakan dalam bahan cuci, pinggan mangkuk), bahan smak untuk kulit juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, applikasi lombong dan rawatan air.

8. Propylane Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neorologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin,  antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9. Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu untuk (menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10. Pewarna tiruan: (contohnya Sunset Yello FCF Tartrazine) ia menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak: mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf, dan mungkin boleh menjadi penyebab kanser.

Nota tambahan: Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa dan antaranya:

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia adalah dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Atas faktor itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium. Erkk!!! Aku pun makan meggi (stok banyak tuh) juga masa waktu student, nak buat macam mana, duit elaun pun sikit sangat. Tapi sekarang memang dah jaaaarang sekali makan meggi, syukurlah.

Tapi aku pun tak pasti dah berapa banyak dah aku makan ‘racun’ nie?? Peringatan untuk diri sendiri jerla,  kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya tetap merbahayakan kesihatan. Malah, akan lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas. Perlu kita ingat, kesihatan tu lebih penting dari segalanya. Nikmat kesihatan, kurniaan Allah juga tuh.

Bersambung. ( Akan datang, kejutan Natrium dalam Mi Segera!).

Sumber : Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

Comments

  1. faten says

    aku dulu tiap ri makan maggi..lau xda maggi x lalu makan n sgup berlapar..ramai yang tegor tp aku xlayan…akhirnya padah aku tanggung sendiri… jauhkanlah dari maggi…….

  2. anis says

    ermm..knp ek org sinonimkan mkn meggi ni dgn student or org2 yg dh pokai?? sy student gak..tp siyes meggi bukan la care save bujet yg betul n baik. sape kate meggi murah??purata harge 4.50 sumting like dat la kn..so, sepeket tu dlm 0.9 to rm1 la kn?(sorry klu silap sbb xslalu beli meggi). i think ade lg mkanan yg lebih murah n berkhasiat..sumthing like nestum, oat dll..more cheapers than meggi.. buang le jauh2 meggi tu..x elok! dats all~ juz sharing

  3. says

    perghh..byk gler…tu baru sepuluh..pasni x bape byk lgik yg akan kuar..

    sebab tu org kata..jarak nak makan megi..kena 3 hari kan..sebab nak menghilangkan segala dia pnya bahan dlm badan kita..akan amik masa..kalo x silap chii
    chii recently posted..Cuti oh CutiMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge